Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Fd
Teknologi

Artificial Intelligence ni dah boleh buat berita palsu, habislah cybertrooper politik

By Maisarah
August 18, 2019 3 Min Read
Comments Off on Artificial Intelligence ni dah boleh buat berita palsu, habislah cybertrooper politik

Di era Malaysia Baru ini, masihkah anda ingat pada akta berita palsu yang pernah kecoh sebelum PRU14 dahulu? Masa itu kecoh betul bila akta ini nak dibahaskan di parlimen. Sebabnya ramai yang anggap akta ini bermotifkan politik saja.

Tapi tak lama mana pun kekecohan itu. Selepas Pakatan Harapan menang PRU14, akta ini dah dimansuhkan. Oklah, alang-alang kita cakap pasal berita palsu, kami nak kongsi juga sesuatu yang menarik dan agak menyeramkan.

AI bakal ganti Cybertrooper buat berita palsu (fake news), habislah cybertrooper tak boleh cari makan

Kalau anda nak tahu, sekarang dah ada teknologi Artificial Intelligence (AI) atau Kepintaran Buatan yang boleh menjana berita palsu! Fuh, bukan main zaman sekarang ini, makin nak menghampiri Revolusi Industri 4.0, makin banyak kerja digantikan dengan sistem pintar. Habislah cybertrooper kat media sosial, dah tak boleh cari makan. Huhu.

Gigih ni haa hentak-hentak keyboard – via Giphy

Teknologi ini dibangunkan oleh Allen Institute for Artificial Intelligence dan University of Washington. Sistem AI ini dinamakan sebagai Grover. Dengan hanya mengisi tajuk atau headline, sistem ini akan menjana beratus-ratus perkataan yang bermakna dan mampu buat anda percaya pada tulisan tersebut, walaupun tidak ditulis oleh manusia. Yang paling penting, tulisan palsu itu nampak seperti dilaporkan oleh portal berita yang terkemuka macam New York Times atau CNN (kalau di Malaysia macam level Astro Awani lah kot). Peh, rasa macam tak boleh percaya, kan?

Bagaimana sistem ini dibina?

Asalnya, sistem ini dibina untuk mengenal pasti berita palsu. Eh, terbalik pula? Okay, sebenarnya macam ini… Sebelum nak kesan berita palsu, sesuatu sistem itu mesti “belajar” dahulu macam mana berita palsu dihasilkan. Kaedah ini dinamakan sebagai machine learning.

Machinelearning3
Machine pulak yang kena study – via GeeksforGeeks

Sistem ini akan menganalisa sebanyak mungkin artikel berita sebenar. Sebanyak 120 gigabytes data dari 5000 artikel yang tersenarai dalam Google News digunakan untuk melatih sistem ini. Dengan data-data tersebut, sistem ini dapat membezakan artikel yang ditulis oleh manusia dengan artikel palsu yang dijana oleh komputer (sistem bot). Dan ketepatan hasil machine learning ini ialah sebanyak 73%.

Dari kenal pasti berita palsu kepada menjana berita palsu

Sistem AI yang baik bukan sekadar dapat kenal pasti, tapi ia juga sepatutnya boleh menjana data yang cuba dikenalpasti. Macam dalam isu ini, AI nak kenal pasti berita palsu, jadi AI juga mesti kena tahu macam mana nak buat berita palsu juga.

Screenshot From 2019 08 17 22 51 55
Contoh paparan sistem Grover yang membolehkan anda menjana berita palsu – via grover.allenai.org

Sebab itulah, pengkaji yang bina sistem Grover ini bagi peluang kepada orang ramai untuk cuba buat berita palsu menggunakan sistem ini. Menarik, kan? Anda boleh cuba di laman Grover.

AI perlu dibangunkan dengan etika, sesuatu yang sukar untuk para pengkaji…

Walaupun kajian dalam bidang AI masih banyak yang memerlukan masa untuk mendapatkan hasil, tapi kita kena sedar juga, dalam meniti arus kepantasan sistem maklumat ini, jangan tinggalkan etika. Teknologi hanyalah alat. Tapi kita sebagai manusialah yang kena letakkan etika dalam setiap teknologi yang dibangunkan.

Cakap pasal AI teringat Terminator – via Giphy

Tidak dinafikan, seperti Grover, niat asal untuk mengenal pasti berita palsu adalah baik. Tapi kajian ini tidak akan berhasil tanpa melakukan kaedah yang terbalik dari matlamat asal, iaitu mereka juga perlu membina sistem yang boleh menjana berita palsu. Oleh itu, tidak mustahil sekiranya pengkaji yang mengabaikan etika akan turut mengeluarkan teknologi yang bertentangan dengan matlamat asal kajian ini.

 

*Artikel ini diolah dari sumber asal di FastCompany.com

Author

Maisarah

Follow Me
Other Articles
Hj
Previous

Ketua Polis Besut ditetak sehingga putus jari oleh jiran sendiri

Palace V Wimbledon
Next

5 kelab bola sepak power yang sudah hilang daripada muka bumi ini…

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme