Khairuddin didenda RM1,000, ada yang kata kalau rakyat biasa didenda kaw-kaw

F1
Khairuddin didenda RM1,000, ada yang kata kalau rakyat biasa didenda kaw-kaw

Sejak minggu lepas, kita dihangatkan dengan cerita seorang menteri yang tak dapat kawal diri atau lakukan kawalan kendiri setibanya dia dari luar negara. Bagi mereka yang dah lupa, salah satu SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah melakukan kawalan kendiri selama 14 hari di rumah, walaupun diorang telah disahkan negatif Covid-19 setibanya dari luar negara. Benda yang orang paling tak boleh brain adalah – menteri ni kata; dia dibenarkan masuk ke istana adalah bukti yang dia negatif Covid-19.

6e3108f5de5ca42224cdfa28600a1bc1
Mohd Khairuddin Aman Razali. Via AAKJ

Macam yang kami kata tadi lah, walaupun anda negatif semasa ujian di pintu masuk negara, ia tak bermakna anda boleh lepak sesuka hati di luar rumah. Benda ni kerana; anda masih boleh dijangkiti Covid-19 selepas itu.

KKM maklumkan Khairuddin didapati bersalah, didenda RM1,000 je. Ramai yang tak puas hati

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang awal-awal perasan benda ni, berkata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Khairuddin Aman Razali boleh sebabkan jangkitan Covid-19 kepada “beribu” orang lain. Dia kata macam tu dalam asakan terbarunya terhadap Khairuddin yang didakwa tak patuhi SOP untuk kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki 7 Julai lalu.

“Sekiranya beliau (Khairuddin) dijangkiti penyakit Covid-19 dari Turki, maka beliau berkemungkinan menyebarkan koronavirus ini kepada beribu-ribu orang sehingga mungkin wujudnya ‘Kluster Khairuddin Takiri’ di Malaysia,” – Teresa Kok, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Susulan tu, KKM maklumkan Khairuddin didapati bersalah menurut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Via Giphy

Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan kenyataan tentang kompaun RM1,000 yang dikenakan terhadap Khairuddin Aman Razali kerana langgar peraturan berkaitan Covid-19, ahli-ahli politik tak menunggu lama untuk berikan ulasan, terutama daripada pemimpin pembangkang. Sekarang ni, kritikan terhadap Khairuddin tertumpu kepada jumlah kompaun yang dikenakan terhadapnya.

Anggota Parlimen Segambut Hannah Yeoh menyindir amaun kompaun yang dikenakan terhadap Khairuddin itu sebagai satu “kod diskaun yang cukup besar”. Yeoh turut mengulang ciap ciapan pengguna Twitter yang membandingkan kompaun tersebut dengan yang dikenakan terhadap orang awam – ada yang mencecah lebih RM8,000.

Kadar denda Khairuddin dikatakan rendah, ramai yang kata hukuman yang lebih berat perlu dikenakan

Khairuddin akhirnya akur dengan kesilapannya langgar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19. Dalam kenyataan medianya, Khairuddin mohon maaf dan menyatakan hasrat untuk pulangkan empat bulan gajinya sebagai menteri.

6e3108f5de5ca42224cdfa28600a1bc1
Pemuda Amanah Johor buat laporan polis terhadap Khairuddin. Via JohorKini

“Saya dengan ini memohon jutaan kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan yang berlaku. Sebagai menteri, saya bertanggungjawab untuk akur kepada peraturan dan SOP sepanjang tempoh PKPP. Sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab itu, saya juga dengan ini akan memulangkan semua gaji saya sebagai menteri untuk Mei hingga Ogos 2020 sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung Covid-19) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia,” – Khairuddin, seperti yang dilaporkan Awani

Dalam kenyataan tu, Khairuddin turut kata gajinya bagi Mac dan April telah disumbangkan sebelum ini ke tabung tersebut sebagaimana diputuskan kabinet. Rata-rata kritikan terhadap Khairuddin bandingkan denda dan hukuman terhadap orang awam yang didapati bersalah akibat melanggar SOP Covid-19.

Sabah Kk
Via FB Fahmi Fadzil

Antaranya ialah seorang wanita warga emas dihukum penjara sehari dan didenda RM8,000 selepas mengaku salah melanggar perintah kuarantin kendiri apabila tiba dari negara luar. Seorang pemilik restoran di Kedah pulak dihukum penjara lima bulan serta denda RM12,000 kerana kesalahan sama. Lelaki terbabit adalah kes yang mempunyai kaitan dengan kluster Sivagangga.

Ahli Parlimen Setiawangsa kata; negara kita tak boleh macam ada dua set undang-undang

Beberapa hari lepas dilaporkan tiga anggota tentera ditahan kerana didapati melanggar perintah kuarantin di rumah yang dikenakan terhadap mereka sebagai sebahagian daripada peraturan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19. Menurut ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi; kita faham je dengan keperluan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan KKM untuk elakkan penularan Covid-19, dan langgar perintah SOP ni merupakan satu kesalahan, hatta dilakukan oleh anggota frontliner.

Cuma, pada masa yang sama tindakan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang telah melanggar SOP selepas pulang dari luar negara perlu diambil serius dan dihukum jika terbukti bersalah. Kita tidak mahu negara ini dilihat seolah-olah memiliki undang-undang bersifat dua darjat. Jika rakyat biasa melanggar SOP mereka ditahan dan didenda, sebaliknya jika kesalahan itu dilakukan oleh seorang menteri, ia dibiarkan begitu sahaja.

Rakyat biasa yang menoreh getah, anak muda yang menghantar makanan dan orang ramai yang membuka gerai untuk mencari sesuap nasi tetapi akur denga SOP kuarantin akan melihat perlakuan golongan kayangan ini dengan rasa marah. Mereka ada keperluan lebih mendesak untuk mencari rezeki tetapi boleh patuh, kenapa mereka dilayan berbeza? Dr Khairuddin harus ingat, tindakan tidak bertanggungjawab seorang lelaki yang pada awalnya disahkan negatif Covid-19 telah mewujudkan kluster Sivagangga.

Sabah Kk
Via Zunar

Dr David Clark, Menteri New Zealand mula-mula diturunkan pangkat dan kemudian meletak jawatan apabila melanggar perintah berkurung bagi mengekang Covid-19 di negara tu. Sepatutnya, sebagai wakil rakyat, lebih-lebih lagi menteri, dia berikan contoh dan teladan kepada rakyat.

Lebih 36,000 tandatangan telah dikumpulkan untuk desak Khairuddin letak jawatan

Setakat artikel ni ditulis, lebih 36,000 tandatangan telah dikumpul dalam satu petisyen dalam talian bagi mendesak Mohd Khairuddin Aman Razali meletakkan jawatan sebagai menteri perusahaan perladangan dan komoditi, kerana tak lakukan kawalan kendiri ni. Cuma, di Malaysia ni, jarang kita nak lihat ada mana-mana menteri yang letakkan jawatan kerana terkait dengan kontroversi atau telah lakukan kesalahan. Apa-apa pun, kami harap takde ahli Kabinet akan buat benda bangang gila macam ni lagi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top