Kelakuan samseng di jalan raya bukanlah sesuatu yang asing. Samseng jalan raya ada kat mana-mana di seluruh dunia, kalau rajin tengok video-video samseng jalan raya kat Youtube, korang akan perasan diorang ni datang daripada pelbagai bangsa. Baru-baru ni, viral video seorang penunggang motosikal yang tak puas hati – sehingga menyebabkan dia ambik keputusan untuk pecahkan cermin kereta. Marah betul breader ni, bila tengok video dia, kami rasa seram.
https://www.youtube.com/watch?v=nRHQQCvHvO0
Brader ni akan dipenjara selama setahun, sambut raya dalam bilik takde pintu
`Abang Botak’ ni terpaksa beraya di sebalik tirai besi apabila dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas disabitkan kesalahan memecahkan cermin hadapan sebuah kereta menggunakan topi keledarnya.
Nama brader ni sedap, Danial Abdullah Tan. Ketika hukuman dijatuhkan, dia mengenakan kemeja -T berkolar kuning hitam dan hanya mampu mengalirkan air mata ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan tu. Mahkamah turut menetapkan hukuman itu berkuatkuasa dari tarikhnya ditahan.
Ketika ditanya mahkamah puncanya melakukan perbuatan itu, tertuduh menjelaskan pemandu kenderaan terbabit cuba menghimpitnya bersama seorang lagi pembonceng motorsikal sebanyak dua kali.
“Puncanya apabila dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya hingga ke haluan bertentangan. Saya cuba menghentikannya untuk berbincang, namun dia menunjukkan tanda jari hingga menyebabkan saya melakukan tindakan itu,” katanya dengan nada sebak.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon mahkamah mengenakan hukuman berat untuk dijadikan pengajaran berguna berikutan kes buli jalan raya semakin meningkat di negara ini. Malah, beliau turut menyatakan bahawa mahkamah perlu bertindak tegas dalam kes berkenaan dengan menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.
“Faktor kerugian sebanyak RM600 dialami mangsa, selain tidak dapat menggunakan kenderaannya juga perlu diambil kira,” kata Timbalan Pendakwa Raya, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian
Rupa-rupanya Abang Botak ni ada dua orang anak yang masih kecil,
Tertuduh diwakili peguam Nur Rafiuddin Mas Wari memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan tertuduh adalah penanggung tunggal keluarga dan mempunyai dua anak masih kecil.
“Mahkamah juga perlu mengaambilkira rakaman video anak guam saya yang tular di laman sosial. Selain nama, alamat dan identitinya turut didedahkan netizen,” – Peguam Abang Botak, seperti yang dilaporkan Berita Harian
Abang Botak kita ni didakwa melakukan perbuatan khianat hingga menyebabkan kerosakan pada cermin bahagian hadapan kereta Perodua Axia, milik Siew Chean Voon, 58 tahun, pada 28 Mei lalu, dengan menggunakan topi keledar miliknya di Jalan Kasturi, Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, di sini pada jam 5.30 petang.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didakwa mengikut 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Sementara tu, peguam Abang Botak ketika ditemui media di luar mahkamah memberitahu pihaknya akan buat semakan terhadap keputusan mahkamah hari ini.
Ada yang fikir Abang Botak tak patut dihukum penjara 12 bulan
Apa yang menariknya, kes ni diselesaikan cepat gila. Bagi mereka yang biasa berurusan di mana-mana Mahkamah, korang akan tahulah – kes-kes selalunya akan memakan masa. Sebabnya satu-satu Mahkamah akan mempunyai banyak kes dan bagi kes jenayah pulak – ada banyak bahan bukti yang perlu dikumpulkan, termasuklah masa menunggu untuk ujian kimia kalau perlu. Tapi kes ni settle dalam masa seminggu je. Barangkali kes ni mudah, bahan bukti dan suspek pun senang-senang je mengaku salah, tulah boleh settle cepat.
Apa-apa pun, kita semua perlu menolak keganasan jalan raya. Semua pengguna perlu berasa selamat untuk memandu di jalan raya. Kalau betul pun ada yang rasa hukuman 12 bulan tu tak patut, Abang Botak tetap wajar kena hukum. Mungkin dia boleh dikenakan hukuman penjara, khidmat sosial dan diwajibkan mengganti cermin kereta mangsa kes ni. Apa-apa pun, kita patut beri kepercayaan pada Mahkamah untuk putuskan hukuman.
Kalau team legal Abang Botak tak puas hati, diorang boleh lawan keputusan ni kat Mahkamah yang lagi tinggi.