Janji Melayu, budaya yang sudah sebati dalam masyarakat kita

Sas
Janji Melayu, budaya yang sudah sebati dalam masyarakat kita

Istilah janji Melayu selalu bawa konotasi negatif pada orang yang mendengarnya, selalunya benda tu bermaksud seseorang tak tepati janji. Oleh sebab benda ni dah selalu terjadi – seseorang tu berjanji, tapi akhirnya dia tak tepati; ia akan digelarkan sebagai janji Melayu. Tak kisahlah yang buat tu anak Ah Chong, anak Muthu – ia tetap akan disebut janji Melayu. Benda ni dah jadi macam satu budaya kat negara kita. Sebab tu kami rasa perlu untuk kami tulis artikel pasal janji Melayu ni.

Di Jepun, kereta api jalan awal 20 saat pun syarikat akan minta maaf…

Hakikatnya, setiap bangsa ada kelemahan yang hanya boleh diatasi apabila bangsa tu sendiri menyedari kelemahan diorang dan ambik inisiatif untuk berubah jadi yang lebih baik. Menunaikan janji dituntut dalam Islam, tak kiralah perkara dijanjikan tu kecil atau besar.

Apabila seseorang berjanji pada waktu dan tarikh ditetapkan, dia kenalah tunaikan walau apa pun rintangan dan halangan mendatang. Lambang keperibadian Muslim yang baik dan disenangi terletak pada ketegasan dalam menepati janji. Mungkir janji ni adalah tanda munafik. Andai ada sesuatu yang tak boleh dielak, atau terpaksa dibatalkan. Seeloknya  dimaklumkan lebih awal supaya individu atau pihak lain tidak terus menanti.

Beberapa tahun lepas, sebuah syarikat kereta api di Tokyo, Jepun buat permohonan maaf kepada pengguna pengangkutan awam kat negara tu. Semuanya gara-gara tren Tsukuba Express meninggalkan stesen 20 saat lebih awal. Tren tu sepatutnya berlepas pada pukul 9:44:40 pagi tapi meninggalkan stesen Minami Nagareyama pada pukul 9:44:20 pagi.

Tsukuba Express berulang-alik bawak 130 juta penumpang setahun di antara Akihabara di Tokyo dan Tsukuba di Ibaraki dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit. Tiada pengguna yang membuat aduan malah tiada siapa pun perasan insiden tren tercepat 20 saat itu, namun pekerja Tsukuba Express telah diberi amaran supaya kejadian tu tak berulang.

Perkhidmatan kereta api laju di Jepun sangat terkenal dengan ketepatan masanya. Seorang penulis Jepun, Yuko Mito katakan kelewatan dalam perkhidmatan shinkansen atau kereta api laju di Jepun bermaksud lewat 1 minit daripada jadual asal berbanding 5 minit kat Jerman, United Kingdom (10 minit) dan Itali (15 minit).

Mari kita ubah budaya ni, mulakan dengan diri sendiri

Orang Jepun sentiasa berusaha tepati masa seperti yang dijanjikan. Malah mereka biasanya akan tiba di tempat temu janji lima minit lebih awal. Jika terlewat, mereka akan memaklumkan menerusi pesanan ringkas atau terus menelefon pihak ber­kenaan.

Via Giphy

Kita biasa dengar ungkapan masa itu wang atau masa itu emas tetapi orang Jepun berpegang dengan peribahasa toki wa kane yori, yang bermaksud ‘masa itu lebih berharga daripada emas.’ Masa terlalu bernilai. Wang dan emas yang hilang boleh diganti tetapi masa yang berlalu tidak akan ditemui lagi.

Sebaliknya orang Melayu ramai yang sinonim de­ngan perangai tak tepati masa. Berjanji hendak datang berjumpa pada pukul 9 pagi, pukul 10 pagi batang hidung tak nampak lagi. Kadang-kadang sampai dua jam lewat. Malah, jika ada mesyuarat penting pun kadang-kadang kita suka berlengah-lengah.

Benda ni menyebabkan orang yang menunggu rasa marah dan sakit hati sedangkan orang yang tak menepati waktu tadi buat muka selamber tak tahu malu. Perangai ni juga terbawa-bawa dalam urusan kerja dan ibadah. Kerja yang sepatutnya sudah lama selesai tidak siap-siap menjelang waktu ditetapkan. Solat lima waktu juga suka dilengah-lengahkan. Mungkin dah sampai masanya istilah janji Melayu ni diubah menjadi sesuatu yang lebih positif. Tak payah nak fikir panjang, mulakan dengan diri sendiri pun okay kot.

Semalam Azmin Ali langgar ‘janji’ yang telah disepakati…

Nak kutuk lebih-lebih pun susah jugak, sebab perangai ni bukan orang kebanyakan je buat. Ahli politik yang selalu dilihat sebagai orang ‘penting’ kat negara kita ni pun selambar je langgar janji yang diorang dah sepakati. Semalam Azmin kata dia setuju Tun Mahathir jadi Perdana Menteri sampai penggal kali ni berakhir, padahal diorang dah janji akan ada proses penyerahan kuasa. Kami pun tak tahulah kenapa dia buat macam tu, apa-apa pun itu contoh terbaru dan paling senang untuk korang hadam. Kalau pemimpin kencing berdiri, mungkin rakyat akan kencing berlari.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top