Sultan Perak panggil semua wakil pemimpin politik di Perak

Bohonglah kalau kami kata tak minat dengan Sultan Perak. Beberapa bulan lepas kami pernah tulis artikel pasal kehebatan baginda; bukan sahaja sebagai Sultan Perak, tapi ketokohannya dalam bidang akademik. Hari ni kami bertambah respect dengan kehebatan baginda dalam cuba memastikan ketenteraman dan keharmonian negeri Perak apabila memberi teguran kepada parti politik yang menggunakan tempat beribadah sebagai medan mempromosikan parti politik.

Artikel kami Januari lepas. Via OK

Macamlah korang tak tahu, sebab politik ni orang boleh berpecah belah. Padahal kalau tengok pemimpin-pemimpin utama parti politik berjumpa, diorang relaks je. Kadang-kadang penyokong yang terlebih sorak dan terlebih emosi…

Bukan jumpa seorang-seorang, panggil terus semua wakil parti politik Perak

Baru-baru ni, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, menitahkan pemimpin utama enam parti di negeri tu menghadap baginda berhubung isu penggunaan masjid dan surau serta kemudahannya dalam aktiviti atau program berunsur kepartian. Pemimpin parti politik yang kami maksudkan adalah mereka yang datang dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Amanah Negara (AMANAH), PKR, DAP, UMNO dan PAS.

Sultan Perak. Via The Star

Antara pemimpin parti yang hadir dalam perjumpaan tu; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Pengerusi BERSATU negeri; Pengerusi AMANAH negeri, Asmuni Awi; Pengerusi PKR negeri, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Penasihat DAP yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ngeh Koo Ham. Pemimpin pembangkang pula, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria.

“Baginda menitahkan semua pemimpin utama parti berkenaan menghadap baginda berhubung isu penggunaan masjid dan surau serta kemudahannya dalam aktiviti atau program berunsur kepartian yang semakin banyak berlaku ketika Ramadan,” – Memetik laporan Berita Harian

Menurutnya, perkara itu menimbulkan masalah apabila program dianjurkan turut memaparkan logo parti dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Sultan Perak arahkan siasatan terhadap program yang dikatakan mempromosikan parti politik di masjid

 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menyiasat tiga program di masjid di Perak yang dianjurkan atas nama parti politik dan penyampaian ceramah agama oleh penceramah yang tidak bertauliah.

Via Bernama

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Perak, ceramah berkenaan ialah di Masjid al-Khairiah, Kampung Banjar Hilir, Teluk Intan pada 21 Mei. Dia berkata, dua lagi ceramah ialah di Surau Al-Ittihad Kampung Temiang pada 24 Mei serta program atas nama parti politik yang dilangsungkan di Surau Diri Jumaat Al-Taufiqiah Taman Klebang Jaya, Chemor pada 22 Mei.

“Baginda tidak membenarkan sebarang program dianjurkan atas nama parti politik dalam bangunan dan kawasan masjid atau surau. Baginda juga menegaskan agar parti politik tidak menjemput penceramah untuk menyampaikan ceramah agama di negeri ini tanpa terlebih dahulu mendapatkan tauliah berceramah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

Baginda menegaskan bahawa masjid dan surau adalah rumah ibadah, berperanan untuk menyatukan ummah. Jika program atas nama parti politik dibenarkan menular dalam masjid dan surau, dibimbangkan rumah ibadah untuk penyatuan ini akan dicemarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini, seperti yang dilaporkan oleh Utusan

Tindakan seperti ni harus diberikan pujian

Menggunakan masjid atau surau untuk dijadikan platform berkempen adalah sesuatu yang tak wajar. Sebabnya dalam jemaah yang hadir tu, mesti ada banyak pandangan politik masing-masing. Kehadiran parti politik tertentu sahaja pasti akan menyebabkan jemaah yang tak suka dengan parti politik tu akan rasa tak selesa. Kena ingat, masjid adalah tempat orang beribadah bukan untuk meraih undi.

Bravo. Via Giphy

Apa yang boleh dianjurkan adalah perbincangan-perbincangan politik yang ilmiah dan dihadiri oleh panelis yang seimbang dan daripada pelbagai sudut pandang. Paling penting penganjurnya bukanlah parti politik, tapi masjid tu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *