Muhammed Yusoff ambik ujian poligraf uji kejujuran, tapi tak susah nak ‘tipu’ poligraf

S1
Muhammed Yusoff ambik ujian poligraf uji kejujuran, tapi tak susah nak ‘tipu’ poligraf

Poligraf, lebih dikenali sebagai pengesan bohong, ia akan ukur dan rekodkan beberapa petunjuk fisiologi macam tekanan darah, denyutan, dan pernafasan, ketika subjek (baca: orang) ditanya dan menjawab siri soalan. Dasar penggunaan poligraf adalah jawapan mengelirukan akan menghasilkan tindak balas fisiologi dan akan dibezakan dari jawapan tak mengelirukan.

Via Giphy

Poligraf ni dicipta pada tahun 1921 oleh John Augustus Larson, seorang pelajar perubatan di Universiti California di Berkeley dan pegawai polis di Jabatan Polis Berkeley di Berkeley, California. Poligraf masuk dalam senarai Encyclop√¶dia Britannica sebagai ciptaan terhebat, menggambarkan ciptaan ni sebagai “memiliki kesan besar pada kehidupan manusia sama ada lebih baik atau sebaliknya.

PDRM buat ujian poligraf terhadap Muhammed Yusoff, tapi tak akan digunakan di Mahkamah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador maklumkan ujian poligraf yang dibuat terhadap bekas pegawai penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Muhammed Yusoff Rawther pada 17 Disember lalu adalah untuk bantu siasatan polis.

Abdul Hamid kata, walaupun ujian poligraf tu tak dapat diterima dalam proses Mahkamah sebagai bukti kukuh, sebaliknya ia digunakan pasukan penyiasat untuk membantu meyakinkan siasatan sama ada individu tersebut bercakap benar atau tidak.

“Jika kita dapati dia bercakap benar mengikut ujian itu, kita akan menggandakan usaha dalam mencari bukti,” – Tan Sri Abdul Hamid Bador, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia kata macam tu pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis serah tugas jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti di sini tadi. Sebelum ni Muhammed Yusoff Rawther jalani ujian poligraf selama empat jam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadapnya oleh seorang ahli politik.

Muhammed Yusoff hadir bersama peguamnya, Datuk Mohamed Haniff Khatri hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Mohamed Haniff kata ujian poligraf ke atas anak guamnya itu adalah salah satu perkara yang Muhammed Yusoff ingin lakukan supaya ketelusan dan kejujuran serta keikhlasan aduan mahupun siasatan dapat diselesaikan.

S11
Via FMT

Pada 9 Disember lepas, dia selesai beri keterangan yang ambil masa selama lapan jam kepada Unit Jenayah Terkelas Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Dia kemudian datang semula ke Bukit Aman untuk disambung keterangan pada keesokan harinya dan meninggalkan Bukit Aman selepas selesai dirakam keterangan selama tiga jam.

Seorang bekas pengendali ujian poligraf dipenjarakan 2 tahun sebab ajar orang ‘tipu’ ujian tu…

Seorang peguam dari Chicago, William Scott Stewart ada tulis artikel yang diterbitkan dalam majalah Esquire pada November 1941 bertajuk “Cara Mengalahkan Ujian Poligraf.” Ini mungkin artikel pertama yang berfokus pada kelemahan poligraf, dan Stewart tegaskan korang boleh memanipulasi hasil poligraf dengan ‘menguatkan’ mental dan emosi korang apabila ditanya soalan biasa.

S1
Via Awww meme

Pertanyaan “kawalan” akan dilakukan untuk Ujian Soalan Kawalan (CQT) dan direka sebagai perbandingan kepada soalan-soalan yang berkaitan. So ada dua soalan – pertama soalan kawalan, kedua soalan yang ‘penting’. Untuk kawalan fizikal, Stewart cadangkan korang gigit lidah atau bahagian dalam mulut atau buat gerakan otot yang tak dapat dilihat oleh orang tanya soalan, contohnya gerakkan jari kaki.

Poligrafi terdedah dengan ‘penipuan’ fizikal dan psikologi dan ia boleh alami kadar ralat yang signifikan.

Contoh manipulasi ketika sesi soalan kawalan;

  • Subjek boleh mengawal pernafasan mereka
  • Menggigit lidah atau bahagian dalam mulut
  • Berfikir tentang perkara yang dahsyat
S1
Via Futurism

Bekas pengendali ujian poligrafi, Detektif Sarjan Doug Williams dijatuhkan hukuman dua tahun penjara oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2015 kerana mengajar orang bagaimana untuk tipu poligraf. Setelah bertahun-tahun menggunakan teknologi ni, dia tak percaya hasilnya dan mengajarkan beribu-ribu orang cara untuk ‘lawan’ poligraf.

Biar Mahkamah yang tentukan kredibiliti seseorang, ujian poligrafi ada kelemahan besar

Kerja untuk tentukan seseorang itu bersalah atau tidak sepatutnya dilakukan oleh Mahkamah. Apa yang pihak PDRM sepatutnya lakukan adalah – siasat sehabis baik, dan hantar laporan siasatan kepada Peguam Negara. Bahaya sebenarnya guna ujian poligraf ni, nanti ia akan pengaruhi siasatan. Lagipun, ujian macam ni tak akan diterima kat Mahkamah, jadi macam takde guna jugak.

Sebabnya kalau PDRM percaya dengan poligraf; macam mana kalau subjek tu ‘tipu’ ujian ni? Mesti buruk akibatnya, sebab PDRM akan percaya subjek tu, sedangkan dia tengah menipu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top