Kalau dahulu dalam PKR, kini dikatakan ada ‘KARTEL’ besar dalam PDRM

f1

Kali pertama kami dengar perkataan ‘kartel’ ni adalah dalam filem-filem Hollywood yang banyak cerita pasal sindiket pengedaran dadah. Kumpulan-kumpulan pengedaran dadah ni dipanggil kartel; dan memang sejak dahulu perkataan ni sebenarnya sinonim dengan benda-benda yang tak baik. Kemudian, beberapa tahun lepas kita dengar ada ‘kartel’ jugak dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

728 X 90

Kumpulan yang dipimpin oleh Azmin Ali yang akhirnya menjadi perancangan utama dalam menjatuhkan Pakatan Harapan, seterusnya meninggalkan PKR dan bersama dengan Bersatu pada hari ini. Macam itulah istilah ‘kartel’, selalu dianggap sebagai ‘parasit’ dalam sesebuah organisasi. Kali ini, nampaknya ada kartel yang dikatakan sedang bersarang dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

IGP kata ada kartel dalam PDRM yang sedaya upaya cuba jatuhkan dia

Dalam sebuah wawancara bersama Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dedahkan wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkannya. Katanya kumpulan ini turut mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.

Bagi yang dah lupa, Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.

“Ada usaha untuk mengaibkan, menjatuhkan saya daripada kumpulan ini (kartel). Jadi saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita,” – Abdul Hamid Bador, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia kata macam tu ketika ditanya mengenai pendedahan mengejutkannya berhubung gerakan geng kartel dalam PDRM sendiri yang mahu menguasai pasukan keselamatan itu bagi memudahkan mereka melakukan ‘kerja-kerja kotor’. Abdul Hamid jelaskan, dia terkesan dengan perkara itu dan harap kumpulan tu segera insaf.

162856107 1359731847735791 6624636656876699247 o
Ketua kartel kena tangkap. Via BBC

Katanya, ada kumpulan pegawai-pegawai muda yang berkumpul dan mereka bercakap sesuatu, ke arah untuk mencari jalan bagaimana rakan-rakan yang sebayanya dapat naik bersama, cakap tentang perkara tidak baik.

Dalam perkembangan terbaru, PDRM katanya dah tahu siapa yang dalang kumpulan ini

Susulan daripada isu ini, PDRM telah kenal pasti individu yang terlibat dalam kartel yang cuba jatuhkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Tanpa dedahkan nama, Abdul Hamid kata, isu tu masih terkawal dan berada dalam pengawasannya dan yakin mereka yang terbabit tak dapat `bergerak’ ketika ini.

whatsapp image 2021 03 22 at 3.33.57 pm
Ketua Polis Negara. Via Utusan

Abdul Hamid kata, ia tak jadi kesalahan sekiranya ada warga PDRM yang mempunyai cita-cita untuk meningkatkan keupayaan diri seperti ingin menjawat jawatan pengarah suatu hari nanti.

“(Jika bercita-cita) satu hari nanti ingin menjadi Pengarah JSPT (Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik), Pengarah JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) tiada silapnya di situ. Saya amat menggalakkan. Masalahnya apabila cita-cita berkenaan digabungkan dengan amalan-amalan yang tidak sihat ini. yang salah, yang selalu saya kritik, saya nasihatkan supaya dihentikan,” – Abdul Hamid Bador, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia kata, tindakan susulan akan diambil kepada mereka yang terlibat selain akan adakan perbincangan berhubung isu itu bersama Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan seterusnya akan berjumpa dengan pengarah jabatan PDRM. Dia juga akan maklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Reaksi rakyat bila dengar isu-isu macam ini. Via Giphy

“Saya akan sampaikan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai perkara ini, tidak perlu (laporan) tapi terpulang kepada Menteri sama ada perkara itu untuk diangkat kepada SPP atau tidak. Ada yang menyuruh untuk dibuat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), sebenarnya saya tegaskan ia masih dalam kawalan,” – Abdul Hamid Bador, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Abdul Hamid kata, dia minta maaf secara terbuka kepada Hamzah kerana tak maklumkan perkara tu kepadanya, kerana menganggap itu adalah isu dalaman yang dapat ditangani. Menjelaskan kegiatan kartel dalaman polis itu, Abdul Hamid berkata, beliau mahu menghentikan budaya mengugut orang awam yang ingin tampil memberi maklumat dan budaya rasuah, dalam kalangan polis.

Katanya, dia beri perakuan kepada Hamzah akan membawa perkara itu ketika perbincangan dengan Menteri itu tak lama lagi, dan yakin kegiatan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai yang tak bertanggungjawab ni, dapat ditangani tanpa perlu dibawa ke atas.

Kalau dibiarkan kartel terus berkuasa, ia akan jadi barah yang membunuh organisasi

Setiap organisasi pastinya memiliki kumpulan-kumpulan tertentu, kami rasa ia adalah lumrah manusia untuk sering berkelompok. Apa yang tak patut berlaku adalah terdapat kumpulan-kumpulan yang menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan diri; dan akan merugikan rakyat. Kumpulan-kumpulan macam ini yang kita perlu awasi dan pastikan mereka dibawa ke Mahkamah. Semoga Ketua Polis Negara diberi kekuatan untuk membersihkan PDRM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *