Adakah susah payah rakyat pada PRU14 hanyalah untuk kembalikan BN semula?!

D1

Sejak semalam kita digemparkan dengan cerita Pakatan Harapan akan dibubarkan dan satu koalisi
politik baru akan dibentuk bagi menggantikan PH. Benda betul-betul mengejutkan banyak pihak,
termasuklah kami. Sebelum ni kami memang dah dengar cakap-cakap belakang berkenaan penubuhan kerajaan ‘pintu belakang’, tapi apabila ia berlaku, ia macam mimpi.

S1
Watak utama dalam isu kali ini, sejarah pastinya tidak akan melupakan dirinya. Via Harian Metro

Kaedah menubuhkan kerajaan tanpa melalui jalan pilihan raya adalah kaedah yang cukup hina dalam amalan demokrasi. Cuba bayangkan, PH telah diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir Malaysia selama sepenggal hasil dari undian yang sah. Tiba-tiba ada pihak gunakan ‘jalan belakang’ untuk gulingkan kerajaan dan cuba bina kerajaan baru bersama pembangkang.

Penat lelah rakyat pada PRU14 hanyalah untuk mengembalikan Barisan Nasional di Putrajaya

Semalam dikatakan pasukan Tun Mahathir dah ada 130 kerusi, membolehkan diorang nak buat ‘pensejajaran’ semula kerajaan dalam masa terdekat. Apabila orang-orang ni nak buat benda pelik-pelik dan tak beretika – akan muncul macam-macam terma supaya benda tu nampak sah. Kali ni kita belajar perkataan baru – pensejajaran kerajaan atau bahasa lain terma ni adalah kerajaan pintu belakang.

Jumlah tu katanya dicapai melalui persetujuan kolektif lima parti babitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, serpihan PKR, PAS dan Amanah. Kehadiran diorang beramai-ramai ke Hotel Sheraton Petaling Jaya, semalam untuk tunjukkan kesepakatan dah dicapai dan kerajaan baru yang akan menggantikan Pakatan Harapan akan segera tertubuh.

Sebenarnya sehingga artikel ini ditulis, takde lagi keputusan rasmi yang dikeluarkan untuk mengesahkan kewujudan pakatan baru untuk gantikan PH. Cuma, apabila ahli politik daripada pelbagai parti secara terbuka mengadakan mesyuarat sambil ambil selfie, kita dah tahu ia mesej jelas yang diorang memang tengah rancang sesuatu bersama. Kami tak fikir diorang rancang nak bercuti pergi mana, tentunya diorang nak bina pakatan baru.

S1
Via Suara TV

Jadi harapan kami untuk kejadian pintu belakang ni tak terjadi, amat tipis. Nampaknya susah payah rakyat untuk tumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 hanyalah untuk menghilangkan diorang selama setahun lebih je. Melihat situasi yang berlaku sekarang – nampaknya pemimpin-pemimpin yang popular dengan sikap korupnya akan kembali semula ke pejabat. Cukup menyedihkan.

Pemimpin PH tak sepatutnya khianat rakyat, kalau betul tak setuju, bawak bincang…

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) tak sepatutnya khianati mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, lebih-lebih dengan membentuk kerajaan baru melalui ‘pintu belakang’. Kami kongsi pandangan yang sama dengan Pengerusi AMANAH Kedah.

Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh kata; situasi yang berlaku ketika ni disebabkan agenda peribadi pemimpin yang gelojoh kuasa, tak kiralah dari pihak pembangkang atau dalam kalangan pimpinan PH tu sendiri. Katanya, jika pimpinan PH tak setuju dengan sesuatu perkara, sepatutnya diorang menunggu mandat rakyat pada PRU akan datang dan bukannya berusaha untuk bentuk kerajaan sendiri.

“Ini (wakil rakyat) pembangkang nak jadi kerajaan, padahal rakyat memang pilih mereka sebagai pembangkang. Mereka (kemudian) bentuk jadi muafakat nasional. Yang dalam kerajaan pun ada juga yang gatal nak gabung sekali jadi pakatan nasional, apapun kita tak hormat (mereka). Kalau betul berlaku pertukaran kerajaan, maka kita rasakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam proses demokrasi pilihan rakyat,” – Dr Ismail, seperti yang dilaporkan HMETRO

Via Giphy

Semalam, Anwar Ibrahim pulak bermesyuarat dengan pemimpin-pemimpin kanan DAP dan Amanah sekitar pukul 11 malam. Maklumat tu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador kepada Astro Awani. Cuma kita tak tahu kat mana diorang adakan perjumpaan, tentunya perjumpaan tu akan berlangsung dengan hangat.

Kami pun selalu je kritik PH, tapi tak bermaksud kami nak kerajaan baru dengan cara macam ni…

Kami selalu jugak kritik PH, tujuan kritikan tu kami lemparkan supaya PH membaiki diri. Suka atau tak suka – kita harus akui PH adalah koalisi politik yang sah, dipilih melalui undian rakyat semasa PRU14. Kami kritik bukan bermaksud nak kerajaan ditukar dengan cara macam ni, kalau betul rasa PH dah tak boleh tadbir negara – kalahkan diorang pada PRU15.

Sejarah akan mengingati individu-individu yang telah mencuri demokrasi di Malaysia. Hari ini mungkin mereka boleh tersenyum kerana dah dapat kuasa, namun selalunya kejayaaan yang tak bermoral tiadalah panjang akan usianya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *