Larangan burqa dan niqab di negara Eropah semakin hebat. Ini cerita terbaru

f1

Kat Malaysia, kita takde masalah dengan para wanita yang nak pakai burqa dan niqab. Nak pakai, pakai je lah… kan? Walaupun begitu, lain pulak pandangan ramai kat Eropah. Dulu kita selalu puji Eropah sebagai negara yang ‘maju’ serba-serbi, tetapi sekarang ni, kenapa ramai berdiam diri apabila masyarakat wanita Islam kat Eropah tak lagi dibenarkan pakai burqa dan niqab?

728 X 90

Banyak sebenarnya negara yang dah laksanakan larangan terhadap burqa dan niqab. Perancis menjadi negara pertama yang melaksanakan larangan tersebut iaitu pada 2011. Alasan mereka, kehadiran burqa dan niqab ni perlu wujud demi nilai pemisahan agama dan politik di Perancis. Terbaru, Switzerland pun nak buat jugak perkara sama…

switzerland face coverings 35034
Via Independent.co.uk

Baru mengundi sama ada nak laksanakan atau tak, ramai menentang khuatir akan ganggu potensi ekonomi pelancongan ke negara tersebut

Pada 2018, Richard Jomshof cadangkan agar Switzerland pun buat sekali jugak larangan ke atas burqa dan niqab. Alasan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Switzerland ni adalah negara-negara lain seperti Denmark, Belgium dan Perancis dah buat. Maksudnya, takde masalah apabila Switzerland turut ikuti jejak langkah mereka. Bagi mereka, pemakaian burqa atau niqab ni disamakan dengan penindasan patriaki yang wujud dalam sesebuah budaya masyarakat.

Walaupun sebelum ni Switzerland takde kuatkuasakan larangan tersebut secara terbuka, sebenarnya idea nak melarang tu dah wujud lama kat negara indah ni. Misalnya pada 2012, sekolah dibenarkan larang para pelajar pakai burqa atau niqab. Majikan turut dibolehkan haramkan penggunaan burqa dan simbol keagamaan lain sekiranya syarikat tersebut boleh buktikan mereka perlu beroperasi dalam keadaan yang ‘neutral’ atau takde ada kena mengena nak tunjuk apa-apa berkaitan agama.

burqa ban swiss
Komuniti Muslim dihalang kebebasan berpakaiannya.. -via Al-Jazeera

Malangnya dalam isu sebegini, polisi-polisi sebegini sentiasa menafikan suara mahupun pandangan mereka yang benar-benar pakai burqa atau niqab. Maksudnya, si Richard Jomshof tu tak pernah tanya orang yang pakai burqa atau niqab ni sama ada mereka nak ke berhenti pakai kalau kerajaan ugut nak denda. Tengok negara lain nak buat, terus nak jugak negara dia buat perkara yang sama.

Isu ni menjadi semakin besar apabila lebih ramai parti berhaluan kanan terus sokong cadangan ni. Pada awalnya, undian referendum tersebut menampakkan orang ramai masih tak rasa keperluan untuk halang pemakaian burqa dan niqab. Antara sebab popular ramai masih menentang cadangan ni adalah isu ni isu kecil je pun. Larangan ni turut terpakai untuk pemakaian pelitup muka (kecuali untuk kesihatan seperti COVID-19) atau topeng yang biasa digunakan oleh para pemprotes.

penolak switzerland
Ada jugak tak setuju referendum tu memihak untuk larang wanita Islam… Via Middle East Eye

Langkah pengharaman ni boleh buatkan para pelancong khususnya yang pakai burqa dan niqab tak nak datang Switzerland khususnya yang datang dari Asia Barat. Kalau pihak keselamatan minta nampakkan wajah atas faktor keselamatan, boleh je buka sekejap kemudian pakai balik. Parti-parti haluan kiri menolak cadangan ni sebab ni menampakkan diskriminasi dan berunsurkan Islamofobik.

Referendum memihak kepada ketidakadilan terhadap minoriti Islam, Switzerland kena perbaiki cara mereka bentuk polisi

Akan tetapi, undian referendum ternyata memihak kepada parti kanan dengan 51.2% sokong larangan tersebut. Dari sudut pembentukan polisi, ia tak dituliskan sebagai “burqa ban” dan tak sebut pasal Islam, sebaliknya sebut nak hentikan para pemprotes ganas daripada pakai topeng. Hanya orang politik, media dan tukang kempen untuk pujuk orang setuju larangan ni je yang sebut sebagai “burqa ban”.

head coverings muslim women
Yang sokong tu berpandangan wanita Islam boleh je pakai cara berhijab yang lain, kecuali burqa dan niqab… Via BBC

Walter Wobmann, pengerusi jawatan referendum kata penutup muka (burqa atau niqab) ni tanda politik Islam ekstrem yang semakin mengancam Eropah, dan takde tempat kat Switzerland. Berbeza dengan kenyataan Central Council of Muslim di Switzerland, mereka berduka dengan keputusan ni;

“Keputusan hari ini membuka luka lama, meneruskan prinsip ketidakadilan perundangan, dan membuktikan tanda-tanda pemulauan terhadap minoriti Islam” – Seperti yang dilaporkan Independent.co.uk

Sebenarnya bukan tu je benda yang dah dilarang berkaitan dengan Islam di Switzerland. Dalam referendum 2009, 57.5% setuju melarang pembinaan minaret dalam masjid yang berdiri di negara tersebut. Ni tak terpakai untuk minaret yang sedia ada, tapi lepas larangan tersebut dikuatkuasakan; tak boleh dah bina minaret baru kerana ia langgar undang-undang.

Penyokong utama kepada cadangan ni, jawatankuasa Egerkinger dakwa bahawa minaret ni takde makna langsung dalam agama Islam. Sebaliknya ia menandakan simbol pertapakan undang-undang Islam tu dikuatkuasakan. Jawatankuasa Egerkinger ni gabungan ahli dari Swiss People’s Party dan Federal Democratic Union, yang mana kedua-duanya adalah parti berhaluan kanan.

Mereka turut memetik ucapan Erdogan pada 1997 sebagai alasan menolak pembinaan minaret berbunyi;

“Masjid adalah berek kita, kubah (masjid) adalah helmet kita, minaret adalah bayonet kita, para penganut (Islam) adalah tentera kita. Kekuatan tentera inilah mengawal agama kita”- Dipetik dari buku The Swiss Minaret Ban: Islam in Question

masjid geneva
Minaret ni agenda Turki? Hmm…. Via Muslim Mosque

Kami rasa agak pelik jugak kenapa mereka nak takutkan minaret, atau nak cipta ilusi bahawa Switzerland tiba-tiba bakal jadi negara Islam ataupun jadi sebahagian daripada Turki kalau nak dibiarkan pembinaan minaret berlangsung kat masjid-masjid ni. Dahlah sekadar komuniti kecil je, boleh pulak tergugat ‘keimanan’ mereka? Tentulah benda ni cuma disokong oleh parti berhaluan kanan, tetapi dengan 2 referendum yang ‘berjaya’ ni… ia tanda bahawa Switzerland pun ada ‘masalah’ jugak dengan komuniti Islam. Taknak mengaku, tapi itulah hakikat tersiratnya.

Dari satu sudut, kita boleh tengok pengaruh kuasa politik; bila takde isu atau nak elak isu, mereka gerenti akan alihkan isu yang menyasarkan komuniti minoriti. Lebih ‘menjadi’ kalau komuniti minoriti tu takde suara atau representasi dalam media. Pembentukan polisi jugak perlu melibatkan ketua-ketua komuniti, bukannya syok sendiri je rangka cadangan lepas tu kempen benda negatif supaya undian referendum tersebut lulus.

stop islam swiss
Kempen terdahulu yang nak haramkan pembinaan minaret baharu di masjid… Via The Cognate

Perkara ni dah banyak dinyatakan dalam beberapa kajian. Laporan European Islamophobia pada 2017 misalnya menyimpulkan nasib buruk yang menimpa komuniti Islam di sana. Mengikut penyedia laporan tersebut iaitu Nermina Ademovic-Omercic;

“Muslim (di Switzerland) akan menjadi satu-satunya minoriti yang terbeban dengan obligasi tanpa hampir tiada hak apapun jika dilihat dalam desakan parti politik kanan pada 2017… apa yang membimbangkan adalah populasi rakyatnya tidak melihat impak sebenar halangan-halangan yang dicadangkan kerana tidak cukup statistik maklumat.” – Seperti yang dipetik dalam Laporan European Islamophobia Report 2017

Mereka jugak harus buat keputusan sendiri jugak, tanpa ‘menyalin’ segala apa yang dilakukan oleh Austria, Perancis dan negara Eropah yang lain agar sesuai dengan konteks mereka kat sana. Banyak kajian mengkritik halus bagaimana dengan mudahnya, parti-parti haluan kanan semacam takde keinginan untuk menilai pelaksanaan polisi di negara lain dan membuta-tuli ikut je apa yang dilakukan oleh negara lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *