Malaysia melonjak 20 anak tangga dalam keselamatan makan, cuma makanan masih mahal?!

S1

Apabila kami tulis artikel yang kritik Pakatan Harapan, ada yang kata kami ni sebenarnya tentera upahan BN. Padahal kami kritik PH sebab nak diorang jadi lebih baik kot, kebanyakan rakyat tak kisah pun parti apa yang memerintah – apa yang penting kerajaan tu stabil dan buat kerja untuk kesenangan rakyat.

Hari ni kami nak puji sikit PH, sebab bab ni diorang layak diberikan pujian. Baru-baru ni kita ada pencapaian yang baik dalam bab keselamatan makanan, kami pun pelik kenapa benda ni tak dihebahkan dengan lebih banyak oleh tentera-tentera siber PH.

Kita melonjak 20 anak tangga dalam Indeks Keselamatan Makanan Global…

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (Global Food Security Index) meningkat kepada tangga ke-28 tahun ni, berbanding tangga ke-48 pada tahun lalu. Kita naik 20 anak tangga kot, ia satu pencapaian yang patut diketahui oleh orang ramai. Lagi-lagi kita akan ambik makanan setiap hari.

S1
Via Global Food Security Index

Bagi mereka yang tak tahu, Indeks Keselamatan Makanan Global (Global Food Security Index) ada tiga teras utama; kemampuan, ketersediaan dan kualiti & keselamatan untuk 113 negara. Indeks tu adalah model penanda aras kuantitatif dan kualitatif dinamik, dan ada 34 indikator untuk ukur index ni.

Ini adalah indeks yang pertama untuk kaji keselamatan makanan secara komprehensif melalui tiga dimensi yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Sekarang diorang siap masukkan faktor penyesuaian ke atas sumber asli dan daya tahan. Kategori ni akan nilai sejauh mana sesebuah negara tu terdedah dengan kesan perubahan iklim; sebesar apa risiko sumber semula jadi yang wujud; dan bagaimana negara tu akan sesuaikan diri dengan risiko ni.

Via Giphy

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub kata antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan tu termasuklah pengurangan kebergantungan terhadap makanan import.

“Dengan ini, kita telah mengalakkan petani-petani untuk pelbagaikan tanaman mereka, ini termasuklah dengan projek tanaman cash crops. Selain itu, kita juga telah tingkatkan eksport di dalam sektor buah-buahan dan ini merupakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan tersebut,” – Salahuddin Ayub, seperti yang dilaporkan oleh FMT

Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Pulai kata pencapaian cemerlang tu diusahakan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam tangga Indeks Keselamatan Makanan Global. Kementerian telah melalui hala tuju yang telah dibentangkan Februari lalu untuk fokus dalam penambahbaikkan dalam sektor-sektor makanan dan agro makanan, tambahnya.

S1
Via JohorKini

Salahuddin kata usaha tu telah menunjukkan pencapaian positif dan dia beriltizam agar pihaknya bekerja lebih keras supaya kedudukan Malaysia dalam indeks tu terus meningkat.

Pada awal tahun hadapan, diorang akan adakan mesyuarat, manakala sasaran untuk tahun hadapan akan cuba ditingkatkan. Cuma pada waktu ini adalah terlalu awal untuk mensasar angka pencapaian tu.

Bagi Tun Daim isu kos sara hidup masih belum selesai, desak kerajaan buka tanah untuk pertanian

Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin bimbang akan ketiadaan langkah-langkah mengurangkan harga makanan, dia kata “tiada masa untuk beralasan lagi”. Menurutnya pertanian akan cipta pekerjaan, serta menyediakan makanan segar dan gaya hidup lebih sihat kepada rakyat.

Dia membidas kerajaan negeri kerana tak lakukan secukupnya untuk mengalakkan petani meningkatkan keselamatan makanan. Dia menulis kepada semua kerajaan negeri meminta tanah disediakan untuk tujuan pertanian supaya lebih ramai orang boleh bertani, terutama profesional.

Tun Daim
Tun Daim. Via The Star

“Jawapan daripada beberapa negeri amat mengalakkan tetapi ada beberapa tak mahu jawab pun. Pada masa pilihan raya, mereka akan datang merayu undi. Mereka lupa yang mereka mewakili rakyat,” – Daim, dipetik dari FMT

Daim kata dia berjalan ke serata negara dan dapati banyak tanah terbiar walaupun kerajaan bawa slogan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang termasuk membangunkan sektor pertanian. Tapi dalam Belanjawan 2020, tak cukup peruntukan untuk pertanian.

https://www.youtube.com/watch?v=KEoKvjKUuVg

Dia kata rakyat tak puas hati dengan kenaikan kos sara hidup. Isu itu tidak ditangani walaupun tak susah selesaikan masalahnya. Dia berikan contoh sayur ambil masa 22 hari hingga 3 bulan untuk membesar. Buah-buahan pulak maksimum 1 tahun dan dalam beberapa kes 75 hari.

Daim kata Malaysia boleh mengurangkan import makanan sebanyak 30% dalam tempoh 3 tahun jika isu tanah dan pembiayaan diatasi. Daim kata kehendak rakyat adalah kuat hingga bawa kepada perubahan kerajaan pada 9 Mei 2018.

S1
Via Berita Harian

“Tetapi dalam beberapa bulan ini, rakyat masih kecewa. Keadaan nampak seperti tidak bergerak. Kerajaan nampak seperti mengabaikan sentimen-sentimen itu. Jangan perkecilkan rakyat. Dia kata proses birokrasi bagi mereka yang meminta bantuan harus dikurangkan kerana terdapat terlalu banyak agensi. Untuk dapat pembiayaan pun, 20 agensi terlibat. Cukuplah hanya 5 agensi,” – Daim, seperti yang dilaporkan FMT

Peningkatan indeks keselamatan makanan sesuatu yang baik, tapi jangan cepat berpuas hati

Kami ni mana yang baik kami akan berikan pujian, dan mana yang kami nampak tak betul, kami akan lemparkan kritikan. Kejayaan Malaysia tingkatkan indeks keselamatan makanan adalah sesuatu yang patut diberikan pujian, cuma kami harap diorang tak cepat berpuas hati dengan apa yang ada. Dalam kebanyakan kes, tak salah untuk berpuas hati, tapi tidak jika anda adalah kementerian.

Kritikan yang diberikan oleh Tun Daim pun kena ambik kira, bantu rakyat untuk bertani. Ia bukan setakat dapat kurangkan kebergantungan kita pada eksport makanan, tapi dapat kurangkan sekali pegangguran dalam kalangan anak muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *