Luqman ke KV Kortrijk, kami cerita bagaimana kaptalis menguasai bola sepak

Lalalo

Baru-baru ni kita dapat berita gembira apabila penyerang skuad Bawah 18 (B-18) negara, Luqman Hakim Shamsudin bakal menandatangani kontrak bersama kelab Belgium, KV Kortrijk. Luqman yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-18 pada Mac 2020 akan jalani latihan bersama Cardiff City FC pada awal Januari depan sebelum menyertai KV Kortrijk selama lima tahun selepas genap 18 tahun.

Via Utusan

Benda ni bermakna Luqman bakal menjadi pemain pertama negara dan keempat di Asia yang akan beraksi kat liga Belgium. KV Kortrijk kini berada di tangga ke-11 liga utama Belgium merupakan milik Tan Sri Vincent Tan.

Okay, cukup cerita pasal Luqman. Korang tahu tak bola sepak dah jadi hamba wang?

Satu ketika dahulu di Britain, bola sepak dikenali sebagai sukan rakyat marhaen – kelas pekerja. Golongan elit akan bermain ragbi. Bola sepak merupakan cara pekerja yang penat di kilang mengisi masa lapang.

Bill Shankly, Pengurus legenda Liverpool pernah kata; “Sosialisme yang saya percaya adalah semua orang bekerja ke arah matlamat yang sama dan semua mempunyai bahagian di dalam habuannya. Itulah bagaimana saya melihat bola sepak, itulah bagaimana saya melihat kehidupan.”

Via LawInSport

Tapi, mengikut analisis the Conversation, hari ni bola sepak sudah berubah, kesan kejayaannya sendiri sehingga ia didorong oleh wang. Bola sepak masih mempunyai dokongan ramai – sukan paling popular dengan empat bilion pengikut kat seluruh dunia. Kalau ikut FIFA, 270 juta orang terlibat secara aktif di dalam sukan ni.

Via Spotkeeda

Di dalam struktur bola sepak profesional, pemain-pemain elit bermain di Liga Perdana Inggeris, La Liga Sepanyol, Bundesliga Jerman, Serie A Itali dan Ligue 1 Perancis. Kemuncak persaingan ini adalah Liga Juara-Juara.

Setiap kali musim perpindahan berlaku, duit akan mengalir macam sungai untuk beli pemain…

Setiap kali musim panas nilai perpindahan pemain melonjak naik, didorong kontrak penyiaran yang lumayan meskipun penonton mula menurun. Di Malaysia misalnya, meskipun memegang monopoli televisyen satelit, Astro akan pastikan diorang buat bidaan tertinggi untuk mengekalkan hak penyiaran Liga Perdana Inggeris.

Via Giphy

Nilai perpindahan pemain dah mencecah ratusan juta euro. Kelab-kelab yang lebih kecil seperti Ajax Amsterdam yang tak dapat lagi dapat bersaing juga mencari ke hulu ke hilir bakat-bakat baru untuk dijual kemudian hari. Ada pemain-pemain yang tak dibeli kerana bakat, sebaliknya kerana kebolehan nama mereka untuk menjual jersi pasukan di pasaran-pasaran yang besar.

Stadium-stadium yang dahulu diisi golongan pekerja kini menumpukan cara meraih hasil dari syarikat-syarikat korporat dan harga tiket semakin melonjak untuk membiayai persaingan kelab.

Via Nexter

Jika umumnya Amerika Syarikat dianggap pengamal kapitalis paling besar, sementara negara-negara Eropah lebih kepada model sosial demokrat, hal sebaliknya berlaku dalam bidang bola sepak. Sukan di Amerika lebih saksama tentang perolehan pemain sementara sukan di liga-liga utama Eropah lebih bersifat kapitalis.

Di peringkat antarabangsa seperti Piala Dunia, mitos negara bangsa boleh dilakar. Dahulu negara mempunyai peperangan untuk mencipta rasa patriotisme, kini acara sukan. Ironisnya di Liga Perdana Inggeris, hanya minoriti pemain Inggeris bermain di sana.

Via Giphy

Tapi penyokong-penyokong tak kisah. Mereka mahu kelab mereka menang Liga Perdana dan Liga Juara-Juara, dan tidak kisah siapa pemain atau pemilik kelab asalkan mereka dapat membawa kejayaan.

Sukan juga jauh lebih berpengaruh daripada politik; orang bercakap dan berdebat tentang butir-butir sukan setiap ketika. Orang biasa boleh menjadi bersemangat dan berpengetahuan. Politik adalah elitis, teknikal dan bersifat samar-samar. Sukan pula adalah populis.

Sukan melibatkan banyak benda, salah satunya boleh jadi alat perpaduan…

Pertama sekali kami saja je nak bawak korang berfikir tentang keadaan bola sepak kita yang dahulunya ‘dimiliki’ oleh kelas pekerja, tapi hari ni dah dimakan enak oleh kapitalis. Kemudian, kita perlu ucapkan selamat maju jaya jugak kat Luqman, moga dia akan bersinar kat sana. Waktu menonton Malaysia bermain dalam apa jua sukan; terutamanya bola sepak – rakyat punyalah bagi sokongan yang padu.

Via BolaDaily

Semangat ni yang kita perlu bawak dalam kehidupan kita sehari-hari, kat Malaysia khususnya. Kewujudan rakyat yang berbilang kaum bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti tapi diraihkan. Jom pergi stadium?

Bahagian yang menerangkan peranan wang dan bola sepak diambil dan disunting daripada artikel Bola: dari sukan rakyat marhaen, kini industri kapitalis terbitan BolasepakMY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *