Isu pelajar jawab exam di atas pokok memperlihatkan perlu VIRAL baru orang buat kerja

F1
Isu pelajar jawab exam di atas pokok memperlihatkan perlu VIRAL baru orang buat kerja

Dengan perkembangan teknologi dan Internet yang ada hari ni, cukup mudah untuk sesuatu isu tu ditularkan di media sosial. Sudah banyak projek dan program yang membawa kebaikan berjaya mendapat wang dari orang awam setelah maklumat berkaitannya ditularkan di media sosial. Bagi mereka yang dah bekerja dan ada sedikit lebihan wang, kami yakin; mesti korang dah banyak kali bagi sumbangan untuk apa-apa kempen yang korang yakin akan memberi manfaat kepada masyarakat.

Via Giphy

Cuma, ada satu budaya yang kami tak gemar. Budaya yang diamalkan oleh kerajaan yang gemar “mempercepatkan atau ambik tahu” sesuatu, hanya apabila isu tu dah tular. Apa yang kami cuba maksudkan, selalunya isu yang tular kat media sosial akan cepat dapat respons dari kerajaan, sebab diorang tak nak dapat nama yang buruk. Susahlah kalau benda semua nak tular, barulah nak bekerja.

Sepatutnya, tanggungjawab perlu dilakukan tanpa menunggu benda tu tular. Kalau tanggungjawab dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, isu tular yang “memalukan” pastinya akan lebih rendah. Mengambil contoh apa yang berlaku pada hari ini, ramai yang dah hilang kerja akibat Covid-19. Adakah kerajaan nak tunggu ada orang makan ubi kayu atau kebulur, barulah diorang nak perkenalkan sesuatu yang boleh memastikan takde orang yang kelaparan?

Terpaksa panjat pokok untuk jawab peperiksaan, siap bina kawasan tempat tidur di hutan

Salah satu contoh terbaik yang kita boleh ambil adalah video tular seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang panjat pokok di Pitas, Sabah untuk dapatkan Internet. Oleh sebab KPT dah keluarkan arahan untuk pembelajaran dilakukan di dalam talian, dia perlu menduduki peperiksaan dalam talian. Malangnya liputan Internet di kawasan rumahnya tak mengizinkan dia untuk jawab dari rumah, jadi dia kena pergi cari tempat yang Internet stabil.

Veveonah muat naik video itu pada 12 Jun lalu di YouTube, dan tak menyangka akan terima lebih 150,000 tontonan dan dibanjiri komen positif selain turut dikongsi oleh UMS. Menerusi video terbaru dimuat naik pada 14 Jun lalu, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, turut gembira dengan sokongan dan motivasi yang diterimanya susulan perkongsian video tu.

“Hari ini adalah antara hari paling bersejarah, sebenarnya hari ini saya berasa sangat gembira dan teruja kepada semua subscribers … saya telah mempunyai lebih 1,330 subscribers. Saya sangat menghargai sokongan anda. Terima kasih sebab sokong saya punya video termasuk pihak universiti sendiri yang berkongsi video saya … saya akan cuba untuk balas komen dan hasilkan lebih banyak video yang menarik,” – Veveonah, seperti yang dilaporkan BERNAMA

E
Via MEME

Sebelum ni, Veveonah pernah muat naik video berdurasi 11 minit bertajuk “24 hours on tree challenge” yang paparkan pengalaman dirinya yang perlu panjat pokok untuk dapatkan capaian Internet yang stabil untuk menjawab peperiksaan dalam talian. Dia bina sebuah pondok kecil berhampiran rumahnya untuk tujuan tu, tapi pondok tu rosak disebabkan hujan beberapa jam sebelum peperiksaan bermula.

Dengan gunakan kelambu, dua telefon bimbit, powerbank, alat tulis dan makanan, Veveonah berjaya jawab dua kertas peperiksaan sepanjang berada di atas pokok tu. Video tu turut paparkan detik Veveonah berdepan dengan tebuan ketika sedang jawab peperiksaan, dan keputusannya untuk bermalam di atas pokok berikutan cuaca yang semakin gelap.

Fahmi Fadzil 0702
Via Rencah

Kita sedang berada pada tahun 2020, dan ia bukanlah mengejutkan untuk dapat tahu masih ada kampung di Sabah tak dapat liputan Intenet yang baik. Bagi yang ada pengalaman pergi ke kawasan pedalam Sabah, mereka pasti tahu betapa pembangunan di Sabah amat “mengejutkan”. Masih banyak sekolah yang daif dan laluan bagi kenderaan masih lagi menyedihkan. Keadaan ni sepatutnya segera diperbaiki oleh kerajaan negeri Sabah.

Video tular ni dapat perhatian dari Telekom Malaysia, diorang datang jumpa Veveonah

Seperti yang kami kata awal-awal tadi, apabila isu tu tular, mesti akan ada tindakan susulan dari seseorang. Kalau bukan dari kerajaan, ia akan datang dari syarikat-syarikat besar. Biasalah, apabila isu tular, mestilah nak “ambik port” sekali kan. Selepas kisah panjat pokok ni tular, pihak Telekom Malaysia datang untuk berjumpa dengan Veveonah di kampungnya yang terletak di Sipitang Sabah.

Macam yang kami cerita tadi, Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk dapatkan capaian Internet yang baik untuk jawab peperiksaan dalam talian. Dalam perkongsian yang dibuat di Facebook Telekom Negeri Sabah, diorang dikatakan dah menjejaki Veveonah untuk meninjau sendiri keadaan dan capaian Internet di sana.

Rombongan tu diketuai oleh Pengarah wilayah TM Sabah iaitu YH Dato’ Hj. Mohd Sainal Mohd Amin dan beberapa anggota TM Sabah. Diorang kata sedang berada dalam tempoh penyelidikan dan berusaha untuk meningkatkan kualiti telekomunikasi di kawasan tu. Kami harap dengan kunjungan TM Sabah ni, ia akan sedikit sebanyak membantu perkampungan Vevenoah untuk mendapatkan liputan Internet yang stabil.

Bagus. Semoga adalah hasilnya. Via Giphy

Cuma, ia kembali membawa kepada persoalan penting – adakah sesuatu benda tu kena tular dulu, barulah tindakan akan diambil? Kalau ada 100 kawasan di Sabah ada anak muda macam Veveonah buat video untuk gambarkan betapa bermasalahnya kawasan diorang dari segi liputan Internet, adakah 100 kawasan itu akan diberi perhatian dan mula dilawati oleh orang-orang yang bertanggungjawab? Ia melahirkan satu budaya yang tak sihat. Tular dulu, baru buat kerja.

Kuasa viral mampu memberi kesan kepada dunia sebenar. Oleh itu gunakanlah dengan baik

Kuasa “viral” pada hari ini cukup kuat, ia bermakna – apa jua yang kita lakukan di media sosial mampu membawa perubahan dan kesan kepada dunia sebenar. Dengan perkembangan semangat rasisme dan anti-imigran yang menular akibat pandemik Covid-19, kami fikir ia adalah hal yang baik untuk kita menyebarkan hal-hal yang menjurus ke arah keharmonian dan perpaduan. Kita semua manusia, dan sebagai manusia – kita perlu bersimpati dan bertoleransi dengan manusia yang lain.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top