Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
InformatifIsu SemasaIsu Tular

Sekolah asing sukan berasaskan kaum dikecam, ini perkembangan terbaru

By Farahani
April 20, 2021 5 Min Read
Comments Off on Sekolah asing sukan berasaskan kaum dikecam, ini perkembangan terbaru

Sentimen perkauman adalah suatu isu yang tak berkesudahan dari dulu sampai sekarang. Isu ni sebenarnya hampir tiap negara alami, termasuklah Malaysia yang berbilang kaum ni. Kadangkala, sikap perkauman ni sangat mendalam sehinggakan ada orang ni pun tak sedar diorang bersikap rasis.

728 X 90

Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan berita sekolah kebangsaan didakwa rasis terhadap para pelajarnya sendiri. Sebelum ni kita dah banyak dengar berlaku di institusi swasta. Misalnya, dakwaan isu sesetengah pelajar berkulit hitam dibuli teruk oleh universiti swasta di Malaysia. Ni suatu yang tak patut berlaku, lagi-lagi di sebuah negara yang ada dasar dan polisi khas untuk menangani sikap perkauman ni.

negara rasis
Via GoodNewsFromIndonesia

SMK akui salah, minta maaf terlepas pandang dalam maklumat kokurikulum pelajar Tingkatan Satu

Gambar sekeping kertas maklumat pendaftaran tular apabila ia dilihat seolah mendiskriminasi atau mengasingkan penglibatan murid-murid berdasarkan kaum. Gambar tu dipercayai milik sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, kemudian didedahkan oleh laporan media akhbar sebagai SMK Dato’ Bentara Luar. Bila dah tular, ia mengundang reaksi pelbagai pihak. Warganet rata-ratanya mengecam tindakan mengasingkan murid ikut kaum ni; kami pun tak setuju jugak.

letter sekolah
Via FMT

Walaupun begitu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran sekolah tu.. diorang akui terlepas pandang dengan apa yang tercetak di maklumat pendaftaran dan penyertaan dalam talian untuk aktiviti kokurikulum Tingkatan Satu. Dari satu sudut, “terlepas pandang” ni yang kami maksudkan awal tadi iaitu apabila korang sendiri tak perasan korang sedang berlaku rasis kepada orang lain. Kembali pada hal ni, pihak pentadbiran sekolah tak sepatutnya buat macam tu.

“Kami tidak berniat langsung untuk mencetuskan perkara tersebut. Pihak sekolah tetap menjunjung dan akur dalam melaksanakan semua dasar dan arahan daripada kerajaan.

Sekali lagi kami mohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang berlaku,”- seperti yang dilaporkan FMT

sekolah batu pahat
Via Mykmu

Pihak pentadbiran sekolah jugak akan tarik balik dan batalkan kemudahan pendaftaran secara dalam talian menggunakan Google Forms yang telah dimuat naik pada 15 April lalu bagi tujuan proses penambahbaikan.

Berdasarkan kandungan sekeping surat yang tular tu, ‘rancangan’ asal sekolah tersebut adalah nak suruh pelajar pilih satu jenis sukan daripada 12 jenis sukan yang ditawarkan.. yang penting lulus syarat kaum bagi sukan yang nak dipilih pelajar ketika mendaftar.

sukan kaum
Via Headtopic

Misalnya, sukan bola sepak untuk pelajar lelaki Melayu sahaja, bola keranjang untuk pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja, manakala sukan sepak takraw bagi pelajar lelaki Melayu sahaja.

“Pendaftaran semula akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat dengan mengedarkan borang pendaftaran sukan dan permainan kepada semua murid.

Murid boleh memilih sukan dan permainan yang mereka minati (namun masih tertakluk kepada bilangan penyertaan ahli kelab sukan dan permainan yang disusun atur oleh pihak sekolah supaya penglibatan murid dalam semua kelab sukan permainan seimbang dari segi bilangan, ras dan jantina),”- seperti yang dilaporkan FMT

Menteri-menteri sibuk buat kenyataan, TMJ pulak nak jumpa pengurusan sekolah

Khabar ni mendapat perhatian Dr. Radzi Jidin, Menteri Kanan (Pendidikan) yang dilaporkan terkejut dan dukacita lepas dimaklumkan. KPM dah minta batalkan dasar pengasingan kaum dan jantina serta membatalkan semua sekatan yang disifatkannya sebagai ‘kesilapan’ pengetua sekolah yang bertentangan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

mohd radzi jidin 1589030467
Kalau dah lupa wajah Menteri Pendidikan kita.. -Via Minda Rakyat

Terdahulu, pengetua sekolah tu Abdul Razak Hamid mempertahankan langkah tersebut kepada wartawan FMT. Dia kata syarat tu perlu akibat kekurangan kemudahan bersukan untuk pelajar.

“Kita sekolah hoki, jadi padang sedia ada terpaksa digunakan untuk sukan berkenaan, jadi tiada padang boleh digunakan pelajar bagi aktiviti sukan lain.

Jadi, pihak sekolah terpaksa meletakkan syarat seperti itu bagi menarik minat pelajar Melayu yang tidak berminat dengan sukan itu untuk menyertai kelab sukan berkenaan.”- seperti yang dilaporkan FMT

Bukan setakat KPM, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique pun nak buat kenyataan. Dia berharap lepas ni pengurusan di peringkat sekolah, pengetua dan guru besar agar lebih ambil berat tentang isu perpaduan di sekolah. Katanya lagi, benda ni turut mendapat perhatian Menteri Kanan Pendidikan dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Presiden MCA, Wee Ka Siong kata pengasingan aktiviti kokurikulum dan sukan berasaskan kaum tak selari dengan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang dilaksanakan kerajaan. Sambungnya lagi, kekangan peralatan atau tempat tak harus dijadikan alasan. Walaupun kes ni dilihat sebagai kes terpencil, ia menyedarkan kita bahawa benda ni wujud jugak.

gpp1063 integrasi nasional dalam pendidikan 5 638
Via Slideshare

TMJ pun nak masuk jugak… dia nak jumpa pengurusan lepas sekolah tersebut dah buat permohonan maaf. Diharapnya lepas ni, kekurangan yang dinyatakan dulu boleh ditambahbaik supaya tak berlaku perkara seperti ni.

Isu perkauman tak boleh diperlekeh oleh semua orang, termasuklah elit politik dan kayangan

Hal ni seharusnya mengingatkan kita bahawa isu perkauman bukanlah suatu isu yang patut jadi bahan jenaka ataupun bahan politik. Walaupun kita maklum tentang pembentukan dasar, polisi ataupun retorik 13 Mei; kita masih lagi dapat melihat isu perkauman tetap tak selesai-selesai jugak. Salah satu sebab mengapa kita masih ‘tersekat’ dalam hal ni adalah ‘budaya’ kita kupas isu perkauman.

ras rasisme
Via Solidaritas

Kat media sosial, kita dapat tengok bagaimana mudahnya sesetengah warganet tak pandai menjaga tatasusila dan budi bahasanya, apatah lagi nak jaga perasaan atau hati orang lain kat di sebalik skrin. Asal marah je, dah maki caci hamun dan keluarkan ayat yang bersifat perkauman. Kadangkala ada jugak cuba nak berjenaka di media sosial, tetapi ia boleh melukakan hati tanpa sengaja.

Begitu jugak dengan kalangan pemimpin. Kalau korang perasan, para pemimpin kita pun seringkali memainkan isu perkauman apabila nak ‘bergaduh’ atau nak cuba dapatkan sokongan tersasar daripada kaum-kaum tertentu. Diorang tau, persoalan kaum ada kena mengena dengan identiti yang dipegang teguh oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Bila dah sebut kaum, tentulah akan dapat respon yang meluas terutamanya bila media dah laporkan jugak kenyataan pemimpin tu.

perbalahan kaum
Via sentiasapanas.com

Orang kayangan (ahli perniagaan khususnya) turut ambil kesempatan untuk menggunakan isu perkauman demi melancarkan urusan perniagaannya. Kadangkala, isu perkauman ni diselitkan sekali dengan cara diorang nak pasarkan produk ataupun setakat nakkan publisiti murahan je. Ni suatu yang tak wajar; dahlah SOP dilanggar pun takde hukuman, adakah segala dasar, polisi dan denda untuk penggunaan ayat perkauman tu hanya untuk rakyat marhaen je?

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

Korang suka lengahkan kerja? Korang mungkin orang yang lebih kreatif

f1
Next

Jepun setuju nak buang sisa air reaktor nuklear Fukushima, ramai khuatir ni boleh jejaskan kesihatan laut

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme