Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1 min (1)
Isu Semasa

Drama politik boleh dihentikan dengan MOU?

By Subeditor
September 28, 2023 3 Min Read
Comments Off on Drama politik boleh dihentikan dengan MOU?

Keadaan politik kita umpama ‘bom masa’ dan boleh meletup bila-bila masa andai kata tak ada kawalan atau mekanisme untuk memastikan apa yang dibina selama ini tak berkecai akibat angkara tindakan segelintir pemimpin parti yang tak segan mengeksploitasi isu agama dan kaum demi kepentingan politik, walaupun tahu ia menimbulkan kesan negatif hubungan antara etnik, bahkan intra-etnik.

Sudah tiba masanya ‘politik muafakat’ diangkat demi masa depan agama, bangsa dan tanah air. Sidang Pengarang NSTP menyarankan semua parti politik dalam kerajaan dan pembangkang melaksanakan memorandum persefahaman (MoU) dinaungi Majlis Raja-Raja untuk menamatkan kekalutan politik, termasuk manipulasi dan eksploitasi isu agama serta kaum.

Sama ada pihak pemerintah mahupun pembangkang, sesiapa saja boleh mulakan rundingan bagi membawa Malaysia menjadi negara lebih matang rakyatnya dalam berpolitik dan bernegara. Hakikatnya, walau siapa pun mentadbir urus negara ini, jaminan ke atas perkara sensitif termaktub dalam Perlembagaan sudah terpelihara.

Undang-undang utama Malaysia adalah Perlembagaan dan termaktub dalam Perkara 4(1) dan 162 (6) serta Seksyen 73 Akta Malaysia menyatakan ‘Perlembagaan ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang diluluskan selepas Hari Merdeka tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu’, dengan rujukan ke atas Artikel 4 (1).

Perlembagaan perlu difahami sepenuhnya dan menjadi garis panduan untuk membolehkan semua pihak mematuhi, menerima dan mempertahankan keluhuran Perlembagaan kerana ia adalah sumber tadbir urus negara.

Perkara 3 dan 11 saling melengkapi di bawah Perlembagaan, agama Islam adalah agama Persekutuan dan kebebasan beragama dihormati.

Prinsip utama ini bersifat dominan supaya tafsiran berbeza tidak diberikan ke atas agama oleh pihak menggunakan agama secara tidak bertanggungjawab kerana tidak ada pihak menyarankan supaya mengambil langkah songsang dalam arena politik sehingga menjejaskan kesejahteraan manusiawi.

Manipulasi terhadap agama ini perlu dihentikan, walaupun menyemarakkan fahaman keagamaan tidak disekat jika sekiranya ia dilakukan ke arah pembangunan nilai perwatakan warganya.

Begitu juga kedudukan Raja sebagai ‘pelindung’. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi Raja Berperlembagaan. Perkara 32 Perlembagaan adalah pengisytiharan ke atas Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.

Masyarakat Melayu tidak boleh taksub dengan parti politik

Orang Melayu tak boleh taasub dan terbawa-bawa berpolitik sehingga negara jadi tak stabil, sekali gus menyebabkan ekonomi negara sukar dibangunkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kestabilan negara adalah kunci utama bagi membolehkan Kerajaan Perpaduan membangunkan ekonomi negara. Sikap terlalu taasub berpolitik dalam kalangan orang Melayu hanya menyebabkan ketidakstabilan, sekali gus akan menjadi penghalang ekonomi negara berkembang.

Justeru, tegasnya, masyarakat Melayu tidak boleh lagi terus berpolitik sehingga menyebabkan negara tidak stabil manakala ekonomi sukar dibangunkan.

“Negara kita kini berdepan kadar pengangguran tinggi dan masalah ini tidak dapat diselesaikan jika masyarakat taasub berpolitik sepanjang masa. Membangunkan ekonomi adalah antara fokus Kerajaan Perpaduan ketika ini dan ia bukan mengambil masa pendek kerana untuk menyelesaikannya memerlukan masa.

“Kita kena bina asas itu semula dengan syarat kestabilan dapat dicapai.

“Masyarakat Melayu kena faham, pembangunan itu dituntut dalam Islam. Jangan hanya pakai slogan membangun bersama Islam namun negeri ke belakang.

“Usah jual agama kerana mahukan kerusi (politik). Jual agama untuk kerusi tak boleh buktikan kredibiliti parti kita, malah hanya menghalang pembangunan negara ke tahap seterusnya,” katanya.

Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa dan bekas Menteri Kewangan II berkata, lazimnya pada pilihan raya, orang Melayu dimomokkan oleh parti politik yang bercerita seolah-olah hanya orang Melayu tinggal di negara ini.

“Dalam komposisi parti membina kerajaan, kita tak boleh lari daripada menerima hakikat Malaysia sudah tidak ada parti yang yang boleh mendakwa mendapat majoriti tunggal.

“Politik ini dinamik sifatnya dan perlu berubah. Sekarang ini, kita nampak Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO buat keputusan bersama-sama PH untuk mewujudkan kestabilan kerajaan.

“Kalau nak terus berkhidmat kepada masyarakat dan bangunkan negara, kena terima dinamik politik baharu ini.

“Kita boleh kongsi kuasa. Malaysia bukan ada Melayu sahaja kerana banyak kaum seperti Cina, India serta pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak yang ada peranan masing-masing,” katanya.

Sehubungan itu, Johari meminta Perikatan Nasional (PN) terutama PAS menunjukkan hasil bagaimana mereka membangunkan negeri dikuasai iaitu Perlis, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“Jika boleh buktikan pembangunan negeri dapat dicapai, baru masyarakat percaya kepimpinan Islam itu progresif walaupun berfahaman konservatif,” katanya.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1 min
Previous

Ahli Parlimen pembangkang tak boleh sombong

f1
Next

Akta Hasutan ingin disemak, perlukan perbincangan kritikal

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme