Saintis di China menemukan “virus babi” yang berpotensi mencetuskan pandemik baru

F1

Belum pun selesai dari pandemik Covid-19, dunia mungkin akan “kunjungi” oleh satu lagi pandemik yang berpotensi untuk menyekat kehidupan harian kita. Memang betul tahun 2020 ni boleh dikira sebagai tahun yang paling “mencabar” dalam seratus tahun kebelakangan ini. Kami tak dapat membayangkan kalau ada satu lagi pandemik yang akan melanggar dunia, sebab dengan Covid-19 ni pun, dah berapa ramai yang terkorban.

Harap takdelah pandemik baru. Via Giphy

Ada yang berjaya melepaskan diri dari kematian dan jangkitan penyakit, tapi tekanan ekonomi pula membuatkan mereka sukar untuk meneruskan kehidupan. Macam itulah kesukaran menghadapi apa-apa pandemik, ia bukan setakat mengancam nyawa, tapi turut memberi kesan yang teruk kepada ekonomi. Dikatakan ada satu lagi “virus” yang berpotensi untuk jadi pandemik ditemukan di China.

Ada virus yang terkait dengan babi dikatakan mampu beradaptasi untuk mencetuskan pandemik baru

(Bahagian ini merujuk laporan MalaysianGazzete yang bertajuk Virus selesema dengan ‘potensi pandemik’ dikesan di China)

Sejenis selesema baru dikatakan berpotensi untuk jadi pandemik telah dikenal pasti oleh para saintis China. Ia baru je muncul, dan dikesan dibawa oleh babi tapi boleh menjangkiti manusia. Para penyelidik yang ada kat China bimbang ia dapat bermutasi lebih jauh sehingga menyebar dengan mudah dalam kalangan manusia dan cetuskan wabak global, seperti yang berlaku dengan Covid-19 hari ini. Cuma, setakat ni ia belum lagi masuk tahap tu, ia cuma ada “potensi” untuk bermutasi.

Ia ada “semua ciri” yang boleh menjangkiti manusia dan perlukan pemantauan yang rapi dan ketat. Memandangkan ia virus yang baru, individu mungkin mempunyai sedikit atau tidak ada kekebalan terhadap virus tu. Oleh sebab tu, langkah-langkah untuk mengawal virus babi dan pemantauan ketat pekerja industri babi, harus segera dilaksanakan, menurut saintis dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences

Jenis selesema baru yang buruk adalah ancaman penyakit yang perlu dipantau oleh pakar-pakar, walaupun ketika dunia sedang berusaha untuk menghentikan Covid-19 yang sedang berlaku. Selesema pandemik terakhir yang dihadapi dunia ialah wabak selesema babi pada tahun 2009 yang bermula di Mexico – tak banyak korbankan nyawa walaupun jadi kebimbangan utama pada awalnya.

Via Giphy

Virus selesema babi ni dikenali sebagai A/H1N1pdm09, kini dilindungi dengan vaksin selesema tahunan untuk memastikan orang ramai dilindungi. Selesema baru yang telah dikenal pasti di China mirip dengan selsema babi 2009, tapi dengan beberapa perubahan. Walaupun buat masa ini ia belum lagi menjadi ancaman, tetapi Prof Kin-Chow Chang dan rakan-rakan yang mengkajinya berkata, virus ini perlu dipantau.

Virus ni yang disebut oleh penyelidik sebagai G4 EA H1N1, boleh membiak dalam sel-sel yang melapisi saluran udara manusia. Diorang menemui bukti jangkitan baru-baru ini bermula pada pekerja di pusat penyembelihan dan industri babi di China. Vaksin selesema yang ada pada ketika ini didapati tidak memberi perlindungan terhadapnya, walaupun dapat disesuaikan jika diperlukan.

Ada dua elemen penting yang perlu dilihat kalau kita nak menilai betapa bahayanya sesuatu virus berjangkit

Bagi mereka yang mungkin tak biasa dengan virus ni, korang kena tahu – untuk nilai betapa bahayanya virus tu, kita kena tengok kadar kebolehjangkitan dan kadar kematian setelah dijangkiti virus. Dia macam ni, ada virus yang boleh merebak dengan cara yang mudah, tapi kadar kematian akibat virus tu, tak tinggi. Contoh paling senang, virus Covid-19 ni. Virus ni boleh merebak dengan mudah, tapi kadar kematian rendah.

Selalunya kematian akibat Covid-19 ni dikaitkan dengan penyakit lain atau pesakit dah berumur.  Di sesetengah tempat pula, kemampuan sistem kesihatan tak mampu menampung pesakit yang terlalu ramai, akhirnya mereka yang dijangkit Covid-19 tapi tak menerima rawatan, meninggal dunia. Sebab itulah di antara benda terawal yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan perbesarkan tenaga kerja sektor kesihatan dengan panggil orang-orang yang dah bersara yang nak berkhidmat. Diorang juga ada buat pusat rawatan khusus sebagai persediaan hadapi peningkatan pesakit mendadak.

Kalau kita  baca sejarah pasal Black Death pulak, ia adalah virus yang senang berjangkit dan mempunyai kadar kematian yang tinggi ketika itu. Cuba bayangkan dia macam Covid-19, tapi kadar kematian kalau dijangkiti virus ni adalah 50-60% kematian, mesti akan ngeri kan? Dalam erti kata lain, kalau korang dijangkiti virus ni, kemungkinan untuk korang akan mati adalah tinggi.

C1
Via Breminate

Kita harap cerita tentang virus yang dikaitkan dengan babi ni tak akan berkembang menjadi satu lagi pandemik. Sebab setahu kami, dunia tak pernah lagi hadapi dua pandemik besar dalam satu-satu masa. Selalunya pandemik sangat jarang berlaku, lebih-lebih lagi dengan teknologi perubatan yang kita miliki hari ini. Pada kebiasaannya ia akan segera dicegah, dan boleh dikawal. Apa-apa pun, kita akan nantikan perkembangan yang seterusnya, dengan harapan takde apa yang serius pasal virus baru ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *