Ramai teknokrat dalam GLC letak jawatan? Rupanya ahli Parlimen yang akan isi

F1

Sejak akhir-akhir ni, banyak cerita orang yang letak jawatan kita dengar. Katanya kerajaan tengah fokus nak atasi masalah COVID-19, tapi bukan setakat benda tu je yang diorang tengah sibuk buat. Beberapa jawatan penting dalam Government Linked Companies (GLC) telah diubah; dan lantikan baru yang dibuat kebanyakan berlaku atas dasar lantikan politik.

Via Giphy

Hari ni kami akan cerita beberapa orang tokoh yang ada merit yang hebat, tapi nampaknya kena letak jawatan. Macam biasalah, selalunya perkataan sesuai yang boleh digunakan untuk menggambarkan peletakkan jawatan diorang adalah ‘misteri’. Macam Misteri Nusantara yang pernah menghantui kita satu ketika dahulu – jangan biarkan hidup anda diselebungi misteri…

Warga Malaysia pertama jadi Ketua Pengurus Negara di Allianz Malaysia Berhad, letak jawatan Pengerusi Perkeso

Baru-baru ni Allianz Malaysia Berhad sahkan berita yang mengatakan Zakri Khir dah letak jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Zakri merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad serahkan surat peletakan jawatannya kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkuat kuasa serta-merta mulai 7 April 2020.

Dddd
Zakri Khir. Via MalayMail

“Saya telah dilantik oleh Majlis Penasihat Kerajaan untuk mengemudi Perkeso sebagai Pengerusi pada 8 Oktober 2018 berdasarkan pengalaman saya dalam industri insurans. Saya melihat ini sebagai peluang berkhidmat untuk negara. Tetapi dengan mana-mana kerajaan baharu, perubahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan pada hemat saya, perkhidmatan saya kini tidak lagi diperlukan.

Saya telah melakukan yang terbaik dan saya sangat bersyukur atas segala sokongan dan peluang yang telah diberikan untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 16 bulan,” – Zakri Khir, seperti yang dilaporkan Harian Metro

Zakri dilantik jadi Pengerusi Perkeso pada 8 Oktober tahun lepas menggantikan Tan Sri Dr Aseh Che Mat. Dia ada pengalaman selama 30 tahun dalam sektor insurans dan pengurusan portfolio, dan jadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai Ketua Pengurus Negara di Allianz Malaysia Berhad.

Bukan setakat Perkeso je, Pengerusi Bank Rakyat pun DITAMATKAN perkhimatan

Selain Perkeso, kejutan turut berlaku di Bank Rakyat, apabila diorang umumkan penamatan perkhidmatan Datuk Noripah Kamso sebagai Pengerusi serta semua jawatan lain di bank tu termasuk Pengerusi Yayasan Bank Rakyat.

https://www.youtube.com/watch?v=44SSCtDBet8

“Kami menghargai jasa dan khidmat yang diberikan Noripah terutamanya dalam mengemudi perancangan dan memimpin agenda kelestarian Bank Rakyat serta mendoakan yang terbaik untuk masa hadapan beliau,” – Kenyataan Bank Rakyat, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Selain tu, Bank Rakyat katanya optimis walaupun ada perubahan dalam kepimpinan. Segala operasi dan hala tuju yang direncana akan diteruskan macam biasa. Pengumuman pelantikan Pengerusi Bank Rakyat yang baharu akan dimaklumkan sebaik saja segala proses pelantikannya dimuktamadkan.

Hasnita Hashim dan beberapa lagi orang berpengalaman turut digugurkan dari MARA

Dari Perkeso dan Bank Rakyat, kita beralih pulak kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara). Kerajaan dilaporkan dah tamatkan khidmat Hasnita Hashim sebagai pengerusi Mara, selepas 18 bulan pegang jawatan tu. Turut ditamatkan perkhidmatan ialah beberapa ahli majlis Mara; Jamelah Jamaluddin, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff, Nungsari Ahmad Radhi, Ameer Ali Mydin, Syed Tamim Ansari Syed Mohamed, Zakri Mohd Khir dan Ahmad Baslan Che Kassim.

Mou Guidan And Th
Hasnita Hashim. Via TMR

Kalau ikut laporan Focus Malaysia, diorang dah terima surat penamatan khidmat. Menurut laporan tu, khidmat diorang ditamatkan sebab dilihat sebagai “lantikan politik” kerajaan PH. Mara berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Menterinya yang baru, Abdul Latiff Ahmad, merupakan bekas anggota Parlimen Umno yang menyertai Bersatu pada Februari 2019.

Rafidah Aziz persoalkan; adakah ia dibuat untuk memberi ruang kepada “kawan-kawan”?

Bekas menteri kanan, Rafidah Aziz, zahirkan rasa “meluat” – dia lihat tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) gantikan pegawai-pegawai kanan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tak wajar.  Rafidah kecam keputusan PN singkirkan ramai “wanita berwibawa” daripada jawatan tertinggi GLC dan menganggapnya sebagai pramatang.

https://www.youtube.com/watch?v=CoTmMN8a9Pw

“Penyingkiran, pemberhentian atau penggantian secara rawak individu berwibawa yang kebanyakannya masih dalam kontrak – buat masa ini – melibatkan wanita yang berdaya saing serta profesional. Dan (mereka) tidak dinilai berdasarkan prestasi mereka. Satu-satunya alasan yang diberikan ialah kerana mereka merupakan ‘lantikan politik’ kerajaan sebelumnya, justeru mereka mesti diganti ” – Rafidah Aziz, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Rafidah kemudian bangkitkan persoalan sama ada kekosongan jawatan dalam GLC tu akan diisi oleh orang yang berkepentingan kepada kerajaan PN. Diorang mahukan ‘orang sendiri’ di sana mungkin supaya diorang boleh melakukan ‘bidaan kami’ terutama apabila anggaran dan kontrak berjuta-juta ringgit akan muncul, dia menambah.

Siapa je tak nak duit. Via Giphy

Selain daripada beberapa individu yang kami sebutkan, di antara tokoh lain yang terbabit dengan peletakan jawatan adalah Farida Ariffin (Tabung Pembangunan Sumber Manusia), Mohd Bakke Mohd Salleh (Lembaga Minyak Sawit Malaysia), dan Dr Nungsari Ahmad Radzi pulak lepaskan tugasnya sebagai pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah.

Teka-teki terungkai, nampaknya MP akan isi jawatan penting GLC

Teka-teki berkenaan ‘peletakkan jawatan misteri’ ni mungkin dah menemui jawapan. Semua anggota Parlimen kerajaan yang tak dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri akan dilantik mempengerusikan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Takiyuddin Hassan kata, dia difahamkan semua anggota parlimen kerajaan akan diberi tanggungjawab kendalikan GLC.

Dddd
Takiyuddin Hassan. Via MalayMail

“MP PAS ada 18 orang, lapan orang dah jadi menteri dan timbalan menteri, seorang jadi duta khas perdana menteri ke Timur Tengah. Tinggal sembilan orang (lagi). Alhamdulillah saya difahamkan semua MP kerajaan akan diberikan tanggungjawab mengendalikan GLC. Kerana mereka semua ini layak, mereka ini adalah ahli parlimen,” – Takiyuddin Hassan, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Sebelum ni kita dikejutkan dengan pelantikan anggota Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari sebagai pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Sementara itu Takiyuddin kata, secara umumnya setiap jawatan tu bergantung kepada undang-undang mengikut kementerian masing-masing.

Via Giphy

Daripada kenyataan ni, kita boleh fahamlah. Kebanyakan jawatan penting ni dikosongkan untuk memberi ruang kepada ahli-ahli Parlimen dari Perikatan Nasional. Benda macam ni tak sepatutnya berlaku, lagipun komitmen ahli Parlimen dah banyak, dan tak semua diorang layak untuk duduk di kerusi yang memerlukan pengalaman yang luas.

Selalunya lantikan politik dalam GLC akan beri kerugian yang besar kepada rakyat

Sejak dahulu – tak kisahlah siapa kerajaan – kita amat khuatir dengan lantikan politik yang mengendalikan aset ‘rakyat’ yang berjuta-juta nilainya. Kita kena pastikan mereka yang dilantik menerajui syarikat-syarikat GLC adalah mereka yang benar-benar berkelayakan. Selalunya lantikan politik ni takde prestasi yang tinggi, disebabkan terlalu banyak komitmen dan kurang pengalaman.

Sudah masanya rakyat mintak kerajaan untuk lantik pemimpin korporat yang berkelayakan untuk menerajui syarikat yang didanai wang rakyat, bukannya ‘token’ akibat menjadi ahli Parlimen kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *