займ срочно

Malaysia melakar sejarah, ahli Parlimen dihalang oleh FRU untuk masuk ke Parlimen

anwar
Malaysia melakar sejarah, ahli Parlimen dihalang oleh FRU untuk masuk ke Parlimen

Setelah mesyuarat Parlimen yang berlangsung cukup hangat minggu lepas, Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat yang sepatutnya bersambung semalam ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Ahli-ahli Parlimen dan rakyat diberitahu melalui sepucuk surat dari Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat Parlimen Malaysia.  Menurut surat itu, keputusan ini dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

728 X 90

Ia dikatakan berlaku kerana Ketua Pengarah Kesihatan mencadangkan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19 di Parlimen. Masih ramai yang tertanya-tanya mengapa keputusan seperti ini tidak diambil jika ada kilang-kilang yang didapati memiliki pekerja-pekerja yang positif.

Walaupun Parlimen telah ditangguh, wakil pembangkang tetap ingin masuk ke Parlimen

Walaupun telah diberitahu semalam takde persidangan Parlimen, para ahli Parlimen pembangkang mengambil keputusan untuk berhimpun di Dataran Merdeka. Kami ada lihat jugak aksi-aksi mereka ketika berada di dataran merdeka; kebanyakan mereka melaungkan rasa tak puas hati dengan kerajaan pada hari ini. Antara yang hadir dalam perhimpunan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Dikhabarkan semua ahli Parlimen pembangkang turun sekali.

Menariknya, beberapa laluan utama ke Parlimen ditutup bagi mengelakkan kemasukan orang ramai berlaku kesesakan kecil di sekitar Jalan Parlimen. Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) buat benteng manusia di hadapan jalan menuju Parlimen. Pasukan FRU turut memberitahu ahli-ahli Parlimen takde individu yang dibenarkan memasuki parlimen.

Ia adalah sesuatu yang baru untuk rakyat Malaysia. Melihat wakil-wakil rakyat dihalau oleh FRU kerana mereka ingin masuk ke Parlimen, yang merupakan tempat untuk melaksanakan tugas hakiki mereka. Seperti yang telah diperkatakan oleh ramai orang, ia adalah sebuah sejarah hitam untuk demokrasi negara. Ahli-ahli Parlimen telah mencapai imuniti kelompok, seharusnya tak jadi masalah untuk mereka bermesyuarat.

4
Memang menyedihkan hal seperti ini berlaku di Malaysia. Via Bernama

Polis akan siasat semua yang berhimpun semalam, termasuk ahli Parlimen

Setelah perhimpunan aman ini selesai, polis memberitahu individu termasuk ahli Parlimen yang terlibat dalam himpunan yang diadakan di Dataran Merdeka akan dipanggil untuk beri keterangan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, setakat ini, pihaknya ada terima dua laporan polis berhubung himpunan tu.

“Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung himpunan berkenaan. Kami sedang mengenal pasti ahli parlimen dan peserta-peserta lain yang terlibat dalam perhimpunan berkenaan,” – Azmi Abu Kassim, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Himpunan ini akan disiasat di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta342). Diorang akan jalankan siasatan, dan kemudian akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Kenderaan dilihat memasuki rumah perdana menteri, drama politik akan mencacatkan usaha melawan pandemik

Semalam pihak media laporkan sebanyak sembilan kenderaan milik orang kenamaan dipercayai menteri dilihat masuk kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kenderaan rasmi yang membawa timbalan perdana menteri dan menteri kabinet itu kemudian dilihat keluar dari kawasan perumahan itu pada jam 10.30 malam.

4
Via Sinar Harian

Dikatakan antara yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin. Selain itu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu antara individu yang dipercayai bertemu dengan Muhyiddin.

Kami pun tak faham apa yang sedang berlaku dengan negara kita. Apa yang pasti drama politik yang tak berkesudahan ini akan menyebabkan kerajaan sukar untuk mengeluarkan dasar-dasar yang akan membantu negara keluar dari pandemik. Walau apa jua pandangan politik kita, ada nilai-nilai penting yang perlu kita miliki; dalam prinsip demokrasi, peranan Parlimen amat penting. Begitu juga dengan kebebasan bersuara, media, dan berkumpul.

 

Mungkin pendukung kerajaan gembira dengan apa yang berlaku pada hari ini. Cuma ingatlah, jika dibiarkan dan dibenarkan dipahat dalam sejarah, ia boleh berlaku ketika anda jadi pembangkang pada masa hadapan. Proses semak imbang perlu sentiasa berlaku; tanpa mengira siapa kerajaan. Keadaan pandemik tidak seharusnya menjadi penghalang untuk mengamalkan nilai-nilai ini. Sebagai manusia yang diberikan akal, kita boleh beradaptasi dan berinovasi jika benar-benar mahu.

4
Via Harian Metro

Pelajar sekolah yang bukan semua keluarganya memiliki telefon pintar dan jaringan Internet, diwajibkan menghadiri kelas dalam talian. Ahli-ahli Parlimen yang bergaji puluh-puluh ribu, tidak pula diadakan Parlimen online. Sesuatu yang pernah dilakukan oleh kumpulan anak muda Malaysia dan menjadi amalan di luar negara (selain mesyuarat hibrid).

Sebab utama Malaysia gagal melawan Covid-19 kerana tiada perancangan rapi dan SOP yang mengelirukan. Semua ini akan ‘kurang’ jika Parlimen berfungsi. Sebelum apa-apa dasar diluluskan, kerajaan akan digasak dengan pelbagai soalan. Parlimen seperti zoo atau sarkis adalah lebih baik daripada tak ada Parlimen langsung.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top