Pembaziran makanan kita dapat selesaikan isu orang yang lapar. Ini ceritanya

F1
Pembaziran makanan kita dapat selesaikan isu orang yang lapar. Ini ceritanya

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, ramai yang bergegas pergi ke kedai untuk beli makanan. Diorang pulang dengan bawak banyak bekalan makanan untuk simpanan beberapa mingu. Cuma ada sebilangan besar orang yang tak dapat lakukan hal ini – diorang adalah kumpulan B40 yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Masalah pertumbuhan ekonomi dan hilangnya pekerjaan telah mempengaruhi kehidupan kebanyakan keluarga miskin. Diorang rasa lebih sukar untuk dapatkan makanan, lebih-lebih lagi mendapatkan makanan yang berkualiti tinggi dan berkhasiat.

728 X 90

Sebenarnya orang-orang yang tak dapat makanan ni dapat diselamatkan dengan pembaziran makanan kita

Sebuah NGO, The Lost Food Project (TLFP) lakukan apa yang diorang termampu untuk berikan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan. Pengurus Besar TLFP, Syazwan Mokhtar beritahu Free Malaysian Today yang keadaan makanan bagi kumpulan B40 amat kritikal. Katanya, tak sampai pun seminggu PKP pada bulan Mac, diorang menerima banyak panggilan dari organiasi kebajikan dan masyarakat B40 berkenaan masalah bekalan makanan.

Lifestyle Foodpic 3
Syazwan, Pengurus Besar TLFP. Via Free Malaysian Today

Ramai anggota keluarga berpendapatan rendah kehilangan sumber pendapatan mereka, pandemik ini menyebabkan mereka yang kehilangan pendapatan dan perlu berjuang untuk menampung perbelanjaan sehari-hari. Syazwan mengatakan sebelum PKP, kebanyakan kanak-kanak dari isi rumah miskin hanya dapat makan sekali sehari, jadi keadaan pada hari ini lebih teruk.

“Kesan kesihatan akan menjadi malapetaka, memandangkan keadaan yang sudah pun membimbangkan bagi kebanyakan keluarga, bahkan sebelum COVID-19 bermula,” – Syazwan, seperti dilaporkan FMT

Lifestyle Foodpic 3
Sukarelawan TLFP mengagihkan bekalan makanan. Via FMT

Memandangkan Malaysia dianggap sebagai syurga makanan, ia mungkin hakikat mengejutkan masih ada orang yang rasa lapar dan perlu berjuang untuk mendapatkan makanan. Sebenarnya, ada lebih daripada cukup makanan untuk semua orang; tapi sebahagian besarnya jadi sia-sia (dibuang) dan bukannya diberi kepada orang lapar.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 800 juta orang yang kelaparan di dunia dengan mudah dapat bertahan dengan makanan yang dibazirkan oleh anggota masyarakat.

“Jaminan makanan bukan semata-mata untuk hasilkan lebih banyak makanan, tetapi mencari jalan keluar yang mampan untuk [mengedarkan] makanan yang telah kita hasilkan,” – Syazwan, seperti yang dilaporkan FMT

Masalah nutrisi untuk kanak-kanak semakin menjadi-jadi di Malaysia, ia perlu segera diatasi

Akses kepada pemakanan penting untuk keseimbangan keluarga B40, jika kita tak sediakan makanan berkhasiat kepada keluarga, ia boleh mendatangkan kesan yang buruk. Syazwan kata kekurangan zat makanan dan obesiti kanak-kanak miskin kanak-kanak semakin menjadi-jadi di Malaysia, dan penting untuk mengekang trend tidak sihat ini sebelum menjadi masalah yang lebih parah pada masa hadapan.

TLFP dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain tengah lakukan apa yang termampu untuk mencari yang paling rentan dalam masyarakat.

“NGO terbina untuk menyelesaikan krisis dalam masa-masa yang getir, dan dapat memberikan bantuan, kerja yang tidak dapat dilakukan oleh banyak orang. Kami melihat ini sebagai waktu yang kritikal untuk fokus pada penyediaan makanan yang diperlukan kerana sumber makanan semakin sukar didapati, terutamanya untuk kumpulan B40,” – Syazwan, seperti yang dilaporkan oleh FMT

Walaupun pelbagai masalah yang dihadapi, TLFP semampunya menyediakan makanan kepada kumpulan yang paling berisiko, dengan memahami hakikat sekelompok orang hanya dapat makan sehari dengan makanan yang disumbangkan oleh TLFP.

Lifestyle Foodpic 3
Jom sokong TLFP! Via FMT

Pengilang makanan, sama ada besar atau kecil memang berminat untuk membantu, tetapi koordinasi yang kurang kemas membuatkan mereka ragu-ragu. Di pihaknya, TLFP bertindak sebagai wakil logistik untuk memberikan makanan yang disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Kerajaan juga ada peranan yang harus dimainkan, mereka harus bercakap dan menyelesaikan masalah pada skala yang lebih besar. Polisi jangka masa panjang untuk sisa buangan makanan, hak asasi manusia, dan sistem bantuan untuk NGO. Isu-isu merupakan beberapa hal yang dicadangkan Syazwan.

Lifestyle Foodpic 3
Via FMT

Orang awam boleh membantu dengan mengurangkan pembaziran makanan di rumah. Berdasarkan kajian tempat pembuangan sampah oleh SWCorp, rakyat Malaysia membuang 3,000 tan makanan yang dapat dimakan setiap sehari. Kebanyakan sisa makanan ini dibuang dari rumah orang biasa, berbanding restoran.

Jom sokong TLFP yang tengah adakan Rice Bucket Challenge untuk membantu mereka yang memerlukan

Kehadiran NGO macam TLFP ni memang amat diperlukan, lebih-lebih lagi dalam krisis COVID-19 ni. Masih ramai orang di luar sana yang tak dapat akses kepada makanan, dan dalam masa yang sama – ada banyak makanan yang masih boleh dimakan dibuang macam tu je. Bagi mereka yang berniat untuk bantu TLFP, korang bolehlah salurkan bantuan kepada 5148 9706 8927 (Maybank) atau sertai Rice Bucket Challenge yang tengah diorang anjurkan.

 

Artikel ini  diterjemahkan dan disunting dari artikel Free Malaysian Today yang bertajuk B40 income group in crisis, says food bank.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top