Kisah misteri tragedi kapal laut S.S Ourang Medan, semua krew mati sebelum kapal meletup

F1

Bayangkan masa korang naik kapal laut tu, korang terdengar amaran cemas datangnya dari sebuah kapal laut atau bot. Korang segera mencari dan menemukan takde sorang pun kru kapal tersebut hidup sedangkan isyarat cemas tu korang baru je dapat. Bahkan ada yang kata kru-kru kapal ni dah nak reput mayatnya.

728 X 90

Untuk peminat sejarah dan misteri, kisah ni mungkin boleh dikatakan sebagai suatu kisah yang wajib tau kerana ia berlaku dekat kawasan negara kita. Sebelum ni kami dah cerita sikit pasal bagaimana jemaah haji hampir jadi mangsa karam dulu, jadi kali ni kami nak kongsi mengenai misteri tragedi kapal laut S.S Ourang Medan yang turut menarik minat CIA pada 1959.

Man Medan
Via Bits & Pieces

Mayat kru kapal ditemui lepas isyarat kod Morse yang menyeramkan juragan, kapal meletup ketika sedang ditunda

Pada Jun 1947 atau akhir Februari 1948, sebuah mesej radio telah diterima oleh beberapa buah kapal yang belayar kat Selat Melaka dan ianya dicatatkan telah disampaikan dalam bentuk kod Morse. Mesej tu jugak terbahagikan kepada dua bahagian, di mana ada antara cebisan bahagian tu kata semua kru kapal tersebut dah mati.

Transkrip penerima mesej yang sempat dicatatkan:

“Semua pegawai, termasuk Kapten, mati. Terbaring di bilik peta dan bilik kemudi. Ada kemungkinan semua kru kapal mati… saya mati”

0 Ss Ourang Medan
Via Daily Mirror

Lepas kod Morse ni diterima, dua buah kapal milik syarikat Amerika putuskan untuk tinjau keadaan kapal yang hantar mesej seram macam ni. Dengan bantuan pos-pos kapal British dan Belanda, kedudukan kapal tersebut berjaya dikenalpasti, lalu diorang menasihati sebuah kapal Amerika bernama Silver Star untuk jenguk situasi kapal tersebut. Memang dah menjadi adat dunia maritim; jika ada kapal yang kesusahan, kapal yang terima isyarat tu kenalah tolong.

Beberapa jam kemudian, Silver Star menemukan kapal tersebut dan dikenalpasti sebagai S.S Ourang Medan, dipercayai milik Belanda. Kapten Silver Star arahkan sekumpulan pasukan dari kapalnya untuk naik ke dalam kapal S.S Ourang Medan lepas beberapa kali tak disahut isyarat nak tanya apa masalah kapal.

Urang Medan
Via Overclockers UK

Mesej seram tu ternyata benar; semua kru kapal mati termasuklah anjing peliharaan mereka. Mata terbeliak dan kelihatan tangan mereka jugak macam nak lindungi diri sambil wajah mereka nampak takut. Kru yang mungkin menjadi orang terakhir hidup untuk hantar mesej kod Morse kepada kapal lain di luar sana pun dah mati kat kerusi operator tu sambil jarinya kaku kat papan mesej.

Keadaan mayat jugak agak pelik sebab dah nak membusuk lebih cepat walaupun suhu kat kapal tu dirasakan sejuk sangat. Di luar kapal tu, suhu macam biasa je untuk alam Nusantara ni iaitu sekitar 30 darjah celcius. Selain dari beberapa perkara pelik ni, kapal tu jugak nampak takde rosak pun. Lepas dah habis pusing kapal tu, anak kapal Silver Star putuskan nak tunda dulu kapal Ourang Medan.

Misteri Ourang Medan
Via Youtube

Tengah-tengah nak ikat kapal tu, mereka perasan macam ada asap keluar dari ruang kargo di bawah dek tu. Beberapa saat lepas tu, kapal S.S Ourang Medan terbakar dan meletup di tengah lautan. Nasib baik kru Silver Star dah turun lepas jenguk kawasan kapal Ourang Medan, kalau tak… Malangnya, mayat-mayat tu dah tak dapat dibawa atau dilakukan autopsi supaya dapat tau apa yang membunuh mereka.

Misteri ni hanya diketahui ramai lepas laporan dari Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Profesor dari Jerman kata S.S Ourang Medan wujud

Tragedi ni pertama kali ditemui dalam laporan dari pihak Pengawal Pantai Amerika Syarikat pada Mei 1952, yang turut memasukkan beberapa deskripsi dari saksi yang dikatakan melihat sendiri keadaan S.S Ourang Medan. Mungkin saksi ni salah sorang anak kapal Silver Star kot. Sebuah usaha pengesahan dan penjejakan bukti yang dilaporkan oleh Historic Mysteries.com kata tragedi ni pun masih lagi boleh diperdebatkan.

Ourang Medan Exist
Via Skeptics.stackexchange

Antara hujah yang meragukan kewujudan kapal ni adalah dari segi teknikaliti kapal, khususnya nama dan hal ehwal pendaftaran kedua-dua kapal yang kami dah sebut tadi iaitu Silver Star dan Ourang Medan. Nama kapal Ourang Medan macam takde je kat dalam mana-mana rekod, berbeza dengan Silver Star yang memang disebut dalam rekod pendaftaran kapal.

Tambah lagi, dalam rangka masa Ourang Medan tu ditemui… kapal Silver Star tu dikatakan belum pun dinamakan sebagai ‘Silver Star’. Sebaliknya, ia didaftarkan di bawah nama lain iaitu Santa Juana. Lepas kapal tersebut dibeli oleh syarikat kargo Grace Line, barulah ia dinamakan sebagai ‘Silver Star’.

Register Silver Star Park
Via Skeptics.stackexchange

Namun dalam hujah berlawanan jugak, sorang profesor dari Jerman iaitu Professor Theodor Siersdorfer kata S.S Ourang Medan tu wujud berdasarkan sebuah naskhah berbahasa Jerman pada 1947 yang nampaknya menjawab semua persoalan termasuklah kandungan kargo yang dibawa oleh kapal tersebut. Naskhah Das Totenschiffin der Südsee dakwa kargo tu mempunyai bahan terlarang dan bahaya seperti kalium sianida (potassium cyanide) dan nitrogliserin.

Jika dakwaan ni benar, secara langsung ia membuktikan kematian kru kapal tu memang takde kaitan paranormal dan mungkin berpunca dari kegagalan mereka nak simpan bahan tu terutamanya kalium sianida. Keracunan kalium sianida sememangnya boleh membawa maut. Oleh bahan terlarang ni jugak menjelaskan kenapa mereka takde dalam pendaftaran kapal. Bawa benda haram, dengan kapal haram supaya tak mudah dikesan.

Sumber yang turut membuktikan kewujudan S.S Ourang Medan pun terdapat dalam fail CIA yang kini dah dinyahsulitkan. Dalam sebuah surat yang dihantar oleh C.H Marck Jr. pada 1958 kepada wakil kerajaan Amerika, dia ceritakan secara ringkas mengenai S.S Ourang Medan termasuklah menyelitkan pandangan peribadinya yang banyak kaitan dengan hal ramalan dari kronikel Inggeris.

Surat Cj Marck
Via CIA

Undang-undang maritim kena diperketat, jangan jadikan peristiwa Beirut berulang kembali

Kembali ke dunia abad ke-21, peristiwa letupan Beirut yang menggamit perhatian dan simpati seluruh dunia ni menjadi bukti bahawa undang-undang maritim dan kelautan antarabangsa ni kena diperketat dan terus dipantau. Kami dah ringkaskan cerita pasal kenapa ia terjadi, termasuklah skandal perniagaan yang besar.

Kejadian S.S Ourang Medan banyak sekali diceritakan dalam sudut paranormal atau supernatural, tetapi apa yang lebih jelas adalah risiko penyeliaan dan pengangkutan bahan kimia yang berbahaya. Kat Beirut, ammonium nitrat dilonggok tanpa penyeliaan serta prosedur keselamatan yang rapi. Untuk S.S Ourang Medan, boleh jadi kesilapan yang sama jugak berlaku pada waktu tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *