Suka membawang di media sosial? Anda mungkin pembuli siber

Suka membawang di media sosial? Anda mungkin pembuli siber

Baru-baru ni viral kes Misha Omar dibuli di alam siber. Dia siap adakan sidang media untuk jelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Berdasarkan statistik Pusat Bantuan Cyber999, angka aduan bagi isu ini terus menerus meningkat bahkan lebih teruk dari kes buli biasa. Kajian Kebangsaan Mengenai Keselamatan Siber Sekolah di Malaysia sendiri menunjukkan lebih 70 peratus pelajar sekolah, berusia antara 13 hingga 15 tahun, terbabit dalam buli siber. Manakala menurut Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat pada 2017, hampir 40 peratus belia berusia 19 hingga 30 tahun mengaku pernah menjadi mangsa buli siber.

Mari kita tengok macam mana orang boleh membuli di alam siber…

1) Komen kejam yang tak ingat tuhan, main taip je…

Komen-komen yang kejam yang mengecam individu. Haa, mesti semua pernah buat! dan amat sedih kerana perbuatan ini sudah dianggap biasa! Hati-hati, sebagaimana kita selalu mendengar bahawa mengumpat itu berdosa, dosanya tidak kurang kalau dilakukan di media sosial.

Lebih teruk sesetengah pihak yang memang diupah untuk melakukan kerja buli ini contohnya golongan keyboard warrior dan cybertroppers yang wujud. Bayangkanlah betapa tidak berkatnya hidup sampai sanggup diupah untuk menjadi batu api dan membuat orang ramai marah.

Apa-apa yang anda komen di media sosial adalah bersifat kekal, kalau dah delete pun masih boleh dicari semua dengan sesetengah software. Inilah sebab 100 individu mendapat surat saman dari Linda Rafar atas isu jururawat baru baru ini. Individu-individu ini melemparkan kecaman keatas Linda yang telah menjatuhkan reputasi beliau sebagai seorang selebriti dan memang boleh disaman mengikut Akta Fitnah 1957. Semua kerana mereka mengaggap komen-komen ini tiada mudaratnya.

Biar sampai keyboard pecah. Via Giphy

Komen-komen kejam lain yang berupa fizikal, mengugut, mengejek semuanya seboleh-boleh elakkanlah, walaupun mangsa mungkin benar-benar bersalah dalam sesuatu hal, keburukan tidak boleh diselesaikan dengan keburukan yang lain.

2) Sebarkan berita palsu dan fitnah, tak takut tuhan ke? Bestnya guna tuhan sebagai modal nak takutkan orang.

Seterusnya menyebarkan berita palsu dan fitnah. Sama ada anda yang memulakan atau golongan yang menekan butang share atau retweet sama sahaja. Kalau anda tak pasti, janganlah sebar. Kalau tadi Lina Rafar, Jumaat lalu, Misha Omar pada sebuah sidang media memberi peringatan kepada beberapa individu yang menuduhnya menggunakan sihir untuk berdepan dengannya dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan susulan.

Misha memaklumkan dia sudah membuat dua laporan polis, di Balai Polis Kota Damansara dan Balai Polis Salak Selatan. Kelam kabut individu yang didakwa itu ingin memohon maaf.

Ambik hang. Via Giphy

Sebab belum kena di badan sendiri, kita tidak tahu apa rasanya apabila berita yang tidak benar mengenai diri kita menjadi viral. Lebih-lebih lagi kalau mangsa adalah remaja dan kanak-kanak, ia akan mengganggu perkembangan emosi dan menyebabkan rasa rendah diri serta masalah mental yang serius seperti kemurungan dan keinginan untuk membunuh diri menurut Dr Rozanizam Zakaria dalam artikelnya di BH online.

3) Hahhh…bukan gambar dan video kau, jangan nak memandai-mandai. Tuhan tengok taw. Nanti kami bagi dalil.

Ketiga, menyebarkan gambar dan video individu tanpa kebenaran. Kadang-kadang niat kita sebar adalah kerana nampak lucu dan boleh jadi bahan tawa. Tetapi kesannya samalah seperti yang sudah tertera diatas. Kalau sudah viral malunya itu hanya Tuhan yang tahu. Setiap manusia ada hak untuk reputasinya dijaga, sebab itulah ada hadis berbunyi;

“Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.” (Riwayat Abu Hurairah).

Mesti ada yang tanya, bagaimana pula kalau komen yang tujuannya untuk menegur? Kalau macam ni, tengoklah niat anda betul-betul. Biasanya kalau nak menyedarkan sesuatu pihak mengenai perbuatan salah mereka, kita tidak lakukan depan-depan sampai jadi viral. Kalau niatnya betul pun, caranya salah. Selalunya kita bukan mahu tegur pun, tetapi kita memang menyampah dengan perangai sesetangah golongan seperti selebriti atau mana-mana public figure. Menyampah atau tidak, fenomena “menegur” beramai-ramai sampai keluar kata-kata kesat ini memang tidak efisyen dan salah.

Membawang. Via Youtube

Janganlah disebabkan emosi, kita terjerumus dalam golongan pembuli. Dalam surah al-Hujurat ayat 11 sudah diingatkan:

“Hai orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang lelaki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik daripada mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik”.

Tegur ahli politik yang tak cakap guna otak tak apa, mereka bukan tuhan

Kalau tegur pemimpin dan ahli politik? Tegur pemimpin dan suatu badan kerajaan atau sudah dalam hukum lain, ini kerana setiap tindakan mereka memang ada kesannya kepada kita. Teguran ini penting sebagai check and balance dalam negara berdemokrasi.

Boleh kami tegur? Via Giphy

Tapi itu pun berpada-padalah. Cukuplah kita menegur dasar-dasar dan perbuatan mereka yang kita tidak setuju, dan elakkanlah cacian terhadap individu. Contohnya cacian yang melibatkan  fizikal atau keluarga ini sudah melebih-lebih. Kami pasti anda boleh bezakan mana yang teguran yang membina dan mana komen-komen yang membuli.

Kalau anda sendiri rasa pernah jadi mangsa buli siber atau mengenali mangsa-mangsa yang dibuli, janganlah takut untuk bersuara. Anda boleh report account si pembuli atau adukan ke cyber999 di cybersecurity.my. Jangan lupa tuhan pembaca kami yang disayangi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top