Perdana Menteri umum PKPB, tapi kebanyakan negeri belum bersedia untuk laksanakan

F1

Minggu lepas, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan mulai hari ini. Beberapa sektor ekonomi dibuka semula secara terkawal. Dia kata, sebahagian besar dari aktiviti ekonomi dan sosial akan dibenarkan kecuali beberapa aktiviti yang libatkan perhimpunan ramai dan dedahkan orang awam kepada risiko jangkitan koronavirus (Covid-19) yang masih tak dibenarkan.

“Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes positif Covid-19 yang tinggi. Jadi, saya telah berbincang secara panjang lebar mengenai perkara ini dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi, sidang Majlis Keselamatan Negara dan Mesyuarat Jemaah Menteri. Kita mesti cari jalan untuk mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara dan kepentingan membendung wabak Covid-19,” – Muhyiddin Yassin, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Katanya atas nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data yang dikumpul, kerajaan putuskan untuk buka semula sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan SOP kesihatan yang ketat.

Bekas Menteri Kesihatan kata tindakan buka semula ekonomi agak tergesa-gesa, patut ambik lebih masa

Langkah kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilihat sebagai tindakan yang gopoh. Kata bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, langkah yang diambil kerajaan ni bukan bersifat ‘soft-landing’ kerana ‘exit strategy’ belum sempat dihayati dan difahami oleh rakyat.

Scam
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Via TMR

Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) ni kata, biarpun pelan dan langkah komprehensif dah disediakan tapi apa yang direncanakan tu sekadar di atas kertas.

“Pembudayaan amalan ‘norma baharu’ atau ‘new normal’ perlu sedikit masa untuk dikempen dan didoktrinkan betul-betul. Masa sebelum 12 Mei diharapkan akan dimanfaatkan sebaiknya, malangnya tiba-tiba 4 Mei ini, semacam sudah ‘back to business as usual’, ini yang ramai ralat,” – Dr Dzulkefly Ahmad, seperti yang dilaporkan AWANI

Tambahnya lagi, orang ramai ternanti-nanti pengumuman PKP keempat tamat pada 12 Mei, dengan harapan ia benar-benar dapat mengimbangi antara kepentingan menjaga nyawa dan kehidupan. Lagipun susah kita nak beri jaminan rakyat akan patuh, contohnya benda yang terjadi kat Mahbub, petang semalam.

https://www.instagram.com/p/B_uedFIpndB/

Takde siapa yang nak dikurung lebih daripada yang diperlukan, sementara Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan gigih melandaikan keluk epidemik. Beban ekonomi, kehilangan pekerjaan, kerugian syarikat dan impak sosial termasuk keganasan rumahtangga serta kemurungan tekanan jiwa, dilaporkan berlaku di seluruh dunia, Malaysia juga tidak terkecuali.

Sabah dan Sarawak putuskan untuk tak ikut PKPB, sebab bimbang keselamatan rakyat

Kerajaan Sabah putuskan untuk tak laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataannya kata pihaknya akan kekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)fasa keempat yang akan berakhir pada 12 Mei ni.

https://www.youtube.com/watch?v=Xp2p2MM7dgI

“Pendirian ni diambil bagi meneruskan usaha untuk membendung penularan pandemik COVID-19 dan memastikan rakyat tidak terdedah dengan jangkitan virus. Kita juga meminta seluruh rakyat Sabah untuk terus mematuhi PKP yang sedang berkuat-kuasa ini dengan duduk di rumah dan sentiasa mematuhi penjarakan sosial dan kerap membasuh tangan serta utamakan kebersihan,” – Mohd Shafie Apdal, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Sarawak pulak belum sedia laksanakan kelonggaran menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas kata kerajaan negeri perlu kaji dengan meneliti sebelum benarkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan.

Sarawak putuskan untuk mengkaji implikasi pembukaan semula kegiatan ekonomi itu dengan meneliti sektor mana yang akan dibuka, bila dan tempoh masa mereka akan dibenarkan untuk beroperasi. Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak kata, keputusan tu dibuat selepas pihaknya ambil kira keadaan setempat di Sarawak khususnya situasi COVID-19 yang masih membimbangkan.

Turut diberi perhatian serius JPBN dalam buat keputusan tu ialah kemampuan logisitik, keupayaan Jabatan Kesihatan dan keadaan geografi Sarawak.

Screenshot2020 05 02at43015pm
Kes di Sarawak, tiga hari lepas. Via Utusan Borneo

JPBN bertegas nak pastikan pembukaan semula aktiviti dan sektor ekonomi hanya jika sesuai dengan keadaan Sarawak. Dengan itu kerajaan negeri putuskan untuk patuhi semua arahan mengekalkan status quo dan semua arahan yang diumumkan pada PKP 1, 2 dan 3 kekal dikuatkuasakan ketika ini.

Walaupun dah berada kat zon hijau, Kedah dan Kelantan masih perlu bincang tentang PKPB

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) turut ditangguhkan pelaksanaannya di Kedah. Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kata penangguhan tu sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) buat keputusan mengenainya.

Pendirian ni diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai Zon Hijau dan rakyat tak terancam dengan jangkitan virus COVID-19.

“Keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi. Buat sementara waktu, terus kekal di rumah dan amalkan penjarakan sosial,” – Mukhriz , seperti yang dilaporkan AWANI

Mukhriz kata Kedah akan perhalusi syarat dan garis panduan PKPB dan kelonggarannya akan diteliti untuk pastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini. Kerajaan negeri bertekad untuk pertahankan status Kedah sebagai Zon Hijau setelah tiada lagi kes aktif COVID-19 dikesan di semua daerah.

Scam
Via Berita Harian

Selain Kedah, Kelantan turut perhalusi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan menyesuaikan penggunaannya sebelum buat keputusan untuk laksanakan perintah tu. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kata, perkara tu akan dibincangkan dengan teliti dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan (KHAS) Negeri Kelantan.

“Sehingga keputusan dibuat dalam jawatankuasa itu, semua ketetapan yang dibuat sebelum ini adalah masih terpakai dan perlu dipatuhi oleh semua pihak. Kemaslahatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan Kelantan,” – Ahmad Yakob, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Selangor ambik langkah perkenalkan PKPBD, lebih berhati-hati berbanding PKPB

Selangor pulak putuskan untuk laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) bermula hari ini. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari kata, pelaksanaan PKPBD dengan pertambahan perincian tu babitkan perniagaan makanan, industri pembinaan dan sektor sosial.

Restoran, penjaja dan peniaga berpremis dibenarkan beroperasi Amirudin ShariAmirudin Shari secara terhad kepada urusan bawa pulang dan penghantaran dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Peniaga tak berpremis termasuk penjaja tepi jalan dan trak saji (food truck) hanya dibenarkan beroperasi selepas 12 Mei depan untuk pastikan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan peniaga ada cukup masa untuk atur persediaan untuk penjarakan sosial dan ‘contact tracing’.

Amirudin kata, industri pembinaan pulak dibenarkan beroperasi pada kadar maksimum tapi syarikat perlu sediakan Pelan Tindakan Keselamatan Kawalan Penularan Wabak Covid-19. Bagi sektor sosial, orang awam dibenarkan untuk lakukan aktiviti senaman kat kawasan lapang dan taman komuniti dengan amalkan penjarakan sosial. Kegiatan di taman awam seperti Tasik Shah Alam, Taman Jaya dan Tasik Cempaka tak dibenarkan.

Scam
Via Amirudin Shari. Via Sinar Harian

Dia kata, keputusan ni terpakai untuk seluruh Selangor kecuali di zon merah Selayang Baru buat masa ini, manakala bagi butiran lain adalah berdasarkan ketetapan dan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikeluarkan terdahulu.

“Semua sektor adalah ditegaskan melaksanakan amalan penjagaan kesihatan yang baik seperti pemakaian topeng muka, amalan pencucian tangan yang kerap dan mengelakkan dari menyentuh muka. Kerajaan negeri menyedari tanggungjawab untuk mengimbangi keperluan ekonomi dan kemaslahatan rakyat,” – Amirudin Shari, seperti yang dilporkan Sinar Harian

Semoga tindakan bukan semula ekonomi tak undang kluster baru

Selain daripada negeri-negeri yang kami sebutkan ni Negeri Sembilan, Pahang dan Pulau Pinang turut ambik keputusan untuk tangguhkan PKPB ni. Ia adalah keputusan yang berisiko tinggi – kita harap tak ada kluster baru yang akan muncul akibat pembukaan semula ekonomi. Bagi kami, adalah lebih baik tempoh sebelum 12 Mei ni digunakan untuk beri penerangan tentang “normal baru” sebelum bukak semula ekonomi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *