Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu Semasa

PRK semakin hangat, kerajaan nak pantau berita palsu

By Subeditor
June 6, 2024 4 Min Read
Comments Off on PRK semakin hangat, kerajaan nak pantau berita palsu

Hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap semakin hangat, bahang politik di Pulau Pinang khususnya kawasan di bawah Parlimen Nibong Tebal sudah mula terasa.

Parti-parti politik tanah air telah mula mengatur strategi dengan mengadakan perbincangan mengenai calon sesama parti dan bersama rakan sekutu dalam gabungan sebelum memuktamadkan calon yang bakal dipertaruhkan bagi memenangi hati pengundi.

Langkah politik di pentas PRK Sungai Bakap dimulakan oleh gabungan politik gergasi negara, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di bawah khemah ‘Kerajaan Perpaduan’ apabila sebulat suara bersetuju di peringkat Pulau Pinang pada Isnin lepas agar PKR menghantar calon atas semangat parti yang bertanding sebelum ini diberi keutamaan untuk mencuba nasib sekali lagi.

Di blok pembangkang pula, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberi laluan kepada Pas untuk meletakkan calon mewakili Perikatan Nasional (PN) sekali gus mengesahkan bahawa PRK Sungai Bakap bakal menyaksikan sekali lagi pertembungan antara PKR dan Pas bagi merebut kerusi yang sama setelah hampir 10 bulan susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada Ogos lepas.

Calon Perpaduan dijangka diumumkan minggu depan menurut Pengerusi PH dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun Pas pula masih berteka-teki dan tidak memberikan kata putus mengenai tarikh pengumuman calon.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff daripada Pas pada 24 Mei lepas berikutan mengalami keradangan dalam perut.

Biarpun belum mengumumkan calon, gabungan PH-BN dan PN masing-masing bersedia untuk melancarkan jentera masing-masing bagi PRK Sungai Bakap dengan majlis pelancaran jentera PN dijadualkan berlangsung malam ini manakala pelancaran jentera Perpaduan pula akan diadakan esok.

PRK tersebut dilihat medan bagi PKR untuk merampas kembali kerusi Sungai Bakap yang merupakan kubu kuat parti itu selama 10 tahun dari 2008 hingga 2018 sebelum terlepas ke tangan Pas pada PRN 2023, sementara Pas pula tekad untuk mempertahankan kerusi yang disandang itu dengan melancarkan awal tanda pagar #SgBakapKitaKekal.

Ada pelbagai spekulasi mengenai kriteria calon yang bakal berentap mewakili kedua-dua parti politik tertua negara itu termasuk calon kitar semula, orang tempatan, ahli keluarga arwah, wanita muda dan bekas pendidik.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar mengesahkan terdapat lima calon termasuk lelaki dan wanita yang diangkat bagi keputusan muktamad di peringkat pucuk pimpinan parti.

“Yang penting kita mengambil kira bukan sahaja dari segi nama-nama yang amat berpengaruh dalam kalangan masyarakat tetapi juga mereka yang menyumbang bukan sahaja pada hari ini tetapi sebelum ini. Kita mahu calon yang dipertaruhkan itu (calon boleh menang) winnable candidate,” kata Naib Presiden PKR itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, parti itu juga telah menyerahkan senarai pendek nama calon kepada pucuk pimpinan Pas pusat bagi membuat pemilihan dan apabila ditanya sama ada senarai calon yang dihantar itu termasuk ahli keluarga Allahyarham Nor Zamri, beliau tidak menafikannya, malah meminta menunggu sehingga keputusan calon diumumkan.

“Selepas di peringkat negeri, ia (nama calon) akan di teliti oleh Majlis Syura Ulama dan seterusnya pucuk pimpinan Pas, yang nak dipilih itu mestilah calon berkelayakan dan setakat ini semua nama kita hantar itu ahli Pas (negeri). Nama (calon) lebih dari satu dan kurang dari 10 yang kita telah hantar,” katanya.

Walaupun begitu, tumpuan lebih terarah pada gabungan PH-BN dan PN, sebaliknya parti lain seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dilihat tidak memberikan sebarang bayangan untuk memasuki gelanggang PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 itu.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. DUN Sungai Bakap kini mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Kerajaan ingin tubuhkan jawatankuasa pantau berita palsu

Kementerian Komunikasi tak menolak kemungkinan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau dan menangkis penyebaran berita palsu semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya memang melakukan pemantauan di semua platform media sosial dalam usaha menangani pelbagai berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab ketika musim pilihan raya.

“Kita sudah mempunyai pasukan yang akan memantau penyebaran berita palsu di pelbagai peringkat termasuk Kementerian Komunikasi, badan (agensi) kerajaan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Penerangan.

“Insya-ALLAH kita akan ada satu jawatankuasa (khas) PRK Sungai Bakap nanti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Sembang Santai Komuniti Madani Parlimen Nibong Tebal di Sungai Bakap

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan hari penamaan calon pada 22 Jun manakala pengundian awal pada 2 Julai.

Kerusi DUN Sungai Bakap kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff daripada Pas pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.

Sementara itu, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) menyangkal dakwaan kononnya PRK menjadi medan kerajaan memberikan ‘gula-gula’ termasuk PRK Sungai Bakap yang dilihat menjadi lokasi tumpuan menteri.

Beliau berkata, lawatannya ke Pulau Pinang hari ini untuk menyampaikan warkah persilaan kepada Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

“Memang menteri-menteri akan sentiasa berada di lapangan berdasarkan arahan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) supaya menteri sentiasa turun padang untuk melihat keadaan dan berusaha menyelesaikan masalah (rakyat), kami akan terus berkhidmat tidak kira tempat, ” katanya.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

Hannah Yeoh dikritik keras, suami dapat projek

f1
Next

Speaker Dewan Rakyat masih meneliti status enam ahli Parlimen

boostwin казино
arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

pinup
betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

пинап
1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
https://www.visitbraintreedistrict.co.uk/
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

https://mks-unia.eu/
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme