Pelajar Malaysia menang emas dalam pertandingan robotik antarabangsa, tapi…

F1

Warga Malaysia sentiasa membanggakan kita di peringkat antarabangsa. Kalau minggu lepas kami ada tulis tentang ucapan power seorang graduan, hari ni kami nak kongsikan satu lagi pencapaian warga Malaysia yang buatkan kita nak jerit; Malaysia boleh! Apabila kita bercakap pasal pertandingan robotik, tak ramai pelajar yang boleh kaitkan dengan diri diorang.

Via Giphy

Sebab tak semua orang berpeluang untuk ikuti pertandingan robotik, kami antara orang yang bertuah sebab pernah ikut pertandingan robotik masa sekolah menengah. Ia menyeronokkan, tapi memerlukan ketepatan dan kreativiti yang tinggi!

Empat pelajar MARA membanggakan rakyat Malaysia, rangkul emas kat IRO 2019…

Empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) harumkan nama negara apabila merangkul dua pingat emas dalam pertandingan International Robot Olympiad (IRO) 2019 di Chiang Mai, Thailand pada 15 hingga 20 Disember lepas.

S13
Tahniah! Via AWANI

Kalau ikut kenyataan Majlis Amanah Rakyat (Mara), pelajar MRSM Bentong; Ahmad Muqry Hasni dan Nur Ain Balqis Mohd Razuan memenangi emas dalam acara kreatif bertemakan Robot: Agricultural Revolution (Robot: Revolusi Pertanian).

“Robot binaan mereka dinamakan Dr Plant dan dapat mengenal pasti pokok perosak serta menghapuskan pokok perosak tersebut dengan menggunakan semburan racun,” – Kenyataan MARA, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Selain tu, Ziyad Azhar dan Hana Humaira Wan Hasnan dari MRSM Kota Putra pulak dapat pingat emas bagi acara Robot in Movie (Robot Dalam Filem). Diorang hasilkan video dengan sub tema Vital Monitoring (Pemantauan Penting) kepada tema utama.

Video tu memerlukan diorang rangka jalan cerita dan gunakan robot dan peralatan, ia juga menguji kepakaran peserta dalam proses suntingan dan kesan khas. Pelajar MARA turut memenangi satu pingat perak, satu pingat gangsa dan satu anugerah teknikal.

Wakil MARA bersaing dengan pelajar daripada14 negara antaranya Korea Selatan, China, Singapura, Filipina, New Zealand, Mesir, Indonesia dan Thailand, dengan keseluruhan penyertaan pada pertandingan itu lebih 800 orang.

S1
Ada sesiapa nak belanja kami? Via LEGO

“Kontinjen Malaysia seramai 66 orang terdiri daripada 51 pelajar, 14 guru dan seorang pegawai merangkap ketua kontinjen daripada Bahagian Pendidikan Menengah. Mara komited dalam menyumbang kepada penghasilan modal insan dalam bidang robotik dan teknologi kepintaran buatan seiring dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0),” – Kenyataan MARA, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Berbeza dengan pelajar MARA yang baru menang, 3 bulan lepas kita ada pelajar yang pergi dengan duit sendiri…

Kalau pelajar-plejar yang kami sebutkan tadi dapat tajaan MARA untuk ke sana, ada cerita yang lebih kurang sama, cumanya diorang takde penajaan. Pemenang Pertandingan Robotik Dunia, Danish Irfan Muslim dan bapanya, Muslim Tamsir pernah harungi cabaran takde dana sehingga perlu bawa makanan sendiri dari Malaysia ke kejohanan yang berlangsung di New Delhi, India, September lepas.

S1
Via Astro Awani

Diorang kata cabaran itu memang ada tetapi niat bapa Danish nak tengok anaknya bertanding di luar negara selepas sudah menang di Malaysia. Bapanya nak dia mencabar diri, dan meningkatkan motivasi diri.

“Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di New Delhi pada hari keempat, mereka menyambut kami dan makan tengah hari. Itulah rasanya pertama kali makan nasi di New Delhi,” – Muslim, seperti yang dilaporkan AWANI

Danish, murid tahun enam di SK Tun Hussein Onn kat Kuala Lumpur memenangi pertandingan tu dengan mempamerkan kehebatannya menghasilkan roket air. Danish akui menerima saingan hebat terutama daripada peserta yang jauh lebih tua daripadanya.

“Perasaan saya memenangi pertandingan ini, gembira, seronok dapat kibarkan jalur gemilang atas pentas dunia. Saya dapat mengharumkan nama negara di peringkat tinggi pada usia sebegini. Memang sangat memberi cabaran kerana saya bertanding bersama dari pelajar kolej dari universiti, memang beri banyak saingan,” – Danish, seperti yang dilaporkan AWANI

Pertandingan tu berlangsung dari 23 hingga 25 September lepas kat Stadium Thyagaraj, New Delhi.

Kita tak sepatutnya terlepas pandang dengan bakat-bakat muda seperti Danish…

Salah satu masalah yang kami perhatikan di Malaysia ni; kita ada banyak pelajar yang mempunyai potensi dan berbakat besar, tapi tak dapat sokongan yang sepatutnya daripada kementerian. Dalam kes ni; Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan. Percayalah kalau kedua-dua kementerian ni bekerja keras – sudah tentu kita takkan terlepas pandang Danish dan bapanya.

Cukup menghibakan apabila dia kena belanja duit sendiri untuk mengharumkan nama negara, sedangkan ia sepatutnya dapat sokongan penuh dari kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *