Impian Warisan jadi parti nasional, PRN Johor mungkin jadi pentas pertama

warisan muda prnjohor

Kehangatan PRN Johor semakin dirasai apabila parti-parti politik dah nyatakan kesediaan diorang untuk bertanding di negeri tersebut. Susulan pembubaran DUN yang diperkenan Sultan Johor beberapa hari lalu, kita boleh perhati sendiri bagaimana parti-parti politik ni umumkan kerjasama diorang. Pentas PRN Johor menjadi ujian untuk melihat sejauh mana pengaruh parti diorang dan kekuatan untuk dapatkan mandat dari pengundi bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Walau bagaimanapun, ada satu parti ni yang menggamit perhatian kami. Pada PRU-14, parti ni mengejutkan ramai dan berjaya merampas negeri Sabah yang sebelum ni digelar antara ‘kubu BN’ dalam senario politik Malaysia. Namun ia tak kekal lama dan tumbang dalam PRN Sabah. Tak patah semangat, parti ni bercita-cita nak lebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia. Mungkinkah, PRN Johor jadi pentas pertama diorang?

prn johor
VIa Utusan Digital

Bermula dari parti berasaskan kenegerian, kini lebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia pulak

Secara sejarahnya, Warisan ni sebenarnya masih boleh dianggap suatu parti baharu yang ditubuhkan sebagai parti alternatif di Sabah. Untuk pengetahuan korang, Sabah ni ada banyak parti dan biasanya akan menjalankan kerjasama pakatan untuk meraih undi mengikut ideologi masing-masing. Diorang taknak gabung, hanya kerjasama je.

Bagaimanapun, penubuhan Warisan ni dibelakangi oleh ramai tokoh politik yang berpengalaman seperti Shafie Apdal, Darell Leiking dan lain-lain. Pengalaman diorang memantapkan lagi Warisan sehingga berjaya merampas majoriti BN, tu pun hanya diumumkan secara rasmi selepas berhari-hari dengan krisis politik antara Musa Aman dan Shafie Apdal.

musa aman shafie apdal
Dari kiri: Musa Aman dan Shafie Apdal.. -Via Suara TV

Keyakinan ni namun begitu, tak dapat dipulihkan semula selepas PRN Sabah, dimana Warisan gagal dapat kembali majoriti undi yang diperlukan untuk meneruskan pentadbiran diorang. Tak patah semangat, Warisan tetap meneruskan impian diorang untuk melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia.

Jaujan Sambakong, salah sorang daripada tiga naib presiden Warisan berkata pada April tahun lalu;

“Kenapa tidak (bertanding di Semenanjung) jika ada kesempatan? Hakikatnya adalah kami ingin mengambil bahagian dalam pilihan raya, bukan hanya di Sabah tetapi juga di negeri-negeri di Semenanjung

Setakat ini, kami aktif di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur, di mana kami melihat parti diterima dengan baik dalam kalangan pemimpin dan rakyat. Kebetulan sahaja ramai orang Sabah di lokasi-lokasi ini,,”- seperti yang dilaporkan FMT

warisansemenanjung
Via Borneo Today

Kerjasama Warisan-MUDA mudahkan pertapakan ke Semenanjung, tengah pertimbang bertanding dalam PRN Johor

Pada 17 Disember, Presiden Warisan iaitu Shafie Apdal secara rasminya mengumumkan bahawa parti tersebut dah mendarat ke tanah Semenanjung Malaysia. Dia sahkan bahawa Warisan akan bekerjsama dengan MUDA pimpinan Syed Saddiq Abdul Rahman dalam menentukan strategi pengembangannya di Semenanjung, termasuk kerusi yang akan ditandingi.

Shafie Apdal turut kata, parti pimpinannya tu akan memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum, dan tak hanya tertumpu kepada satu-satu bangsa seperti UMNO. Dipetik dari FMT;

“Tanpa Umno, Melayu tidak akan mati. Islam adalah agama Persekutuan dan tidak akan lumpuh kalau tiada PAS dan orang Cina tidak akan mati tanpa DAP,” kata bekas naib presiden Umno itu.

Saya amat risau, ke mana hala tuju negara kita. Negara macam mana yang ingin kita turunkan kepada generasi akan datang,”- seperti yang dilaporkan FMT

shafie muda
VIa Malayskakini

Warisan menjadi parti Sabah pertama melebarkan sayap ke Semenanjung dalam usaha menampilkan diri sebagai parti kebangsaan menjelang PRU15 kelak. Namun buat masa ni, Warisan masih mempertimbangkan untuk bertanding buat pertama kalinya di Johor.

“Kita akan lihat dulu perkara ini kerana maklumat berkenaan baru diterima. Oleh itu, kita akan teliti secara mendalam. Saya juga sudah memaklumkan kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa kita perlu ada persediaan sekiranya mengambil keputusan untuk bertanding,”- seperti yang dilaporkan Astro Awani

Mengulas lanjut, Shafie Apdal kata Warisan memang dah ada penyokong di Johor, termasuk orang Sabah dan Sarawak yang berada di Johor. Akan tetapi, dia taknak hanya bergantung dengan rakyat dari dua negeri tu je. Ye lah, kan dah namanya nak perjuangkan perpaduan dan kesatuan; maka kalau nak harapkan undi dari pengundi berasal dari Borneo Malaysia… tak tercapai hasrat tu.

Sementara tu, PH Johor mengesahkan pakatan dengan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). Ni jugak menjadi pentas buat MUDA untuk melihat sejauh mana prestasi MUDA dalam arena pilihan raya selepas penubuhannya pada 2020. Selain MUDA, PH turut membuka ruang untuk Warisan dan Pejuang dalam kerjasama politik dalam PRN Johor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *