PRN Sabah semakin hampir, ini penambahbaikan undi pos yang perlu dilakukan

F1
PRN Sabah semakin hampir, ini penambahbaikan undi pos yang perlu dilakukan

Menjelang beberapa pilihan raya yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ni, mesti ramai yang terfikir nak balik kampung untuk mengundi. Tapi disebabkan COVID-19 dan tekanan kerja yang lain, tak ramai orang dapat pulang untuk tunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi. Adakah undi pos tak cukup bermanfaat untuk pengundi yang tak dapat pulang? Jom baca kupasan kami…

Undi Pos
Via Air Times News Network

Undi pos secara teorinya kemudahan yang berguna untuk sesetengah orang je, tak bersifat menyeluruh

Pertama sekali, kita kena fahami terlebih dahulu apa sebenarnya undi pos ni. Undi pos ni secara mudahnya adalah kaedah pengundian yang akan diedarkan oleh pengundi melalui pos dan akan dikembalikan ke pusat pengiraan undi pada suatu masa yang telah ditetapkan. Di Malaysia, undi pos ni boleh dibahagikan kepada dua iaitu undi pos dalam negara dan undi pos luar negara.

Untuk kedua-dua jenis undi pos ni, ada jugak kategori pengundi yang telah disyaratkan oleh SPR. Untuk pengundi pos dalam negara, SPR hanya letakkan empat kelompok je iaitu tentera, polis, petugas media dan petugas pilihan raya.

Pengundi Pos
Via SPR

Manakala untuk luar negara, hanya tiga kelompok je yang diberikan kemudahan undi pos iaitu warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara kecuali mereka yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan Indonesia.

Jika diperhatikan, undi pos secara teorinya cuma berguna untuk beberapa kelompok je yang betul-betul tak dapat hadir kerana berada jauh dari pusat mengundi dan tengah bertugas. Tetapi kalau nak dilihat, realitinya cukup berbeza jugak. Ramai yang tak dapat balik kampung, khususnya yang tinggal kat Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan Indonesia atas sebab kewangan dan kekangan kerja.

Undi Pos Luar Negara
Petugas tengah semak undi pos untuk luar negara.. Via Sarawakvoice.com

Sebenarnya reformasi SPR terutamanya dalam isu undi pos ni tak mempunyai banyak sebab untuk terus ditangguhkan lagi. Dalam PRU14 dulu, banyak yang tak dapat pulang mengundi termasuklah mereka yang kerja sebagai anggota bomba, pegawai imigresen dan petugas hospital serta klinik di luar kawasan yang mereka terdaftarkan.

Malah salah satu cadangan utama dalam Special Parlimentary Select Committee pada 2012 adalah untuk memberi kemudahan undi pos kepada rakyat Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang berada di luar kawasan mereka sepatutnya mengundi. Namun sehingga kini, tak banyak perubahan dan pembaharuan yang dilakukan oleh SPR dalam isu undi pos ni.

Prk Semenyih
Via Harian Metro

Bukan tu je, ketika dalam PRU14 pun undi pos ni memang banyak ditimpa masalah. Misalnya, berlaku dakwaan bahawa undi pos tu tak sampai tepat pada masanya. Ada jugak pengundi pos kata bahawa kertas undi tu tiba agak lambat berbanding pengundi pos kat negara lain pulak.

“Selepas dicetak dan disemak, kertas undi untuk pengundi luar negara dihantar dahulu kerana ia adalah keutamaan dan ia dihantar secara individu berbanding kepada pihak kedutaan seperti sebelum ini. Masalah mungkin timbul pada sistem pejabat pos di negara tertentu yang mungkin berbeza. Ada pengundi yang terima dan ada yang belum…saya pasti SPR akan menyiasat perkara ini,”- Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff, bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti yang dilaporkan Berita Harian pada 9 Mei 2018

SPR balas balik kenyataan gesa pembaharuan, sistem masih tak mampu tampung jumlah undi yang besar

Baru-baru ni, SPR membalas seruan penambahbaikan undi pos tu dengan alasan sistem tak cukup nak tampung jumlah undi yang besar. Untuk pengetahuan korang, BERSIH antara pihak yang terus komited untuk memastikan penambahbaikan undi pos yang pernah dicadangkan oleh Special Parlimentary Select Committe tu direalisasikan sejak 2012.

Undi Pos Spr
Via Bernama

SPR mengakui pada PRU14, sistem undi pos menghadapi masalah seperti isu kertas undi pos tak sampai. Walaupun SPR turut ambil maklum tentang gesaan untuk memperluas kategori pengundi, Dr Azmi Sharom selaku Timbalan Pengerusi SPR memberi alasan bahawa sistem sedia ada tak cukup nak tampung jumlah undi yang besar.

Apatah lagi untuk PRN Sabah yang bakal diadakan bulan depan, SPR turut mengakui mereka mengalami kekangan dari segi faktor pertambahan kerusi DUN Sabah daripada 60 kepada 73 dan situasi pilihan raya mengejut. Walaupun begitu, SPR dah memperkenalkan beberapa penambahbaikan agar tak berlaku isu “kotak undi baharu” di Sabah.

“Dahulu ada yang menyatakan muncul kotak baharu dan sebagainya, tetapi kini saya rasa hampir mustahil perkara itu boleh berlaku kerana apa yang penting adalah Borang 14 (penyata pengundian selepas pengiraan undi) yang ditandatangani oleh saksi iaitu PACA dan ketua tempat mengundi.

Jika ada sistem sebegini dan sistem pemerhati yang datang boleh menyaksikan perkara yang berlaku, ini bermakna proses pengundian itu adalah lebih telus. Kalau kita terbuka dengan apa yang kita lakukan, susah untuk mengundang perkara yang tidak elok berlaku,”-seperti yang dilaporkan Berita Harian pada 23 Ogos

Undi pos boleh dilaksanakan oleh SPR, sistem harus sentiasa dikemaskini agar sesuai dengan keadaan semasa

Beberapa hal yang perlu diambil kira dalam undi pos jugak, menurut respon yang kami terima dari wakil BERSIH, adalah kerahsiaan dan ketelusan undi pos daripada saat kertas undi tu dihantar ke tangan pengundi hinggalah dikembalikan semula kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum jam 5 petang pada hari pengundian berjalan.

Tambah lagi, kategori pengundi pos pun kena diperhalusi jugak. Contohnya untuk PRN Sabah ni, banyak orang Sabah yang terpaksa kerja di luar negeri dan negara seperti Singapura tak dapat pulang mengundi kerana situasi pandemik COVID-19 dan faktor kos yang tinggi untuk pulang semula.

Proses undi pos jugak harus dinilai dan diperhalusi semula, sebab khususnya di Sabah ni, ramai masih kurang percaya dengan ketelusan proses yang telah digariskan oleh SPR berdasarkan pengalaman-pengalaman pengundi terdahulu. Ada jugak antara penyokong di bawah jentera kempen yang masih melanggar banyak kesalahan pilihan raya di Sabah; yang ni kami dah ulas dahulu dalam konteks PRK Kimanis.

Polis Undi Pos
Cubaan burukkan imej SPR? Pernah tular dulu hantaran macam ni di media sosial.. Via buletinsemasasabah.blogspot.com

Kami rasa ni suatu pengajaran yang harus diambil oleh SPR dalam usaha penambahbaikan sistem SPR, dan harus dipuji jugak mengenai kenyataan balas yang telah diberikan oleh pihak SPR menerusi makluman terperinci daripada Dr. Azmi Sharom tentang perkembangan SPR. Benda macam nilah yang kena dicontohi oleh semua pihak dalam menghormati semangat demokrasi, selain dari memperkukuh kepercayaan rakyat sendiri terhadap proses pilihan raya tu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top