Caprice batalkan LIVE Insta untuk ulas isu Ustaz Ebit Lew, ini sebab utamanya

f1

Walaupun semalam kita dikejutkan dengan angka kematian Covid-19 yang telah mencecah angka 199 kes kematian, Internet nampaknya lebih fokus kepada isu berkaitan seorang ustaz yang terkenal dengan misi bantuan kemanusiaan. Isu berkaitan Ustaz Ebit Lew (UEL) sebenarnya bermula apabila Caprice melalui Instagramnya mengatakan ada hal yang mahu dibongkar berkaitan misi kemanusiaan UEL di Palestin. Situasi menjadi hangat apabila dia mengatakan akan mendedahkan semuanya pada 21 Julai (semalam).

728 X 90

Ramai yang ternanti-nanti apa yang ingin dibicarakan oleh Caprice berkaitan UEL, memandangkan UEL memiliki begitu ramai pengikut di media sosial. Ada yang mengkritik hebat tindakan Caprice kerana dianggap kurang ajar dalam mempersoalkan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh UEL. Ada pula masyarakat yang melihat tindakan Caprice sebagai kritikan membina untuk pasukan UEL.

Aktivis Gaza tegur cara Ustaz Ebit Lew masuk ke sana, dakwa telah menyusahkan orang lain

Pada awal pagi semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini tinggal di Gaza berkata, kaedah diamalkan oleh semua NGO yang beberapa kali masuk dan keluar ke Semenanjung Gaza adalah melalui pintu sempadan Rafah di Mesir dengan melalui NGO antarabangsa, Miles of Smiles. Dianggarkan 200-300 orang sahaja yang dapat memasuki Semenanjung tu dalam masa setahun.

“Jika sebelum ini banyak NGO boleh masuk melalui cara lama bersama Miles of Smiles, kini mereka terpaksa menggunakan cara baharu dengan membayar kepada syarikat harga yang tinggi. Ini kerana hasil desakan dan kesungguhan pihak kerajaan membuat kerjasama Malaysia-Mesir hanya untuk melepaskan misi pasukan Ebit Lew berjaya masuk ke Semenanjung Gaza tanpa mengira kos yang perlu di bayar dan kesan besar selepas itu,” – Nadir, seperti yang dilaporkan oleh UTUSAN

Hasil desakan tersebut mereka berjaya masuk dengan syarat penggunaan khidmat syarikat Hala untuk masuk, tambahnya.  Menurut Muhammad Nadir Al-Nuri, perkhidmatan syarikat itu bukan rahsia bagi penduduk di Gaza, bahkan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu bayar kosnya. Sebanyak AS$1200 seorang untuk warga tempatan bagi perjalanan masuk dan keluar serta mendapat layanan istimewa tanpa perlu banyak berhenti. Untuk orang luar, pastinya bayaran yang dikenakan lebih mahal, lebih-lebih lagi kalau hendak diberi layanan VVIP dengan iringan kenderaan berperisai.

2
Via Utusan Malaysia

Nadir turut menegur cara pasukan Ebit kendalikan misi kemanusiaan mereka, yang didakwa tak melalui proses dan prosedur yang biasa dilakukan oleh kumpulan NGO dari pelbagai negara untuk masuk ke Gaza. Kata Nadir, pada mulanya dia menyambut gembira berita Ebit dan pasukannya akan ke Gaza, malah turut sama tawarkan bantuan termasuk dari segi dokumentasi yang diperlukan untuk penghantaran bantuan.

Mengakui dihubungi pada peringkat awal oeh wakil pasukan itu, Nadir mendakwa mereka tidak lagi memberi sebarang respons selepas itu, walaupun beberapa kali dia cuba menghubungi mereka. Selain tu, Nadir turut menegur tindakan mereka membuka rumah anak yatim di sana.

“Saya malas mengambil tahu apa keperluan dibuka rumah anak yatim sedangkan faktanya di seluruh Gaza ada 20,000 anak yatim tetapi hanya ada satu rumah anak yatim di sini, Ma’ahad Al-Amal. Ia menempatkan hanya 120 anak yatim kerana budaya di sini tidak membenarkan anak-anak yatim tinggal di rumah anak yatim, sebaliknya dijaga oleh keluarga terdekat,” – Nadir, seperti yang dilaporkan oleh UTUSAN

Nadir turut menafikan cemburu dengan Ebit sebaliknya ia hanya teguran atas dasar kasih sayang dan untuk memperbaiki kelemahan di masa akan datang.

Tak tahan dengan dakwaan Nadir dan Caprice, Ustaz Ebit Lew lapor polis

Semalam UEL melakukan laporan polis di IPD Dang Wangi. Dia mengatakan tuduhan oleh beberapa pihak termasuk penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman tak berasas sehinggakan mengganggu emosi ahli keluarga serta pasukannya. Dia dikatakan sedia menjawab segala tuduhan dalam masa terdekat ini.

kapal china ceroboh
Via Yoy

“Dah lama saya diamkan, saya tidak mahu cakap apa-apa, nanti menjadi-jadi. Bagaimanapun, semenjak dua menjak ini, daripada live Caprice kemudian hari ini pulak Nadir (dakwaan) tular tentang saya jadi saya tampil membuat laporan polis,” – Ebit Lew, seperti yang dilaporkan UTUSAN

Dalam pada itu, Ebit maklumkan pihaknya nafikan segala dakwaan dan tuduhan selain memaklumkan tak pernah buka sebarang tabung bagi menjalankan misi ke Gaza. Datuk Hasnal Rezua Merican selaku peguam yang mewakili UEL kata laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan jika wujud unsur-unsur fitnah berbentuk jenayah terhadap anak guamnya. Pihaknya akan mulakan tuduhan sivil kepada mana-mana pihak yang mengulangi fitnah terhadap anak guamnya dan akan heret mereka yang tak bertanggungjawab ke mahkamah.

Susulan laporan polis itu, Caprice membatalkan hasratnya untuk muncul dalam Instagram (IG) untuk menjernihkan keadaan selepas mencetuskan kontroversi membabitkan Ebit Lew serta misi ke Gaza, Palestin nampaknya tidak kesampaian.

“Minta maaf guys, ada orang yang sudah buat laporan polis dan Caprice tak dapat buat Live (siaran langsung) pukul 10 malam ini. Insya-Allah the truth will be revealed by itself (kebenaran akan terbongkar dengan sendiri),” – Caprice, melalui Instagramnya

Kita akan nantikan cerita yang seterusnya, tapi rakyat boleh belajar beberapa hal

Nampaknya kita akan terus menunggu apa yang akan berlaku terhadap isu UEL-Caprice-Nadir ini. Berkemungkinan kita akan melihat akan ada isu saman-menyaman di antara pihak-pihak ini. Apa-apa pun, masyarakat pula semakin terdidik dalam isu memberikan derma kepada individu atau NGO yang terlibat dengan kerja-kerja kebajikan melalui ‘krisis’ ini. Masyarakat tentunya akan melihat dan mengkaji entiti yang mereka akan berikan amanah. Bagi kami, ia adalah sesuatu yang positif untuk menjadi masyarakat yang lebih kritikal dalam memberikan amanah kepada seseorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *