Dua negara disatukan kerana SAMBAL BELACAN, Permaisuri Agong jadi pembekal

Daasa

Ada macam-macam cara untuk dua negara boleh jalinkan hubungan baik, selalunya dua pemimpin utama kerajaan akan duduk semeja dan ambik gambar. Benda tu akan berikan gambaran yang dua negara tu tengah dalam usaha untuk jalinkan hubungan diplomatik atau dagang yang baik. Benda ni tak semestinya dijalinkan oleh ahli politik je, kadang-kadang; artis, pelakon atau figura terkenal boleh jadi jambatan persahabatan sesebuah dua negara.

Kali ni, sambal belacan telah menyatukan Malaysia dan Singapura!

Permaisuri Agong jadi pembekal rasmi sambal belacan kepada Kabinet Singapura…

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong lahirkan rasa penghargaan di atas kesudian Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebab sediakan sambal belacan istimewa air tangan Baginda kepada keluarganya.

https://twitter.com/cheminahsayang/status/1187741734555541507?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1188772687776309248&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.malaysiakini.com%2Fnews%2F497697

Perkara ni diketahui ramai apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baginda berkongsi rahsia bagaimana sambal belacan air tangan jadi kegemaran bekas perdana menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Dalam Twitter tu, Tunku Azizah, yang lebih dikenali sebagai cheminahsayang dalam Twitter media sosial, katakan Baginda pada satu ketika dahulu, “pembekal rasmi” sambal belacan kepada Kuan Yew.

132
Via NST

Nampaknya sampai hari ni Raja Permaisuri Agong masih bekalkan sambal belacan ke Singapura. Sambal tu kini terus dinikmati dan digemari oleh anak lelaki Kuan Yew pula, yang juga Perdana Menteri Singapura sekarang ini, Lee Hsien Loong.

“Telah lama saya ingin berkongsi (rahsia) ini dengan rakyat Malaysia. Saya pernah menjadi pembekal rasmi sambal belacan kepada Perdana Menteri Singapura… Datuk Lee Kuan Yew … dan kini pembekal kepada anaknya, PM Lee,” Raja Permaisuri Agong bertitah dalam laman Twitter.

Dasa
Hidup sambal belacan! Via The Sarawak Voice

Tunku Azizah turut kongsi gambar sepucuk surat yang ditulis oleh Kuan Yew mengenai perkara ni dalam akaun Instagram airtangan_tunkuazizah. Surat tu bertarikh 23 Julai, 2009 bertulis;

“Enam paket (sambal) belacan yang diberikan kepada saya sungguh sedap. Saya berkongsi dengan dua anak lelaki saya. Semua telah habis dimakan. Ia cili belacan yang paling sedap pernah kami rasai. Bolehkah keluarga saya dapatkannya lagi? Harap maaf kerana terpaksa menyusahkan. Tetapi ia telah menjadikan banyak masakan lebih berperisa.”

Tunkufinal1
Via Berita Harian Singapura

Tunku Azizah muatkan gambar itu pada 2 Mei, 2018, bertitah bahawa surat tu amat bernilai kepada Baginda. Akaun Instagram airtangan_tunkuzaizah menyimpan koleksi resipi Raja Permaisuri Agong, memaparkan populariti Baginda sebagai ahli Kerabat DiRaja yang gemar memasak.

Alang-alang kami dah cerita pasal belacan ni, meh kami kongsikan sekali cara-cara buat sambal belacan…

Alang-alang kami dah cerita pasal sambal belacan Tunku Azizah ni, kami kongsi sekalilah cara-cara untuk buat sambal belacan ni. Untuk pengetahuan korang, dalam team ORANGKATA ni – ramai yang tahu makan sambal belacan je, tapi tak tahu nak buat. Jadi kami ambik satu resipi dari FB Cik Ca. Kalau korang rasa nak buat kat rumah, jangan lupa untuk ajak kami berziarah sekali ye.

Bahan-bahan;

  • 4 ulas bawang merah saiz 50 sen (kalau saiz besar bawang Bombay, 2 dah cukup )
  • 2 ulas bawang putih

(Alur air (basuh bawah air paip) sekejap, belah dua dan bakar atas pan sehingga perang. Bawang merah tak perlu kupas sebab bahagian yang sebelah itu tebal jadi ia ambil masa lama sedikit untuk masak. Biarkan kulitnya hangit. Kupas apabila hendak dikisar. Tak perlu basuh dah.)

  • 1 inci belacan dibakar juga (alur air jgk sblum bakar)
  • 5-6 biji cili merah besar
  • 9-10 biji cili hijau thai buang tangkai
  • Gula putih
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Cuka makan
  • 9-10 biji asam limau kasturi saiz kecil, kalau saiz sederhana besar 6/7 biji sahaja
  • Gula perang untuk cantikkan sambal
Saaa
Via BlogMakan

Cara-cara memasak;
1. Potong cili, alur air sekejap sambil gosok dan tos biar kering. Boleh lap dengan tisu juga. Itu tips juga untuk bagi sambal sedap.
2. Dalam pengisar masukkan semua bahan kecuali cili. Bawang bakar tadi, gula, garam, gula perang, air perahan limau kasturi, belacan, bawang putih, cuka.
3. Tapis ketika perah limau kasturi untuk elak biji masuk. Kemudian, kisar bagi lumat.
4. Barulah masukkan cili bersama 1 biji setengah kulit limau tanpa sebarang biji dan tangkai.

Sambal Belacan 2
Terliur kami. Via Bidadari

5. Kisar ikut tahap lumat yang awak nak.
6. Selepas tu, tabur kulit limau yang diparut daripada 3 biji yang diperah tadi kalau suka.
7. Kemudian adjust taste kalau ada terlebih terkurang.
8. Simpan di luar semalaman, esok baru simpan dalam peti dan mula makan. Makin lama makin sedap.

Berliur kami nampak sambal belacan ni. Via Giphy

Agak-agaknya lepas ni akan ada tak orang bergaduh belacan dari mana?

Siapa sangka sambal belacan ni boleh jadi begitu hebatkan? Cuma dalam ada ‘hubungan baik’ ni, mesti ada kumpulan yang akan gaduh dari mana asalnya sambal belacan ni. Alah, macam dulu-dulu bila asal-usul nasi lemak jadi perdebatan hangat di antara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Apa-apa pun sambal belacan ni kira salah satu makanan warian yang kita ada, so berbanggalah kalau korang pernah makan sambal belacan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *