Pelajar PhD dari Malaysia dibuli sehingga membunuh diri di USA

Lol

Kalau korang fikir budaya buli ni cuma berlaku dalam kalangan pelajar sekolah rendah atau menengah, korang dah silap besarlah. Sebenarnya budaya buli ni boleh dibawak sampai ke tua kalau si pembuli ni tak sedar diri dan enggan untuk terima rawatan professional. Lebih teruk kalau orang dibuli tu adalah kelompok minoriti dalam sesuatu masyarakat. Diorang mesti akan rasa terhimpit dan tersepit, sebab kalau mengadu pun – diorang pulak yang selalu akan disalahkan!

Oleh sebab tu kami nasihat – kalau korang adalah seorang pembuli atau tengok anak-anak korang mungkin ada kecenderungan nak buli orang lain, cepat-cepat nasihatkan dan didik dia dengan betul. Seorang pembuli takkan faham perasaan orang yang dibuli. Kali ni kami bawakan cerita sedih pelajar PhD dari Malaysia yang bunuh diri kerana dibuli di Amerika Syarikat.

Aduan yang dilakukan oleh Jerusha tak dapat perhatian yang sepatutnya dari universiti…

Kalau ikut cerita dari Daily Beast, Jerusha Sanjeevi, 24 tahun merupakan calon PhD kat Universiti Utah. Dia bercita-cita untuk jadi seorang ahli terapi. Tindakan drastik untuk membunuh diri tu diambil oleh Jerusha yang merupakan Chindian dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia selepas lapan bulan dibuli secara terus-terusan oleh rakan sekelas kerana berkulit gelap.

Via Youtube

Jerusha dikatakan ambik keputusan untuk bunuh diri pada April 2017 lalu selepas pihak universiti dikatakan tak ambil serius dengan aduan yang dibuatnya mengenai tindakan rakan sekelasnya, bahkan pelajar yang membulinya tu diberikan anugerah.

Teman lelaki Jerusha, Matthew Bick telah failkan saman terhadap Universiti Utah, Ketua Jabatan Psikologi, beberapa rakan sekelas dan profesornya dengan apa yang berlaku terhadap Jerusha Sanjeevi. Jerusha Sanjeevi dan teman lelakinya, Matthew Bick yang failkan saman kepada beberapa pihak.  Aduan itu menimbulkan kecuaian, ‘wrongful death’ dan kecenderungan emosional yang disengajakan (intentional infliction of emotional distress).

Jerusha Sanjeevi. Via Kampus Uols

Diorang berpendapat universiti tak membuat tindakan walaupun selepas Jerusha mengadu dibuli kepada profesor dan seorang ketua jabatan – melanggar hak sivilnya. Dalam tuntutan saman itu juga menyebut jabatan dengan sengaja membenarkan salah seorang pelajarnya dibuli secara lisan, diintimidasi dan tertakluk kepada diskriminasi budaya dan perkauman oleh para pelajar di sana selama lapan bulan, ketika dia diperlakukan sedemikian menyebabkan Jerusha menjadi emosional dan hilang harapan sehingga dia bunuh diri.

Tuntutan saman tu juga menyebut – pelajar lain di kohortnya menyebarkan khabar angin tentang Jerusha dengan menyuarakan nama Asia yang “pelik” selain memberitahu bahawa dia berbau seperti makanan India, dan menyatakan warna kulitnya yang lebih gelap membuatkan gadis ini kurang mendapat kedudukan penyelidikan.

Sedihnya. Via Giphy

Tambah tuntutan saman itu menyebut, salah seorang pelajar berulang-kali membuat komen yang mengganggu tentang orang Asia, termasuk “nama penyelidik Asia begitu aneh” dan “orang Asia hanya ingin menyenangkan ibu bapa mereka”.

Nota yang ditinggalkan sebelum kematian menerangkan segala-segalanya…

Menerusi satu perenggan dalam tuntutan mahkamah, Jerusha ada meninggalkan nota mengenai perkara yang dilalui dengan pembuli-pembuli di universiti itu. Jerusha menulis;

“Perkara ini semakin memburuk. Saya akan meninggalkan makmal ini kerana saya sudah tidak tahan lagi.”

Dalam pada itu, salah seorang rakan Jerusha beritahu, gadis tu hidup dalam ketakutan sejak Trump menang pilihan raya lalu walau mengetahui dia tiada kuasa kerana merupakan pelajar luar di situ. Katanya, Jerusha juga tidak menyangka bagaimana manusia boleh jadi kejam terhadapnya.

Beberapa hari sebelum Jerusha membunuh dirinya sendiri, gadis itu sempat memberitahu rakannya bahawa dia terkejut dengan sikap apatis pihak jabatan itu mengenai aduannya.

Via MalaysiaKini

“Saya tidak faham kenapa saya tidak begitu penting kepada mereka. Saya tidak berasa seperti hidup dan ini hanya mengesahkan bahawa saya tidak mahu hidup ini lagi.” kata gadis itu yang ditemui dua hari meninggal dunia kerana keracunan karbon monoksida pada 22 April 2017. Apabila sesuatu seperti ini berlaku, orang bertanya mengapa, saya akan memberitahu anda mengapa dan membuat anda yang tertanya-tanya.” kata Jerusha dalam nota sebelum kematiannya.

Sikap rasis dan merasakan diri hebat kerana jadi kaum majoriti…

Apabila kita berada dalam kelompok yang ramai, kita memang selalukan akan merasa hebat dan cuma diri kita je yang betul. Lebih-lebih lagi kalau kita memang ada sikap yang suka buli orang. Macam lagu Butterfingers tu lah – bila ramai-ramai cakap besar tunjuk belang, bila seorang-seorang pengecut, pemalu. Kita mungkin ada kaum majoriti di Malaysia, tapi bukan di negara orang. Kalau kita nak orang lain kita dengan baik, maka kita kenalah layan bangsa minoriti di Malaysia ni dengan sikap baik dan tanpa diskriminasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *