GOOGLE merayakan orang Malaysia dengan ‘doodle’, ini cerita orang itu

F1
GOOGLE merayakan orang Malaysia dengan ‘doodle’, ini cerita orang itu

Suatu rasa bangga muncul apabila baru-baru ni, Google meraikan tokoh kita kat logo yang terpapar di atas ruang carian. Ia merupakan suatu cara meraikan sorang tokoh yang sangat kreatif dan menarik, lagi-lagi apabila setiap rekaan logo Google Doodle turut diarkibkan untuk carian semua. Jadi kali ni, kami pun nak ikut meraikan tokoh yang kami maksudkan ni bersama Google. Siapa gerangannya? Jom lanjutkan bacaan!

Google Benedict Sandin
Google Doodle yang hangat diperkatakan… Via Astro Awani

Ahli etnografi Sarawak yang ‘terlupakan’, dikenang kembali menerusi Google Doodle

Kami pasti tak ramai dalam kalangan umum yang mengenali nama ahli-ahli etnografi Malaysia, termasuklah ahli-ahli saintis sosial yang lain. Kita mungkin boleh terima kemungkinan bahawa ramai yang dah kenal kelompok sejarawan Malaysia seperti Prof Emeritus Ahmat Adam, mendiang Dr. Khoo Kay Kim dan anaknya Eddin Khoo. Kami pernah turut sama dalam majlis ilmu yang membincangkan Rukunegara bersama Eddin Khoo dulu.

728 X 90

Namun jikalaulah korang perasan, tokoh-tokoh ilmu dari Sabah dan Sarawak tu dah agak jarang orang dengar. Oleh demikian, inisiatif Google Doodle mengangkat tokoh dari Borneo sememangnya suatu usaha yang berimpak tinggi. Pada 17 Oktober lalu, Benedict Sandin dikenang kembali dan menjadi antara topik carian warga maya tempatan.

Google Trends Sandin
Carian Benedict Sandin dalam Malaysia.. Via Google Trends

Benedict Sandin ni, atau dengan nama lahirnya Sandin anak Attat lahir pada 18 Oktober 1918 dalam sebuah rumah panjang di Sungai Paku, Kerangan Pinggai. Dia merupakan anak sulung kepada empat beradik dan berasal dari keluarga ternama kat komuniti mereka. Datuknya sendiri adalah ketua suku kaum Paku Iban, maka tak hairanlah Benedict Sandin begitu berdedikasi dalam menyumbang bakti dalam bidang keilmuan.

Sumbangan Benedict Sandin ni cukup besar, dan memang wajarlah untuk kita telusuri sejarah hidup tokoh Sarawak ni. Latar keluarganya ni jugak membolehkan dirinya lebih menonjol dalam kalangan tempatan, khususnya di dalam sistem pentadbiran kerajaan yang ada di Borneo dulu. Tapi korang jangan salah pulak, Borneo Utara dan Sarawak tetap dikendalikan oleh entiti yang berbeza ye…

Benedict Sandin
Ni lah dia Benedict Sandin.. Via KwikNews

Bakat Sandin tak tersia-siakan, berjaya merekodkan banyak tradisi lisan hingga menjadi sumber rujukan utama masyarakat zaman kini

Pada 1941, Sandin berjaya diserap masuk ke dalam pentadbiran kerajaan Sarawak di bawah Rajah Brooke sebagai pegawai tempatan. Lepas Perang Dunia kedua, dia kemudian dipanggil semula untuk berkhidmat dalam Jabatan Pendidikan dan kemudiannya ditugaskan Pejabat Maklumat Sarawak sebagai pegawai maklumat dan berperanan sebagai editor penerbitan surat khabar berbahasa Iban pertama di Sarawak selama 2 tahun.

Dengan bakatnya yang sedia ada, Tom Harrison yang merupakan Kurator Muzium Sarawak sebelum 1963 ajak Sandin masuk ke dalam jabatan Muzium pulak pada 1952. Lepas setahun dihantar belajar di New Zealand, dia semakin aktif mempelajari semula budaya masyarakat Iban dan sejarah tempatan Sarawak.

Kurator Muzium
Senarai Kurator Muzium Sarawak.. Via Sarawak Museum Department

Dia merupakan anak Sarawak pertama yang diangkat menjadi kurator Muzium Sarawak dari 1966 hingga 1974. Lepas bersara, dia dilantik menjadi Felo Kanan Universiti Sains Malaysia. Kemudian lepas tamat tempoh lantikannya, dia kembali semula ke kampung tercinta dimana dia menghabiskan sisa hidupnya sebagai penyelidik budaya Iban hingga nafas terakhirnya pada Ogos 1982 akibat kanser paru-paru.

Sepanjang hidupnya, Sandin berjaya mengutip dan mendokumentasikan sebahagian tradisi lisan dan genealogi masyarakat Iban pada 1930-an, 20 tahun sebelum kajian sorang lagi ahli akademik ternama iaitu Derek Freeman terhadap budaya Iban. Beberapa monograf yang sehingga kini sentiasa dirujuki ramai adalah “The Sea Dayaks of Borneo before White Rajah Rule” dan “Sources of Iban Traditional History”.

Benedict Sandin Buku
Via Suara Sarawak

Kajian tradisi lisan di Borneo masih lagi perlu dipergiat, muzium kena ambil peranan aktif dalam memberi ruang dan inisiatif

Sedikit berbeza dengan lanskap budaya intelektualisme di Semenanjung Malaysia, Borneo memiliki banyak khazanah budaya yang belum lagi berjaya didokumentasikan untuk rujukan generasi akan datang. Ni banyak disebabkan oleh kekurangan dana, kekurangan tenaga kepakaran, keterbatasan geografi dan kekurangan ruang yang sesuai untuk menyimpan catatan serta kajian terbaharu.

Di Sarawak je, dah banyak elemen budaya yang ‘hilang’ disebabkan faktor perkembangan zaman dan sudah ramai generasi yang ‘menyimpan’ saki-baki cerita-cerita rakyat tu dah meninggal dunia. Kami dah tulis pasal bagaimana sorang pelukis di Sarawak ni cuba mengangkat kisah wanita Semban yang cuma tinggal 4 orang wanita berusia sekitar 69-94 tahun dah.

Wanita Gelang
Wanita Semban, atau turut dipanggil ‘Wanita Gelang’.. Via FMT

Riwayat Benedict Sandin ni harus dikenang bangga, dan pada masa yang sama, turut dijadikan inspirasi buat generasi kini dan masa depan untuk meneruskan langkah menggali pengetahuan budaya serta kearifan lokal yang ada di Malaysia. Kat Malaysia Timur, masih banyak lagi yang belum diterokai dan dikaji.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top