Polis tahan abang mangsa kemalangan, dipercayai bakar kereta yang bertembung dengan adiknya

F1
Polis tahan abang mangsa kemalangan, dipercayai bakar kereta yang bertembung dengan adiknya

Sebelum ni kami pernah menulis artikel berkaitan pemandu mabuk, sebab kami harap mereka yang memandu secara mabuk ni dikenakan hukuman yang lebih berat. Bagi kami, minum arak tu hal peribadi, cuma kalau dah sampai tahap memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan keselamatan orang lain terancam, itu dah kira benda lain. Konsep dia macam ni – kalau korang nak lakukan sesuatu yang boleh rosakkan kesihatan korang, itu benda peribadi. Cuma bila dia dah libatkan kesihatan atau keselamatan orang lain, ia akan jadi benda yang berbeza.

Kalau dah tahu mabuk, tak payah lah nak gatal tangan pergi memandu. Via Giphy

Walaupun kami kata pemandu mabuk ni perlu dikenakan hukuman yang keras, tapi ia tak bermaksud kita boleh jatuhkan hukuman dan gunakan tangan sendiri untuk hukum orang tu. Kita masih ada sistem undang-undang yang perlu dipatuhi dan menghukum dengan tangan sendiri hanya akan bawak masalah kepada diri sendiri. Kita patut desak ahli-ahli Parlimen untuk gubal undang-undang bagi menghukum pemandu mabuk, bukan pergi belasah sesiapa je yang kita rasakan memandu dalam keadaan mabuk.

Kereta seorang wanita dibakar akibat dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, rupa-rupanya…

Beberapa hari lepas, ada orang awam yang dah membakar sebuah kereta yang masa tu diorang percayai dipandu oleh wanita mabuk. Diorang buat kesimpulan macam tu setelah berlaku kemalangan di antara kereta ni dan sebuah motosikal.  Kejadian tu berlaku di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor kira-kira jam 9.50 malam Khamis lepas. Kejadian tu tular di media sosial apabila ada pengguna Facebook muat naik beberapa keping gambar menunjukkan pasukan bomba tengah padamkan api pada kenderaan yang dibakar.

32
Kenderaan yang dipercayai dibakar. Via Astro Awani

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noor Zainy Mohd Noor kata, kemalangan tu berlaku ketika pemandu wanita berusia 56 tahun tengah dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Kepala Batas setelah selesai hantar sayur.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu wanita itu dipercayai terbabas ketika mengelak haiwan, lalu telah masuk ke laluan bertentangan dan pada masa yang sama kedua-dua penunggang motosikal datang dari arah bertentangan gagal mengelak menyebabkan mereka melanggar bahagian tepi kanan hadapan kereta,” – Noor Zainy, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani

Kedua-dua penunggang motosikal tu alami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan dan ujian saringan awal pernafasan gunakan alat SD2+ ke atas pemandu tu, dia didapati negatif dan pemandu tu tak berada di bawah pengaruh alkohol.

“Ketika siasatan dijalankan di tempat kejadian mendapati tiada kebakaran berlaku pada kenderaan terlibat. Walau bagaimanapun, pihak Bomba Tasek Gelugor telah menerima panggilan aduan kebakaran kenderaan pada 19 Jun 2020 jam lebih kurang jam 2 pagi di mana kereta telah terbakar,” – Noor Zainy, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani

Tak semua benda yang ada di dalam Internet tu, benda betul. Via Giphy

Oleh sebab tu, Noor Zainy nafikan laporan yang tengah tular di media sosial yang mengatakan pemandu kereta tu memandu di bawah pengaruh alkohol atau mabuk. Kes tu disiasat mengikut Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987, untuk kes berkaitan kebakaran kenderaan, polis turut buat siasatan di bawah seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat dengan api.

Polis menahan tiga suspek untuk bantu siasatan kes bakar kereta ni, abang mangsa kemalangan antara yang ditahan

Disebabkan kes bakar kereta ni, tiga individu dah ditahan oleh pihak polis. Kami dah kata, kalau kita gunakan tangan sendiri untuk beri hukuman kepada mereka yang kita percaya melakukan kesalahan, ia hanya akan beri masalah kepada diri sendiri je. Bukankah baik kalau kita biarkan polis lakukan kerja diorang, dan biar mahkamah yang berikan hukuman kalau betul pun orang tu bersalah.

Sds
Gambar Motosikal yang terlibat dengan kemalangan tu. Via Astro Awani

Dua daripada suspek ni merupakan abang kepada mangsa yang cedera dalam kemalangan yang berlaku pada Khamis malam tu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor kata, suspek yang berusia 19 dan 29 tahun tu ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar Tasek Gelugor. Diorang disiasat di atas dakwaan cuba bertindak agresif dan beri komen negatif di laman sosial Facebook pada hari kejadian.

Diorang jugak tak nak berikan bekerjasama dengan tak beri maklumat berkaitan insiden membakar kereta tu. Noorzainy kata, polis turut menahan seorang lelaki yang memuat naik maklumat dan video berkaitan kejadian tu di laman Facebook miliknya. Suspek ketiga berusia 33 tahun tu ditahan di Padang Menora. Polis turut merampas telefon bimbit miliknya yang dipercayai digunakan untuk memuat naik maklumat berkenaan kejadian tu.

Jangan disebabkan nak dapat banyak like kita post je benda yang tak betul. Via Giphy

Suspek ketiga ni dah mengaku memuat naik maklumat di Facebook tanpa memeriksa dan mencari sebarang fakta yang jelas dari pihak berkuasa. Sebagai pengguna media sosial, kita memang terbuka untuk menulis atau melakukan kritikan terhadap apa-apa insiden. Cuma, sekiranya hantaran kita tu mengandungi berita palsu atau boleh menyebabkan ketenteraman awam terganggu, kita akan berisiko untuk didakwa.

Sebab itulah ketika tengah marah, lebih baik kita pergi tidur je. Jangan buat sesuatu yang boleh buatkan diri kita menyesal

Memang senang untuk kata “bawak bersabar” kalau kita tak berada dalam situasi seseorang yang tertekan. Cuma, kita memang dah selalu dinasihatkan; dalam keadaan marah, jangan lakukan sesuatu yang boleh menyebabkan korang akan menyesal di kemudian hari. Samalah dengan nasihat; kalau marah lebih baik diam, sebab selalunya ucapan-ucapan kita yang disulam emosi akan buat kita menyesal.

Kalau kita tengok dari kes ni – akibat kemarahan seseorang (dipercayai dua orang suspek tu) – harta seseorang dah dibakar dan mangsa akan alami kerugian yang besar. Bagi kedua-dua suspek ni pula, diorang akan berhadapan dengan tindakan undang-undang akibat tindakan yang didasari kemarahan. Apabila adiknya sembuh nanti (kita doakan), mesti dia akan rasa sedih melihat abangnya menerima hukuman akibat membela dirinya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top