Kes pecah amanah Zahid Hamidi, saksi sahkan RM100 juta masuk akaun…

F1

Kerajaan Muafakat Nasional tidak memulakan perjalanan dengan diorang dengan baik. Baru je beberapa hari diorang menjadi kerajaan – dah ada beberapa benda yang saling kontradik diucapkan semasa mereka. Contohnya, peguam Zahid kata yang anak guamnya kena hadiri mesyuarat untuk bincangkan Kabinet baru. Selang beberapa jam kenyataan tu dikeluarkan, Pejabat Perdana Menteri menafikan adanya mesyuarat seperti itu berlaku.

S1
Sekali-sekala troll anak sendiri. Via Lowyat Forum

Sejak Muafakat Nasional jadi kerajaan, ramai yang gusar dengan kedudukan kes-kes Mahkamah yang sedang dihadapi pemimpin-pemimpin UMNO. Kami percaya je dengan Mahkamah, cuma kami bimbang ada saksi tak berani tampil sebab diorang nak lawan orang yang dah jadi ahli kerajaan. Lebih-lebih lagi kalau orang-orang ini dilantik jadi menteri.

Setelah dikatakan menipu Mahkamah, Timbalan Pendakwa Raya minta Zahid dituduh menghina Mahkamah

Oleh sebab Zahid dilihat menipu Mahkamah, pihak pendakwaan memohon supaya DS Ahmad Zahid Hamidi dikenakan tindakan menghina Mahkamah. Bagi yang tertinggal kapal, Hakim Sequerah benarkan penangguhan perbicaraan kes selepas peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid, beritahu mahkamah anak guamnya perlu hadiri mesyuarat bersama Muhyiddin bagi bincangkan pembentukan Kabinet.

Macam yang kami cakap tadi, selepas beberapa jam – pihak Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya kata; Perdana Menteri hanya dijadualkan bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan ketua jabatan dan agensi bagi menyelaraskan perjalanan pentadbiran kerajaan.

Oleh sebab tu, Mahkamah kemudian panggil semua pihak untuk prosiding sebutan pada sebelah petang untuk dengar penjelasan Ahmad Zahid. Sebaik prosiding bermula, Hisham maklumkan bahawa pihaknya takde niat untuk menipu dan mempersendakan Mahkamah. Sebaliknya dia katanya hadir ke Putrajaya, tapi dimaklumkan Perdana Menteri terpaksa bergegas pulang ke Muar.

Via Giphy

Mendengar penjelasan tu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran, menegaskan takde sebarang perjumpaan diaturkan dengan Pejabat Perdana Menteri, sebaliknya Ahmad Zahid hanya berbohong di Mahkamah.

“Pihak kami memohon mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah kerana tertuduh berbohong untuk tidak perlu menghadiri perbicaraan hari ini. Kami memohon mahkamah menggunakan budi bicara mengikut Peraturan 52 Aturan 2A Kaedah mahkamah untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap tertuduh,” – Seperti yang dilaporkan BERNAMA

Saksi sahkan duit hampir RM100 juta masuk ke akuan pemegang amanah Yayasan Akalbudi

Semalam Mahkamah Tinggi memberitahu ada kemasukan wang berjumlah hampir RM100 juta ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Mei 2016 hingga April 2018.

Wow, banyaknya duit. Via Giphy

Pengurus Maybank cawangan Dataran Maybank, Leong Siew Kong, kata, berdasarkan penyata kewangan Tetuan Lewis & Co, ada kemasukan berjumlah RM99,532,364.25 ke akaun itu menerusi 129 transaksi.

“Sebanyak 112 daripada 129 transaksi itu melalui cek manakala selebihnya menerusi kredit,” – Leong Siew Kong, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

S1
Zahid. Via NST

Dia kata macam tu pada hari ke-19 perbicaraan kes Ahmad Zahid, yang berdepan 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan dana Yayasan Akalbudi, lapan pertuduhan rasuah berhubung pemberian kontrak pembekalan cip pasport kepada beberapa syarikat dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi, saksi pendakwaan ke-39 tu kata; transaksi keluar masuk wang membabitkan Tetuan Lewis & Co adalah transaksi biasa dan tidak mencetuskan ‘red flag’ di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

S1
Pusat Tuisyen Yayasan Akal Budi. Via MiloSuam

Siew Kong bersetuju dengan Ahmad Sazilee bahawa takde jumlah yang mencurigakan dan boleh mencetuskan ‘red flag’ AMLA dalam transaksi keluar masuk wang daripada akaun Tetuan Lewis & Co.

Jangkaan kita undi tak percaya akan dilakukan pada 9 Mac, meleset. Mesyuarat Parlimen ditangguhkan…

Satu persoalan yang dimainkan oleh Pakatan Harapan – adakah kerajaan hari ini memiliki Ahli Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan? Kami fikir benda ni akan diselesaikan pada 9 Mac 2020 nanti. Tapi nampaknya, persidangan Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung pada 9 Mac ini, ditangguhkan ke 18 Mei.

Perkara tu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof selepas pihaknya menerima pemakluman daripada Pejabat Perdana Menteri.

“Tiada persidangan Dewan Rakyat pada 9 Mac. Tarikh baru Istiadat Pembukaan Parlimen ialah 18 Mei, 2020,” – Mohamad Ariff, seperti yang dilaporkan Astro AWANI.

Nampaknya krisis politik ni akan terus berpanjangan, dalam tempoh 11 minggu persidangan Parlimen ni ditangguhkan – mesti banyak benda boleh jadi. Benda yang jelas, harga Ahli Parlimen pada period ini amat mahal, dan kita tak terkejut kalau tengok ada lagi Ahli Parlimen yang akan melompat untuk dapatkan kuasa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *