Suara kucing jadi piano untuk hiburan sang putera, ini sejarah Katzenklavier

katzenklavier2

Bayangkan, 8 ekor kucing diletakkan dalam sebaris celah papan piano. Ekor diorang diikat dan ditarik pada setiap nota piano. Bila kunci itu ditekan, sebuah mekanisme akan dilepaskan supaya ekor diorang yang dah awalnya diikat tu akan terkena paku. Jadi apabila sorang pemain piano tu tengah bermain, kucing-kucing (awalnya dah disusun ikut nada suara diorang) tu akan mengiau kesakitan lalu membentuk sebuah lagu.

Dahsyat jugak gambaran ni… ia bukan je dianggap sebagai suatu penyeksaan dan kezaliman terhadap haiwan, bahkan suatu ketidakadilan untuk kita sebagai manusia berjiwa sihat untuk berhibur dengan penderitaan kucing-kucing ni. Namun begitu, sejauh mana sejarah Katzenklavier ni? Benarkah piano ni pernah dicipta?

katzenklavier
Via Mental Floss

Sarjana dulu-dulu gambarkan bagaimana Katzenklavier diciptakan, kononnya untuk menghiburkan putera yang tertekan dengan tugas jadi raja

Sebenarnya sejarawan sendiri tak pasti siapa pencipta asal piano yang mendera kucing-kucing ni. Ada yang kata, reka bentuk awalnya diilhamkan oleh sorang sarjana Jesuit di Jerman bernama Athanasius Kircher. Dia menulis tentang instrumen tu pada 1650, menyatakan bahawa ia dibuat untuk menghiburkan sorang putera raja yang tengah tertekan dengan tanggungjawab mentadbir negaranya.

“Untuk menaikkan semangat seorang putera Itali yang terbeban dengan tekanan pemerintahannya, seorang ahli muzik mencipta sebuah piano kucing yang khusus untuknya. Ahli muzik itu memilih kucing yang mempunyai pelbagai nada suara dan menyusunnya dalam setiap kurungan, jadi apabila sesebuah kunci piano itu ditekan, sebuah mekanisme akan mencucuk kucing dengan nada yang dimahukan. Hasilnya adalah sebuah melodi ngiauan yang menjadi semakin lantang kerana kucing-kucing ini semakin terdesak untuk lari. Siapa yang boleh tahan daripada ketawa kerana muzik itu? Maka putera itu akhirnya berhenti dari kesedihannya itu”- seperti yang dipetik dari Mental Floss

katzenklavierinfo
Via Kaskus.id

Jika tulisan Kircher ni benar, ia bukanlah satu-satunya instrumen yang mendera haiwan. Dia jugak sebenarnya berkawan rapat dengan sorang lagi penganut Kristian yang terkemuka pada masa itu, Gaspar Scott. Gaspar Scott ni pulak dikatakan pernah cuba buat dengan keldai.

Akan tetapi,, boleh jadi Kircher hanya merekodkan kejadian tersebut dalam catatannya, bukanlah orang pertama yang mencipta piano kejam tu. Sebelum Kircher lahir, catatan tentang piano tersebut memang dah ada. Pada abad ke-16, sorang sejarawan bernama Juan Calvete de Estrella menulis bahawa dia pernah nampak piano macam tu semasa Raja Philip II bertolak ke Brussels.

600x337 piano a chats
Via France Musique

Masa tu, temasya untuk meraikan kedatangan Raja Philip sangat meriah. Kemeriahan tu ditambah pula dengan kehadiran seekor beruang yang memainkan piano kucing tersebut di atas sebuah kereta kuda. Itu betul-betul menakjubkan, malahan dalam pandangan orang zaman moden ni.

Ada orang cuba guna kaedah piano kucing untuk tujuan perubatan, dan wujud jugak piano babi dengan kaedah hampir sama

Pada 1803, sorang ahli psikatrik Jerman Johann Christian Reil (yang mencipta perkataan ‘psikatrik’) cuba menggunakan kaedah piano kucing ni untuk tujuan perubatan. Reil mencadangkan sebuah piano organ kucing mampu membantu masalah orang yang suka mengkhayal ni kembali ke dunia nyata. Katanya, apabila seseorang yang sakit ni tengok piano tersebut, dia tak boleh endahkannya dan akan kembali ke realiti.

katzenklaviercats
Via The Messybeast

Asasnya, Reil percaya katzenklavier ni satu-satunya benda gila yang boleh menggamit perhatian orang-orang yang ada masalah mental jugak pada masa tu. Akan tetapi setakat rekod sejarah yang dihimpunkan tentang katzenklavier ni, sejarawan sendiri tak pasti ia benar-benar wujud ke tak. Boleh jadi ia jugak hanyalah satu insrumen yang dibayangkan je. Sesuai jugaklah ia sebagai satu idea semata-mata, sebab dari sudut muzik, ngiauan kucing ni tak tetap nadanya. Diorang ada lebih dari 100 bunyi… jadi bayangkanlah macam mana nak pastikan tetap je bunyi kucing tu…

Berbeza kisahnya dengan satu lagi piano berasaskan haiwan ni, iaitu piano babi. Pada abad ke-15, Raja Perancis Louis XI mengarahkan Abbot de Beigne untuk mencipta melodi daripada suara babi. Pemuzik tu buat je lah apa yang diarahkan dan membina piano yang membariskan 5 ekor babi hidup. Masing-masing akan dicucuk dengan paku tiap kali kunci nota piano tu dimainkan.

Meskipun secara sejarahnya, ia tak wujud… ni tak menghentikan Henry Dagg buat konsert berasaskan konsep piano kucing tu secara langsung. Akan tetapi, dia tak guna kucing hidup ler… dia guna patung kucing yang lembut dan berkeriut. Tu takpe lah, asalkan tak mendera haiwan comel yang disayangi ramai ni.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *