Tengah takde air ke tu? Jom baca pergaduhan Malaysia dan Singapura tentang air

F1

Bila sebut pasal pengairan ni, ramai sebenarnya yang tak sedar sangat pasal kepentingan air sehingga air tu tiba-tiba terputus bila nak mandi atau nak cuci kain. Namun pada zaman dulu, kegunaan air ni lebih dari sekadar kegunaan domestik je… ia pun turut digunakan sebagai tanda sempadan pemisah antara sesebuah kawasan dan menjadi kunci utama pembangunan sesebuah kawasan.

728 X 90

Kali ni kami nak imbau semula sejarah air kat Johor-Singapura pulak. Di masa kini, terdapat beberapa kali Malaysia dan Singapura terpaksa berunding berkali-kali untuk mendapatkan kadar jualan air yang adil untuk kedua-dua pihak. Jadi kami rasa menarik jugak untuk ketahui macam mana situasi Johor-Singapura dulu dalam isu air.

Air Malaysia Singapura
Via Facebook

British mulanya tak nak urus hal tali air Singapura, namun kemarau teruk buatkan British terpujuk

Salah satu perkara yang British tak nak buat sebenarnya adalah terlalu memajukan sesebuah kawasan sehingga masyarakat setempatnya dah mulai jadi pandai. Benda ni pun boleh dilihat dalam tindakan British yang acuh tak acuh dengan kebajikan masyarakat hingga tragedi kapal hampir karam, barulah mereka nak ambil tindakan sewajarnya.

Lebih kurang samalah dengan kes di Singapura dulu. Memandangkan Singapura ni dinilai tinggi oleh British, mereka menumpukan banyak aspek untuk membina ekonomi berbanding nak bina infrastruktur. Dulu-dulu masyarakat di Singapura tak begitu ramai, dan isu air tak begitu teruk memandangkan ramai yang boleh hidup dengan air telaga dan mana-mana sumber air semula jadi.

Singapura Maju
Sekarang Singapura dah maju.. Via Siakap Keli

Tapi bila dah semakin ramai yang berpindah ke Singapura dan terus subur berkembangnya populasi di sana, keperluan air semakin meningkat. Pada mulanya British memang tak ambil pusing sangat sampailah bekalan air pun semakin kritikal. Tan Kim Seng, sorang saudagar Cina yang kaya tawarkan $13,000 untuk bangunkan infrastruktur tali air pertama di Singapura dengan syarat air tu mesti diberi kepada masyarakat secara percuma.

Cadangan tu sengaja ditangguh-tangguhkan pertimbangan oleh British, dan menolaknya apabila dianggarkan infrastruktur tu sebenarnya menelan lebih dari $13,000. Maksudnya, British tak nak lah tanggung lebihan kos yang mungkin wujud jika projek tu diteruskan jugak. Tapi keputusan ni berubah apabila tibanya musim kemarau teruk pada 1864.

Tap Water Kids Sg
Via National Library Singapore

Infrastruktur tersebut seperti tadahan air mula beroperasi pada 1878 di Thompson Road, dan dialirkan kepada kawasan penempatan di sana serta mengenakan caj penggunaan air kepada mereka. Beza sangat dengan apa yang Tan Kim Seng cadangkan dulu. Sudahlah infrastruktur tu pun tak cukup memenuhi keperluan pengguna, sehingga terpaksa dicatu kepada 12 jam sehari je boleh guna.

Johor banyak bekalan air, mulalah urusan jual beli air antara Singapura dan Johor

Kawasan Singapura yang dikelilingi laut dan kecil menyebabkan British terfikir nak beli air je daripada terus membangunkan infrastruktur yang tentunya menelan lebih banyak kos di pihak British. Johor pulak kebetulannya mempunyai banyak sumber air tawar, lagi-lagi sampai kini salah sebuah sungai antara Johor dan Melaka iaitu Sungai Kesang pun jernih kebiruan.

Idea ni bermula pada 1920, dengan perkenan kerajaan negeri tu, British mula mencari di mana sumber yang boleh dimajukan dan mungkin, boleh disalurkan kepada Singapura. Kajian tersebut diketuai oleh En. S.G William, sorang jurutera. Dia sasarkan ada dua sumber alternatif yang sesuai digunakan iaitu dari Pulai dan Pelepah.

Waterworks Thompson Road
Loji air di Thompson Road suatu masa dulu.. Via Roots.sg

Rundingan air kemudiannya dilakukan antara Johor dan Singapura pada 1927, isu terbesar dalam rundingan ni adalah bukan tentang air, sebaliknya tentang sewaan tanah yang terlibat dalam skim rancangan British tu. Kerajaan Johor ketika tu cadangkan 30 sen setiap ekar untuk 2,000 ekar pertama dan $5.00 ekar untuk semua tanah melebihi 2,000 ekar tu.

British masa tu pun berkira-kira jugak, sama ada nak sewa kat Pulai atau kat Sungai Lengiu. Tak nak mengaku kalah, British pun terus berunding mengenai hak dan harga sewaan tanah tu dengan Johor sehinggalah kerajaan Johor memberi beberapa syarat iaitu Singapura boleh guna sumber air dan bangunkan apa-apa berkaitan dengan sumber air je dan apa-apa kerosakan daripada usaha pembangunan tu harus segera diperbaiki.

Empangan Pulai
Kerja pembinaan empangan Pulai sedang dilaksanakan.. Via remembersingapore.wordpress.com

Pembangunan sumber air tu pun sebenarnya tak hanya dimanfaatkan oleh Singapura, sebab Johor pun dibenarkan guna jugak dengan kuantiti yang telah dipersetujui dalam rundingan air pada 1927. Mengikut Dr. A Rahman Tang (2013), penggunaan air yang ‘ditarik’ ke Singapura adalah 15 kali ganda berbanding apa yang digunakan oleh Johor.

Jika dilihat sekarang, kita pun masih lagi cuba runding perjanjian air ni beberapa kali dengan Singapura memandangkan situasi antara kedua-dua negara dah berubah dan populasi penduduk kedua-dua negara jugak semakin bertambah. Yang pasti, Malaysia sebagai negara berdaulat dan disegani negara lain tak mudah tunduk dengan kehendak negara lain sebab kita mempunyai dasar luar negara yang cukup baik jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *