Kisah Tunku Anum yang menyelamatkan Kedah dari penjajahan SIAM

Kisah Tunku Anum yang menyelamatkan Kedah dari penjajahan SIAM

Sebagai rakyat Malaysia pastinya kita pernah mendengar kisah kepintaran sang kancil mengalahkan buaya atau buaya. Kancil yang bertubuh kecil (ada yang cuma sebesar seekor ayam) seringkali mengalahkan lawan yang jauh lebih besar menggunakan helah dan akal.

Tapi sebenarnya negara kita ada seorang manusia yang berakal kancil, namanya Tunku Anum, pemerintah Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam ialah sang kancil yang bukan dongengan.

Via ytimg

Kedah pernah jatuh ke tangan Siam apabila Kedah kalah dalam peperangan

Kisah ni bermula selepas kekalahan Kedah dalam Perang Musuh Bisik (1821-1838) yang mengakibatkan negeri itu jatuh ke tangan Siam sementara pemerintah Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II terpaksa berpindah ke Pulau Pinang, sebelum mencari perlindungan di Melaka. Tunku Anum ialah kerabat DiRaja Kedah, anak kepada Tunku Abdul Rahman, pemerintah wilayah Chenak dan anak saudara kepada Sultan Kedah sendiri.

Baginda menyimpan hasrat besar untuk memerdekakan semula Kedah sebagai negara berdaulat, bebas dari cengkaman Siam, namun kekuatan tentera Siam memang tak terlawan. Baginda menyusun strategi dan menggunakan pengaruh dan sahabat-sahabatnya di Siam yang beliau kenali ketika menghantar bunga emas dulu untuk mencapai cita-citanya.

Makam Tunku Anum. Via PenBiru

Baginda mula melatih tentera gerila secara senyap-senyap di Gua Kerbau, Kodiang sementara beliau sendiri pergi ke wilayah Siam di Ligor untuk misi risikan dan diplomasi. Di sana, beliau telah menunjukkan kebolehan dan kepintaran beliau sehingga menjadi orang kepercayaan Raja Ligor.

Bila tentera gerila sudah sedia, beliau mengarahkan tentera setia beliau menyerang tentera Siam yang berkubu di Alor Ganu, sehingga porak-peranda musuhnya. Siam yang belum benar-benar pulih untuk berperang semula menawarkan Tunku Anum sebagai wakil pemerintah Siam di Kedah namun ditolak kerana yakin jika baginda menerima tawaran tersebut, Kedah akan terus kekal dijajah Siam.

Disebabkan kepintaran yang ada pada Tunku Anum, akhirnya Kedah merdeka dari Siam

Akhirnya Siam bersetuju untuk melepaskan Kedah dan Tunku Anum menjemput semula Sultan Ahmad Tajuddin pulang menaiki tahta. Atas jasa tersebut, Sultan Kedah menghadiahkan Tunku Anum 14 mukim yang terbentang dari Tunjang hingga ke Sadao (kini Thailand). Maka dengan ini tertubuhlah Negeri Kubang Pasu Darul Qiyam pada 1838.

Peluang ini tidak dipersia-siakan, baginda membangunkan negeri ini dari setiap sudut baik ekonomi, ketenteraan, dan pentadbiran. Selain membaik pulih sistem pengairan yang vital untuk penanaman padi, baginda juga membina industri kain ditempat yang dikenali sehingga sekarang sebagai Pulau Kain. Baginda menubuhkan pejabat tanah dan membina sekolah-sekolah dengan Pulau Pisang (berhampiran Jitra) sebagai ibu negeri.

Hahh…tengok tak Kubang Pasu? Via Wikipedia

Semasa pemerintahan beliau, Pulau Pisang membangun dan berkembang pesat sebagai pusat perdagangan dan penanaman padi. Malangnya, amat sedikit kajian mengenai Pulau Pisang di Jitra ini. Malah ada dninyatakan Pulau Pisang ini menjadi tempat perusahaan tekstil yang dikenali sebagai Pulau Kain. Tetapi tiada kesan yang dapat dijumpai.

Walaupun makam Tunku Anum dipelihara, tetapi Kampong Pulau Pisang tidak pula diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri sebagai mengingati bahawa Pulau Pisang dan Kubang Pasu ini dahulu adalah salah sebuah negeri yang mempunyai rajanya sendiri di dalam negeri Kedah. Tiada papan tanda didirikan untuk menyatakan sedemikian.

Sedih…Via Tenor

Tunku Anum telah memerintah Kubang Pasu selama 17 tahun dan mangkat pada tahun 1853 dan dimakamkan disana. Dikatakan, antara punca kemangkatan beliau adalahkerana terlalu sedih diatas kematian puteranya yg juga bakal pengganti beliau.

Waris Tunku Anum gagal untuk meneruskan kebijaksanaan Tunku Anum dalam mentadbir negeri

Setelah kemangkatan Tunku Anum, cucunya – Tunku Ishak telah dijadikan sebagai pemerintah baru Kubang Pasu. Malangnya, Tunku Ishak seorang yang tidak bertimbang rasa dan enggan mendengar kata-kata para penasihatnya. Sebagai bantahan rakyat yang memuncak, Tunku Ishak akhirnya dipaksa memulangkan seluruh wilayah Kubang Pasu kepada Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III, Sultan Kedah ke 23.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top