Majikan ni dikatakan tindas pekerja yang ikut kesatuan pekerja, protes aman dah dianjurkan

F1

Kumpulan pekerja merupakan mereka yang terdedah dengan pelbagai risiko sepanjang pandemik Covid-19 berlangsung. Kami dah tulis hari tu, ramai pekerja kehilangan pekerjaan akibat pandemik kali ni. Nampaknya, ada juga “majikan” yang cuba ambik kesempatan di atas kedatangan Covid-19.

Tiga hari lepas, 5 aktivis pekerja telah ditahan di hadapan Hospital Ipoh kerana adakan protes secara aman untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan majikan yang didakwa menindas kesatuan pekerja yang dianggotai oleh pekerja-pekerja pembersihan di hospital-hospital kerajaan. Aktivis yang ditangkap ni dibawa ke IPD Ipoh. Diorang ditahan di bawah Seksyen 186 dan 269 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Majikan diorang nampaknya tak senang dengan pekerja-pekerja yang terlibat dengan kesatuan pekerja

Protes oleh aktivis daripada Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) yang dianjurkan tu bertujuan untuk bantah tindakan syarikat Edgenta UEMS yang lakukan penindasan terhadap kesatuan secara berterusan.

Syarikat Edgenta UEMS, majikan kepada pekerja-pekerja pembersihan hospital kerajaan di negeri-negeri Bahagian Utara Pantai Barat Semenanjung Malaysia, didakwa lakukan penindasan terhadap pekerja-pekerja mereka. Majikan ni dikatakan lancarkan serangan ke atas kesatuan pekerja yang cuba pertahankan nasib pekerja. Ahli-ahli KPSPSHKSM alami pelbagai gangguan, untuk memecah-belahkan kesatuan pekerja ni.

Antara masalah diorang hadapi adalah ahli-ahli kesatuan di tempat kerja telah diubah jam kerja oleh pihak majikan tanpa dapatkan persetujuan mereka. Pekerja-pekerja yang aktif dalam kesatuan pekerja ni dihukum dengan pemindahan kerja sewenang-wenangnya ke hospital yang berada jauh dari rumah diorang. Selain tu, pekerja-pekerja ni dipaksa untuk kerja lebih masa tanpa dibayar gaji.  Aktiviti kesatuan ni dah dilarang. Jawatankuasa kesatuan di tempat kerja tak dibenarkan untuk adakan perbincangan dengan pekerja-pekerja, walaupun ketika waktu rehat.

Wq
Protes yang dilakukan. Via Sosialis.net

Ahli-ahli kesatuan ni selalu diugut untuk diambil tindakan displin. Pihak pengurusan ada lakukan intimidasi pekerja-pekerja dengan ambik gambar mesyuarat kesatuan pekerja ni dengan ugutan siapa yang ikut akan diambil tindakan disiplin. Ahli-ahli kesatuan ni jugak tak diberi peluang kerja lebih masa berbayar untuk tambahkan pendapatan mereka. Pihak majikan dah mengugut secara terbuka bahawa mereka yang terlibat dalam kesatuan akan dinafikan kerja lebih masa berbayar.

Via Giphy

Pekerja-pekerja pembersihan ni tak terima elaun khas RM600 sebulan dari kerajaan yang disalurkan kepada pekerja-pekerja barisan hadapan. Edgenta UEMS hanya bayar sekali wang “sagu hati” berjumlah RM300. Pekerja-pekerja pembersihan ini hanya terima bayaran gaji minimum RM1,100 sebulan. Diorang tak nikmati kenaikan gaji tahunan, menyebabkan gaji mereka tetap rendah walaupun dah lama bekerja.

Lima aktivis yang ditahan tak dibenarkan untuk direman, cuma masih boleh didakwa pada masa hadapan

Petang tadi dilaporkan Mahkamah Majistret dah tolak permohonan reman empat hari terhadap lima aktivis yang ditangkap akibat lakukan protes ni.

“Pagi ini polis gagal mendapat perintah reman untuk lima aktivis kesatuan sekerja yang ditahan. Polis memohon reman empat hari tetapi peguam memberitahu majistret bahawa tiada keperluan untuk itu memandangkan semua kenyataan sudah diambil. Maka majistret menolak permohonan reman dan mengarahkan polis membebaskan mereka sebaik urusan cap jari dan rekod lain selesai. Majistret mengarahkan mereka dibebaskan paling lewat pukul enam petang ini,” – A Sivarajan, Setiausaha PSM, seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Wq
A Sivarajan. Via MalayMail

Sivarajan kata PSM masih bimbang nasib lima aktivis tu, termasuk Setiausaha Eksekutif NUWHSAS, M Saraswathy, sebab dia masih boleh didakwa di masa akan datang. PSM gesa polis untuk tak dakwa mereka kerana diorang patuhi semua SOP kawalan gerakan ketika protes. Semantara tu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah kecam penangkapan lima ahli NUWHSAS ni.

“Ini memalukan dan tidak boleh dipandang ringan. Menutup suara petugas barisan depan adalah tidak adil dan kejam, serta menunjukkan kurangnya hormat terhadap mereka yang berdepan risiko setiap hari bagi melindungi kita daripada Covid-19,” – Maria Chin , seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

Wq
Via Sosialis.net

Menurut Maria, pekerja yang ditahan semalam hanya suarakan kebimbangan terhadap layanan yang diterima majikan, termasuklah kerana majikan ni tak sediakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang mencukupi, penafian terhadap hak kesatuan dan pemaksaan menukar waktu bekerja.  Dalam kenyataan UEM Edgenta pulak, diorang kata pihaknya ada protokol tertentu untuk lindungi kesihatan dan keselamatan pekerja. Syarikat tu turut dakwa diorang ada saluran komunikasi dan komited untuk selesaikan masalah dalaman babitkan pekerjanya secara aman.

Keadaan demokrasi di Malaysia ketika pandemik Covid-19 semakin susut, ia perlu dibincangkan

Ia adalah satu perbincangan yang menarik; perbincangan tentang bagaimana pandemik Covid-19 telah menghakis demokrasi di negara kita. Sejak Covid-19, kita alami defisit demokrasi yang jelas. Pertama, Parlimen sepatutnya bersidang untuk bincangkan masalah Covid-19 – kerana keputusan-keputusan kerajaan perlu disemak imbang dan proses ini penting untuk memastikan kerajaan tak bertindak sendiri.

Kali ini kita lihat kesatuan pekerja yang selalunya memainkan peranan yang penting dalam membela golongan pekerja telah cuba “diugut” oleh majikan. Kemudian kumpulan aktivis yang protes pula, ditahan. Keadaan-keadaan ini menunjukkan kita harus segera bercakap tentang keadaan demokrasi negara yang semakin menurun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *