Selamat jalan Shebby Singh, legenda bola sepak Malaysia yang dah latih kelab antarabangsa

shebby1

Seluruh peminat bola sepak berduka cita dengan khabar pemergian sorang lagi bintang dan tokoh sukan, Serbegeth Singh. Lebih terkenal dengan gelar Shebby Singh, dia dah bawa nama Malaysia ke pentas antarabangsa baik dari segi prestasinya sebagai pemain bola sepak, jurulatih dan pengacara serta pengulas program televisyen antarabangsa. Begitu masyhurnya seseorang tu jugak apabila rakan-rakan lama, termasuklah Yang di-Pertuan Agong pun zahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Sebby Singh.

Kali ni, kami nak kongsikan sedikit detik-detik emas Shebby dan detik-detik akhirnya sehingga waktu jenazahnya diuruskan di pusat pembakaran mayat di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

sheby 1024x576
Via Utusan

Bermula sebagai pemain yang cukup gemilang, pengalamannya ditumpahkan ke dalam padang sepanjang hayatnya

Dilahirkan pada 20 Ogos 1960, dia merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia yang berketurunan Punjabi. Dia memulakan kariernya sebagai pemain pertahanan untuk Johor FA, sebelum berpindah ke Wilayah Persekutuan pada tahun 1983. Pernah beraksi sejak 1978 sebagai kapten Kuala Lumpur F.A, dia mengetuai pasukan KL menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989. Kerjaya bola sepaknya terus bersinar kira-kira lapan tahun, dari 1978 hingga 1996. Selain berjaya muncul sebagai juara Piala Malaysia, dia jugak banyak memenangi banyak anugerah tempatan, termasuklah Piala Malaysia, Piala FA Malaysia dan kejohanan Liga Malaysia. Dia jugak dikatakan pernah bermain menentang Bayern Munich, Hamburg SV, Aston Villa dan Newcastle.

serbegeth singh foorball fb
Via FMT

Dia turut bermain bersama Negeri Sembilan FA dan Pahang FA sebelum menamatkan kerjayanya dengan Perak FA pada 1996. Dia mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan sukan antarabangsa seperti Sukan Asia 1982, 1986 dan 1990. Selain tu, dia jugak memperoleh pingat emas dalam Sukan Olimpik Asia Tenggara pada tahun 1989. Kemudian pada 2006, dia tak lagi beraksi di padang. Sebaliknya, dia jadi jurulatih pulak. Dia melatih pasukan bola sepak fiksyen bernama ‘Myteam’ untuk rancangan televisyen realiti Malaysia. Skuad ni terdiri daripada pemain bola sepak amatur negara dan diorang dibawa melawat ke tempat latihan Manchester United dan menghadapi pilihan pemain United. Permainan berakhir dengan cabaran tanpa gol. ‘Myteam 2’ seterusnya disiarkan pada 2097 dan kalah 2-0 kepada pasukan bola sepak Indonesia.

Pada tahun yang sama jugak, dia dilantik sebagai penasihat teknikal kepada kelab Liga Super Malaysia Melaka TMFC selepas jurulatih terdahulu, Irfan Bakti Abu Salim dipecat. Walaupun begitu, cuma setahun je dia kat sana. Selain tu, dia muncul sebagai penganalisis bola sepak di televisyen Asia Tenggara dan pernah jadi pengacara rancangan Malam ini… Shebby di Astro Ria.

shebbywiki old pic
Via Wikimedia

Pengalamannya sebagai jurulatih dan penganalisis bola sepak mengangkat dirinya sebagai penasihat global dalam Blackburn Rovers FC. Dia muncul dalam program sukan BBC dan banyak memainkan peranan dalam situasi dalaman kelab sukan Blackburn. Dia terus aktif menjadi pengulas media sehinggalah hari kematiannya pada 14 Januari 2022, ketika dia berusia 61 tahun. Mendiang difahamkan mengalami kesesakan nafas semasa menjalani aktiviti berbasikal. Setakat ni, ramai kata dia sakit jantung semasa tengah berbasikal.

Jasa dan semangat mendiang tersemat dalam kerinduan, Yang di-Pertuan Agong kata pemergiannya satu kehilangan besar

Antara orang yang terakhir melihat kelibatnya adalah ketua pasukan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak. Menurut laporan Harian Metro, Aidil sempat tegur Shebby sekitar pukul 5.15 selepas ambil anaknya dari latihan bola. Rumah diorang tak jauh jarak antara satu sama lain.

“Saya nampak dia (Serbegeth Singh) petang tadi dalam pukul 5.15 ke 5.30 dekat ‘area’ rumah kami selepas ambil anak dari latihan bola. Rumah saya dengan dia tak jauh.

Dari jauh saya nampak siapa yang naik basikal putih dan baju putih waktu panas macam ini, bila saya dekat rupanya dia. Saya pun angkat tangan dan dia pun angkat tangan juga”.- seperti yang dilaporkan Harian Metro

shebbybasikal
Via Murai.my

Teguran terakhir tu rupanya seakan satu lambaian akhir, apabila Shebby dilaporkan jatuh pengsan akibat sesak nafas semasa berbasikal di Iskandar Puteri, Johor. Aidil jugak mengakui tak sedap hati dengan keadaan Shebby masa tu. Terakhir dia lihat Shebby, wajahnya kelihatan penat dan pucat walaupun baru je mulakan kayuhannya petang tadi.

“Masa saya angkat tangan dan dia balas balik, saya nampak macam dia penat mungkin sebab bahang cuaca. Saya rasa dia baru saja nak berkayuh sebab rumahnya tak jauh lebih kurang satu kilometer saja dari tempat saya jumpanya,” – seperti yang dilaporkan Harian Metro

Pemergian Shebby lantas menjadi bualan ramai di seluruh dunia, oleh disebabkan penglibatan beliau sendiri selaku hos, pengacara dan pengulas bola sepak yang dikenali di peringkat antarabangsa. Dollah Salleh, bekas rakan seperjuangan dan jugak sorang jurulatih negara masih teringat-ingat pepatah semangat yang selalu dilontarkan Shebby. Ucapan “kita boleh buat, jangan takut game ni, kita boleh makan team ni” segar dalam ingatan Dollah Salleh. Fandi Ahmad, bekas pemain kebangsaan Singapura dan bekas rakan sepasukan Shebby dulu turut memuji kelantangan dan semangat Shebby hingga digelar ‘jeneral’ pasukan semasa era bola sepak 80-an.

“Shebby seorang yang berterus terang iaitu akan menyatakan perkara yang sebenarnya apa terjadi di padang untuk kita perbaiki lagi kualiti permainan.

Paling penting, apa jua keadaan beliau tetap dengan karakternya yang akan memberi semangat dan kritikan pedas bagi memastikan rakan sepasukan bermain bermati-matian. Saya banyak menghabiskan masa bersama dengannya kerana ketika itu kerana kami bermain dalam pasukan yang sama dalam tempoh yang lama,”- seperti yang dilaporkan Harian Metro

fam/bangladesh
Via NSTP

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah zahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Shebby. Turut menzahirkan ucapan takziah, Raja Permaisuri Agong, Tunjuk Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua bertitah;

“Seri Paduka Baginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak negara,” – seperti yang dipetik Sinar Harian

Pemergian Shebby tentunya satu lagi kejutan buat arena bola sepak negara. Sejak hujung tahun lalu, kita dah kehilangan ramai bintang sukan, seperti legenda Datuk M Kuppan, Datuk Mohamad Bakar dan Mat Noh dan ia sangat dirasai dalam jiwa peminat bola sepak negara. Jasad mendiang Shebby Singh akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk diuruskan mengikut istiadat masyarakat Punjabi di Pusat Pembakaran Mayat Jalan Loke Yew.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *