Malaysia katanya dah halang syarikat gergasi pasang kabel di Malaysia, patutlah Internet lambat

F1

Meniti tahun 2020 ni, kita secara tak langsung dah mula bergantung dengan dunia Internet sebagai norma baharu. Nak berniaga ke, nak cari jodoh ke, nak mohon kerja ke, nak jalankan kelas, nak bayar bil dan tempah sesi pertemuan kat pejabat pun dah perlukan Internet. Bahkan Mysejahtera tu pun gunakan Internet jugak untuk menyimpan data maklumat pergerakan rakyat Malaysia.

728 X 90

Bila kita dah mula bergantung pada capaian Internet, sudah tentulah kita turut berharap capaian tu baik je agar urusan kita tak terganggu. Namun begitu, situasi kita sekarang ni turut menciptakan dilema baharu dalam usaha nak pastikan capaian Internet di Malaysia berada dalam keadaan optimum.

Kabel Dasar Laut
Kabel bawah laut… Via Berita Harian

Syarikat gergasi teknologi mohon Malaysia pertimbangkan semula usul kecualikan kabotaj, dakwa cipta monopoli pembaikan kabel dasar laut

Ramai orang ingat bahawa Internet ni sekadar kad SIM, menara telko dan satelit. Sebenarnya tu hanya sebahagian daripada realiti je, sebab capaian Internet sesebuah negara turut memerlukan teknologi kabel yang diletakkan di dasar laut. Dengan kabel dasar laut nilah, kita terhubung dengan dunia global.

Akan tetapi, usul Wee Ka Siong baru-baru ni mengejutkan ramai pihak termasuklah syarikat gergasi teknologi antarabangsa seperti Microsoft, Google dan Facebook. Ni kerana keputusan Wee Ka Siong nak tarik semula dasar pengecualian kabotaj untuk kapal asing yang terlibat dalam pembaikan kabel bawah laut ni. Menteri sebelumnya, Anthony Loke memperkenalkan pengecualian kabotaj bagi memendekkan masa pembaikan kabel ni.

Kabel Dasar Laut Langkawi
Kabel dasar laut yang ada di Langkawi… Via FMT

Menurut Malaysiakini, sebuah memorandum telah dihantar bagi pihak syarikat gergasi teknologi ni kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung usul Wee Ka Siong ni. Lepas pembatalan pengecualian kabotaj pada 15 November, memorandum tersebut dihantar pada 20 November bagi membantah dan memohon pertimbangan semula.

Dalam memorandum tersebut, pihak syarikat gergasi teknologi ni risau sekiranya keputusan tersebut dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu agar dapat mencipta monopoli bagi usaha pemasangan dan pembaikan kabel dasar laut. Kebimbangan mereka ni jugak tercetus daripada ketiadaan sebarang usaha rundingan dengan pemegang taruh lain seperti pemilik kabel dasar laut dan pelabur asing.

Kabel Dasar Laut Rosak
Rangkaian kabel utama yang hubungkan kita dan negara lain… Via Technave

Kebimbangan ni ada asasnya sebab di Malaysia setakat ni, dikatakan cuma ada satu je syarikat perkapalan yang boleh buat pemasangan dan pembaikian kabel bawah laut. Syarikat tersebut jugak tentulah tak mempunyai jumlah kapal dan kepakaran yang cukup banyak sebagaimana yang ada di bawah syarikat gergasi teknologi antarabangsa. Maka, peningkatan masa nak pasang dan baiki kabel tersebut akan mengambil tempoh masa yang lebih panjang sehingga boleh ganggu kualiti kestabilan Internet negara.

Dahulukan negara atau dahulukan kemajuan Internet, kita harus memilih pilihan terbaik dengan ambil kira situasi masa kini

Susulan penarikan pengecualian kabotaj tersebut, Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (Masa) menulis surat kepada Wee memuji keputusannya yang digambarkan oleh pengerusinya Abdul Hak Md Amin sebagai “patriotik” dan meletakkan “keutamaan kepada Malaysia”.

Abdul Hak jugak tegaskan bahawa anggotanya, Optic Marine Group sedang mendaftarkan kapal yang mengibarkan bendera Malaysia dan optimis kapal-kapal ini boleh memberi sumbangan kepada negara. Optic Marine Group ni jugak dilihat sebagai penyedia untuk projek pemasangan dan penyelenggaraan kabel bawah laut.

Kita kena jelas bahawa penarikan pengecualian kabotaj ni tak bermaksud syarikat asing tak boleh buat projek pemasangan dan pembaikian. Mereka tetap boleh memohon semula Pengecualian Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSLE) seperti dahulu, namun memorandum sebelum tu menyatakan bahawa kapal asing yang nak mohon tu perlu terima surat sokongan dari Masa dulu. Ertinya, urusan tersebut akan ambil masa tempoh yang lebih panjang.

Masa Logo
Adakah ni bermaksud nak cepat dapat sokongan, perlu ada ‘kabel’ jugak ke?… Via Bernama

Di bawah DSLE, tempoh masa pembaikan kabel dasar laut adalah yang terpanjang di wilayah ini. Secara puratanya, purata masa pembaikan kabel dasar laut di Malaysia adalah 27 hari berbanding 20 hari di Filipina, 19 hari di Singapura dan 12 hari di Vietnam. Di bawah pengecualian kabotaj, rata-rata masa pembaikian adalah 14 hari, hampir separuh dari purata masa ketika di bawah DSLE.

“Ini menjadikan Malaysia kurang baik berbanding Singapura untuk kabel bawah laut mendarat walaupun jaraknya lebih pendek berbanding Singapura. Ringkasnya, undang-undang kabotaj tidak memberikan dampak positif terhadap pelaburan dan tidak juga mendukung aspirasi Malaysia sebagai pusat komunikasi dan multimedia tetapi sebaliknya memberi kesan negatif terhadap pembaikan,”-surat memorandum Microsoft, Google, Facebook dan Malaysia Internet Exchange (MyIX), seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Asia Pasifik Kabel
Negara lain pun sibuk nak bina rangkaian kabel bawah air sendiri… Via Capacity Media

Di sinilah titik munculnya dilema kita; dari satu sudut… kita langkah yang diambil oleh Wee Kah Siong ni boleh dizahirkan sebagai bentuk perlindungan kepada syarikat tempatan. Perkara ni sudahpun dibidas oleh Anthony Loke, dan dibalas kembali oleh Wee dengan bertanyakan kenapa Malaysia tak boleh buat polisi kabotaj sedangkan negara jiran dah buat.

“Saya nak menegaskan bahawa MOT kini di bawah kepimpinan saya memberi keutamaan kepada kapal dan pekerja tempatan berbanding kapal atau hak asing. Tanggungjawab MOT adalah melindungi kepentingan rakyat Malaysia dan memupuk industri perkapalan domestik,”- Wee Kah Siong, seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Steps Obtain Dsle Malaysia
Via The Edge Markets

Walau bagaimanapun di zaman norma baharu ni, wajarkah kita masih lagi kena berpuas hati dengan jangka masa pemasangan dan pembaikian kestabilan Internet yang lebih lama sedangkan kebergantungan rakyat terhadapnya semakin tinggi? Adakah tindakan ni relevan buat masa ni, dimana kita masih lagi berhadapan dengan masalah capaian Internet di banyak tempat seluruh negara?

Pada September tahun ni, ramai yang terkesan dengan gangguan Internet sehingga menjejaskan banyak kegiatan dalam talian. Punca utamanya dah disahkan oleh TM sendiri, iaitu ada kabel bawah laut dah alami kerosakan. Kerosakan ini berlaku pada sambungan di antara Malaysia dan Hong Kong dalam sistem kabel bawah laut Asian-America Gateway (AAG). Namun menurut TM, kerosakan adalah pada sambungan di antara Mersing dan Lantau sejak 30 Ogos 2020 lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *