Dua pelajar UiTM meninggal dunia dalam masa kurang 24 jam, ramai simpati

f1

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai orang berada dalam keadaan yang tak stabil – bukan sahaja dari segi kewangan, tapi dari segi kesihatan mental. Keadaan ini berlaku kerana kita sudah terlalu lama mengadapi pandemik sehingga ada yang kehilangan pendapatan dan ramai yang menghadapi kesukaran untuk beradaptasi dengan norma baharu. Kesan daripada masalah ini boleh dilihat daripada kempen-kempen sosial rakyat seperti kempen bendera putih dan hitam.

728 X 90

Kita juga dikejutkan dengan beberapa insiden yang menyaksikan ada rakyat yang membunuh diri kerana dikatakan tidak tahan dengan keadaan semasa. Kali ini kami nak bawa perhatian korang kepada satu golongan yang jarang disebut oleh rakyat; kumpulan mahasiswa yang tertekan kerana pandemik Covid-19.

Dua pelajar dari UiTM meninggal dunia dengan sebab yang hampir serupa

Jumaat lepas kita dikejutkan dengan kematian dua pelajar, Nurul Natasya Ezreen Bt Azemi yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Cawangan Kedah dan Muhammad Adham Hazim bin Mohd Rizaini, pelajar Diploma Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Awam, Cawangan Pahang.

uitm 3 e1625896880749
Via AmazingNara

Ia bermula dengan berita seorang pelajar dari sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Kedah meninggal dunia selepas dilaporkan tidak sedarkan diri pada Jumaat. Kejadian ini tular di media sosial dan dia dilaporkan tidak sedarkan diri pada jam 4 pagi di rumah sewanya di Merbok sebelum dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani menggunakan ambulans.

Berdasarkan maklumat yang tersebar di media sosial, mangsa dikatakan mengalami sakit kepala dan sempat mengejutkan rakan serumah apabila terjaga dari tidur pada jam 3 pagi. Mangsa juga dikatakan mengalami muntah dan sawan sebelum tidak sedarkan diri dan dirujuk ke HSAH.

Bagaimanapun imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang dilakukan menunjukkan terdapat pendarahan di bahagian otak dan mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.50 petang Jumaat. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abd Rahman berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu. Semakan mendapati, mangsa dimasukkan ke HSAH oleh rakannya dan dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat.

uitm 3 e1625896880749
Kebanyakan pelajar perlu belajar dari rumah. Via Utusan TV

Cuma, kejadian ini dikatakan terjadi kerana stress menjalani kuliah dalam talian selain bebanan tugasan dan persiapan menghadapi peperiksaan akhir.

Kemudian kita juga mendapat berita pelajar UiTM Jengka yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada malam Sabtu, mengadu sakit kepala ketika merangkak ke pintu bilik kedua ibu bapanya di Kampung Bukit Berangan, Tepoh.

“Saya dan isteri terdengar dia minta tolong dalam keadaan merangkak ke bilik sambil beritahu kepala dia sakit sangat dan minta dibawa ke hospital,” – Ayah Mangsa, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

3
Via Berita Harian

Mereka segera membawa anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sebelum disahkan meninggal ketika dirawat di ICU. Hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) terhadap anaknya menunjukkan berlaku pendarahan akibat dua urat yang terputus di bahagian atas dan belakang kepala.

UiTM ucapkan takziah kepada keluarga mangsa, telah panjangkan tempoh pentaksiran

Sementara itu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengatakan mereka berduka cita dan mengucapkan takziah kepada keluarga dua pelajar yang meninggal. Menurut Jabatan Komunikasi Korporat UiTM, pihaknya prihatin dengan isu kematian dua pelajarnya. Menurut kenyataan itu, UiTM mengatakan mereka prihatin bagi memastikan kebajikan dan kemudahan pelajar dalam menjalani sesi pembelajaran secara Open Distance Learning (ODL).

uitm 3 e1625896880749
Sidang Media UiTM. Via Sinar Harian

“Sehubungan itu, pelajar yang memerlukan kemudahan Internet dan peranti dibantu serta dialu-alukan untuk menginap di kolej atau rumah sewa berhampiran kampus. Bagi aspek pentaksiran dan penilaian, pihak UiTM, melalui Bahagian Hal Ehwal Akademik serta pensyarah sudah membuat pemakluman awal berkaitan tarikh penting tugasan kepada pelajar di awal semester melalui pelan pengajian setiap kursus,” – Kenyataan Rasmi UiTM

Tambah kenyataan itu, Bahagian Hal Ehwal Akademik UiTM sudah melanjutkan aktiviti pentaksiran dan penilaian berterusan sepanjang minggu Penilaian Akhir sehingga Ogos depan. Katanya, inisiatif itu dilaksanakan melalui Pekeliling Akademik bil 11/2021 yang dikeluarkan dan dimaklumkan kepada semua pelajar dan pensyarah pada 18 Jun lalu.

Pelajar turut disarankan agar sentiasa berbincang dengan pensyarah, penasihat akademik atau ketua program masing-masing bagi menyelesaikan apa jua isu berkaitan pentaksiran dan penjadualan penilaian.

Ada beberapa kumpulan rentan yang perlu diperhatikan, termasuklah kumpulan mahasiswa

Kita dapat melihat hampir semua segmen masyarakat mengalami tekanan kerana pandemik, sehingga ada kelompok yang mungkin kita terlepas pandang. Antara kumpulan yang kami rasa perlu mendapat perhatian lebih adalah kumpulan mahasiswa. Mereka turut menghadapi masalah dari segi alat pembelajaran dan menghadapi tekanan emosi. Mereka harus dibantu sebelum kita mendengar isu-isu yang mengejutkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *