Isu ada pakatan nak bina kerajaan pintu belakang, ini persoalan yang ramai rakyat nak tahu

F1

Penghujung Februari 2020 sudah tentu akan dikenang sebagai salah satu period tsunami politik terbesar dalam politik negara. Walaupun semuanya belum pasti – tapi ada banyak kemungkinan yang akan berlaku. Melihat daripada laporan-laporan berita semalam – kami boleh simpulkan semuanya berada di tangan Tun Mahathir.

S1
Mahathir. Via Meashable

Sebab kebanyakan parti politik mahu dia jadi Perdana Menteri, DAP dan AMANAH siap keluarkan kenyataan media yang mahu di kekal sebagai PM. Begitu juga dengan BERSATU yang telah memutuskan untuk keluar dari PH – telah mengumumkan mereka nak Tun Mahathir jadi Perdana Menteri Malaysia kelapan.

Dalam kekalutan ni, kami sempat kumpulkan dua soalan menarik untuk difikirkan bersama. Bak kata orang; sebelum sesuatu perkara terjadi, tak salah untuk kita meramal supaya dapat lebih bersedia. Ini antara soalan yang kami rasa tengah bermain di minda kebanyakan orang…

Betulkah berlaku perpecahan dalam BERSATU? Kalau tak berlaku, mengapa Tun Mahathir letak jawatan?

Seperti yang kita tahu, semalam Tun Mahathir dah letakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Benda ni mungkin berlaku kerana PH dah hilang majoriti di Parlimen. Surat peletakan jawatan tu dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

S1
Ada KFC lebih? Via IMMAS

Setengah jam lepas tu, Mahathir turut umumkan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Surat tu dihantar kepada ibu pejabat parti BERSATU. Tapi, selepas mesyuarat tergempar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam, diorang putuskan untuk menolak peletakan jawatan Tun Mahathir.

Menjelaskan inti pati mesyuarat, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata pucuk kepemimpinan parti akan menyampaikan rayuan kepada Mahathir untuk kembali menerajui pentadbiran negara.

“Jadi hari ini, kami sebulat suara menyokong kepemimpinan Dr Mahathir, bukan saja sebagai Perdana Menteri interim, tetapi kembali menjadi Perdana Menteri dan mentadbir negara,” – Mohd Rafiq Naizamohideen, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Persoalan utama yang bermain dalam kepala otak kami; kenapa Mahathir tiba-tiba letak jawatan sebagai Pengerusi BERSATU? Dalam hal ni sudah tentu ada dua kemungkinan; Mahathir tak setuju dengan penubuhan kerajaan pintu belakang kerana disertai UMNO atau semua ni cuma drama dia je untuk dapatkan perhatian orang ramai.

Menurut dakwaan Anwar, Mahathir tak terlibat dalam usaha untuk tubuhkan kerajaan pintu belakang…

Semalam Anwar Ibrahim kata  Mahathir tak terlibat dalam menjatuhkan PH untuk mewujudkan kerajaan gabungan baru.

“Tidak, saya tak fikir beliau (terlibat). Namanya digunakan oleh orang dalam dan luar parti dan beliau menyatakannya sekali lagi seperti sebelum ini, beliau tak ada peranan. Beliau sangat jelas (pendiriannya), tidak mungkin untuk beliau bekerjasama dengan sesiapa yang ada kaitan dengan rejim lalu,” – Anwar, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Anwar dedahkan perkara tu kepada media selepas spekulasi yang meluas bahawa Mahathir memainkan peranan dalam gerakan yang melibatkan Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin. Anwar, yang bertemu dengan Mahathir semalam kata dia tahu hasrat Mahathir meletakkan jawatan lebih awal dan telah menasihatinya agar tidak berbuat demikian.

S2
Anwar dan Mahathir. Via AWANI

“Saya ada merayu kepada beliau bagi pihak PKR dan PH. Pengkhianatan ini boleh ditangani bersama, tetapi sudah tentu beliau ada pandangan yang berbeza. Beliau berpendapat tidak wajar untuk beliau dilayan begitu, dikaitkan untuk bekerja dengan perasuah,” – Anwar, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Kalau betul apa yang dikatakan Anwar ni, ia bermaksud ada orang cuba nak buat sesuatu tanpa persetujuan Mahathir. Ini antara sebab untuk susah kami nak percaya Tun Mahathir letak jawatan saja-saja untuk mengisi masa lapang. Sebab paling logik – dia letak jawatan Pengerusi BERSATU sebab nak protes tindakan pimpinan BERSATU yang macam tak dengar cakap dia.

Persoalan utamanya – adakah benda ni benar-benar berlaku? Kalau berlaku ia bermaksud; Tun Mahathir mungkin akan memilih untuk menolak orang-orang yang nak buat kerajaan pintu belakang ni dan kembali memimpin PH kalau diorang masih berupaya jadi kerajaan.

Kerajaan pintu belakang adalah penghinaan jelas pada amalan demokrasi negara

Kerajaan pintu belakang adalah penghinaan kepada demokrasi Malaysia. Rakyat dah pilih Pakatan Harapan semasa PRU14. Mewujudkan kerajaan dengan kaedah rundingan pintu belakang macam yang tengah diperkatakan sekarang, jelas mengkhianati mandat rakyat.

Rakyat dah menolak BN dan PAS untuk mentadbir Malaysia pada PRU14, membawa diorang menyertai kerajaan adalah perbuatan yang tak sepatutnya diterima. BN dan PAS melalui Muafakat Nasional ada momentum yang baik sejak beberapa PRK kebelakangan ini. Di PRK Tanjung Piai mereka memalukan PH dengan majoriti yang besar.

Jika mereka terus konsisten, tidak mustahil pada PRU15 mereka akan menang. Biarlah PH jatuh melalui pilihan rakyat, bukan melalui rundingan bawah meja seperti ini. Pimpinan politik yang terlibat harus berfikir panjang, jika kerajaan yang mereka ingin cipta terhasil dari pintu belakang, ia akan menjadi kerajaan yang rapuh. Tidak mustahil akan berlaku kerajaan pintu belakang 2.0 jika wujud krisis.

Mereka harus sedar, ia mustahil untuk tidur bersama serigala yang kelaparan sambil mengharapkan anda tidak akan digigit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *