Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
aaaas min
Isu SemasaPolitik

Isu agama dan bangsa untuk modal politik

By Subeditor
May 22, 2023 3 Min Read
Comments Off on Isu agama dan bangsa untuk modal politik

Politik Malaysia diwarnai oleh pelbagai faktor, antara faktor yang memainkan peranan penting adalah elemen bangsa dan agama. Malaysia yang merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama sering memiliki isu berkaitan dua hal ini yang pastinya akan mempengaruhi dinamik politik kita.

Peranan bangsa dalam politik Malaysia telah lama menjadi isu yang sensitif dan kompleks. Salah satu konsep yang sering dibincangkan adalah ‘Konsep Ketuanan Melayu’ dan politik identiti etnik telah memainkan peranan penting dalam membentuk landskap politik Malaysia. Walaupun negara kita meraihkan konsep kepelbagaian dan integrasi, isu-isu seperti hak istimewa bumiputera, jurang pendapatan bangsa masih menjadi perdebatan dan sesekali mempengaruhi kestabilan politik negara.

https://www.youtube.com/watch?v=3v13veAoq0I

Konsep Ketuanan Melayu terkait erat dengan dasar-dasar politik negara, termasuklah apa yang ada pada Perlembagaan Malaysia. Dasar ini memberikan hak-hak istimewa kepada bumiputera Melayu dalam bidang seperti pendidikan, pekerjaan, dan perumahan. Walaupun ia diwujudkan dengan tujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum, konsep ini sering menjadi sumber ketegangan dalam politik Malaysia. Ada pelbagai pandangan yang berbeza berkenaan isu ini, dan ia sering kali mempengaruhi pilihan raya dan keputusan-keputusan politik di peringkat nasional.

Selain daripada bangsa, isu agama turut menjadi modal utama yang sering dimainkan dalam politik negara kita. Seperti kepelbagaian bangsa, kita juga memiliki pelbagai agama dan kepercayaan. Selain agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan, agama-agama lain seperti Buddha, Hindu, Kristian, dan lain-lain turut memiliki pengikut yang signifikan. Agama selalu menjadi sumber perselisihan politik dalam isu-isu seperti hudud, kebebasan beragama, dan status agama dalam pentadbiran negara.

Parti-parti politik sering menggunakannya sebagai platform untuk memperoleh sokongan dan menguatkan jumlah pengundi dalam pilihan raya. Walaupun kerajaan telah berusaha untuk memelihara harmoni di antara agama-agama yang ada di negara kita, isu-isu agama masih menjadi perdebatan dan mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

kemajmukan

Kepentingan perpaduan nasional dan kestabilan politik tak dapat dinafikan. Untuk mencapai matlamat ini, penting bagi politik Malaysia untuk menjaga keseimbangan dan menghormati kepelbagaian etnik dan agama. Politik identiti etnik dan agama haruslah dikendalikan secara bijak dan berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan yang memelihara hak asasi manusia dan keadilan sosial.

Kalau ditanyakan kepada kami, politik Malaysia perlu mempromosikan dialog antara etnik dan agama yang berbeza. Dialog-dialog seperti ini mampu menangani isu-isu sensitif dengan telus dan memberikan ruang bagi pendapat yang berbeza untuk didengar. Penekanan harus diberikan kepada pembangunan ekonomi dan sosial yang adil dan merata, dengan memberikan peluang kepada semua etnik dan agama.

Seruan perpaduan sering dilaungkan untuk modal politik

Istilah politik identiti digunakan dalam banyak perbincangan hal ehwal politik negara. Ia berselang seli dengan politik perkauman. Politik ini banyak dicorakkan oleh politik perkauman.  Politik identiti adalah bentuk analisis sosial dan tindakan politik oleh kumpulan yang berlatarbelakang agama, fahaman, budaya, kaum, amalan dan ideologi ke atas kumpulan yang lebih dominan dan majoriti serta berkuasa.

Pendukung gagasan politik identiti kerap mendakwa mereka yang memperkuatkan asas perpaduan nasional dengan mengutamakan perpaduan Melayu.

hisham keris1

Memang munasabah untuk menganggap perpaduan Melayu sebagai bangsa teras negara tercinta merupakan prasyarat penting untuk perpaduan nasional. Perbincangan perpaduan Melayu tak boleh terlepas daripada politik kepartian dan ia secara stereotaip dikaitkan dengan UMNO sebagai parti Melayu terunggul kerana rekod prestasi sebagai pemerintah selama 60 tahun.

Oleh itu, politik identiti dalam bentuk agenda perpaduan Melayu-Islam (perpaduan ummah) cenderung dipolitikkan dan bersifat polemik. Maknanya, dalam seruan untuk Melayu bersatu padu, para penyorak gagasan politik identiti pasti akan terjerumus ke dalam retorik mencerca mereka yang menekankan perpaduan nasional. Dalam erti kata lain, apabila istilah ‘perpaduan’ digunakan dalam kempen politik, selalunya ia akan menjurus kepada seruan untuk mendukung parti-parti yang berteraskan bangsa Melayu.

Interaksi di antara bangsa dan agama majoriti-minoriti mampu berlaku dengan matang sekiranya kita memiliki keterbukaan dalam untuk berbincang isu-isu sensitif. Untu melahirnya wacana-wacana seperti ini, rakyat Malaysia seharusnya tidak mudah termakan dengan propaganda politik yang menggunakan sentimen perkauman dan agama semata-mata. Kalau anda perasan, ketegangan kaum selalunya berlaku apabila pilihan raya sudah semakin hampir. Mengapa agaknya?

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1 min (4)
Previous

PRN semakin hampir, semua tengah runding kerusi

f1 min (5)
Next

Ini sebab media sosial penting untuk propaganda

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme