Ketika Malaysia sedang hangat dengan isu pemecatan Tun M dari partinya sendiri, Bersatu (PPBM), di peringkat global pula kecoh isu pasal Donald Trump. Iyalah, bila masa Trump tak buat hal, kan? Kali ini apa pula yang jadi? Kalau anda semua nak tahu, sejak 2 minggu lepas lagi Trump dah bagi amaran kepada WHO untuk menghentikan dana kerajaaan Amerika Syarikat daripada membiayai pertubuhan tersebut kalau tak ada apa-apa perubahan dalam masa 30 hari.
Macam biasa, Trump suka buat pengumuman di laman Twitter. Jadi ini antara tweet yang berkaitan dengan amaran tu.
This is the letter sent to Dr. Tedros of the World Health Organization. It is self-explanatory! pic.twitter.com/pF2kzPUpDv
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) May 19, 2020
Katanya, WHO terlalu berlembut dengan China, sebab itulah respon mereka terhadap penularan COVID-19 kurang diambil serius pada awalnya. Tak kurang juga, Trump turut menyelar Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus sebab terlalu menjaga hubungan dengan China.
Jadi, ‘perang’ antara Trump dengan WHO ini bermula bila Amerika Syarikat dah sekat dana kepada WHO sejak bulan April selama 60 hari. Dalam masa yang sama, ramai juga yang anggap tindakan Trump ni cuba nak alihkan isu peningkatan kes COVID-19 di Amerika Syarikat yang terlalu tinggi serta isu-isu rakyat tempatan seperti kes George Floyd yang mengundang rakyat berdemonstrasi menuntut keadilan bagi kaum kulit hitam, #BlackLivesMatter.
Selepas tarik balik dana kepada WHO, kini Trump isytiharkan Amerika Syarikat ‘keluar’ dari negara anggota WHO
Pada 30 Mei 2020, akhirnya Trump terus putuskan hubungan Amerika Syarikat dengan pertubuhan kesihatan antarabangsa tu. Masih lagi dengan sikap anti-Chinanya, Trump sekali lagi menuduh WHO adalah ‘boneka’ China.
“China has total control over the World Health Organization despite only paying $40 million per year compared to what the United States has been paying which is approximately $450 million a year,” – Donald Trump
Disebabkan tempoh yang diberikan sudah menjangkau 30 hari, jadi Trump memang bermaksud untuk bertindak seperti yang dia dah cakap sebelum ini. Kalau tak ada perubahan dari WHO seperti yang diinginkan oleh pentadbirannya, mereka akan putuskan hubungan dengan WHO.
Haa, ingat Bersatu saja boleh keluar daripada Pakatan Harapan?
Apakah WHO dan peranan sebenarnya di peringkat global?
Bila kita dah baca berita pasal Trump dengan WHO ni, mungkin ada antara kita yang tak berapa tahu sangat pasal WHO ni, kan? Ok, alang-alang tu, kami pun nak kongsi sikitlah pasal WHO ni.
World Health Organization (WHO) ialah sebuah pertubuhan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau United Nations (UN). Agensi ini ditubuhkan untuk mengkoordinasi polisi kesihatan awam sedunia. Jadi, bila ada wabak seperti SARS, MERS-CoV dan terkini, COVID-19, WHO memainkan peranan penting dalam mengekang penularan wabak macam tu.
WHO terdiri daripada 194 ahli (member states). Dan setiap ahli boleh hantar wakil dari negara mereka yang merupakan pakar dalam bidang kesihatan awam untuk menggubal polisi kesihatan di peringkat antarabangsa. Kiranya macam parlimen lah, cuma bezanya, ‘dewan rakyat’ dalam WHO ini dipanggil ‘World Health Assembly’.
Sumbangan WHO sejak 70 tahun penubuhannya, dan bagaimana diorang dapat duit
Sejak 70 tahun yang lalu, WHO telah berjaya menhapuskan wabak cacar air (smallpox), mengurangkan kes polio sebanyak 99% (tapi hari ini wabak ini muncul kembali sebab pengaruh pseudosains yang dibawa oleh gerakan anti-vaksin), serta mengekang wabak Ebola. Kejayaan terkini WHO pula ialah mereka sudah membantu negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara dalam menghadapi wabak denggi. WHO telah menyumbang kepada pembangunan klinik tempatan serta menyokong kementerian kesihatan di negara-negara terlibat dengan memberi latihan, peralatan, dana kewangan dan sumber manusia.
Walaubagaimanapun, WHO tetap juga menghadapi beberapa kritikan sebab sifat birokrasi dan politik dalaman mereka. Tak kurang juga, WHO sangat bergantung kepada dana yang diberikan oleh penyumbang-penyumbang dari negara seperti Amerika Syarikat dan China. Secara tak langsung, mereka juga berkait dengan blok-blok politik walaupun mereka sepatutnya bersifat neutral.
Ok, kita dah cerita serba sedikit pasal peranan dan sumbangan WHO. Sekarang, kita sembang pasal macam mana mereka dapat dana untuk terus beroperasi. Secara umumnya, WHO bukan bergantung 100% kepada sumbangan kerajaan dari negara-negara lain.
WHO menerima dana daripada beberapa sumber. Antaranya ialah Pertubuhan Antarabangsa, Organisasi Swasta (Private Donor), ahli (member states), dan Organisasi Induk iaitu PBB. Setiap ahli perlu membayar yuran dan yuran ini pula bergantung kepada kekayaan dan populasi negara. Senang cerita, kalau negara kita kaya dan populasi ramai, maka lagi mahal yuran yang dikenakan. Sebab itu WHO mampu biayai misi kesihatan seperti di wilayah bergolak.
Selain yuran ahli, organisasi swasta atau Private Donors yang menyumbang dana paling besar kepada WHO ialah Bill and Melinda Gates Foundation. Organisasi ini menyumbang sebanyak USD531 Juta.
Adakah tindakan Trump menjejaskan misi WHO dalam mengendalikan Pandemik COVID-19?
Ya, secara umumnya, WHO telah kehilangan penyumbang dana terbesar mereka. Namun, secara moralnya, tindakan Trump ini juga perlu dikritik. Memang WHO, melalui Pengarah Kesihatannya kelihatan sangat berat sebelah dengan China, tapi dalam masa yang sama, sentimen politik tidak sepatutnya menjejaskan organisasi seperti WHO ini.
Apatah lagi, pentadbiran Trump serta sikap rakyat Amerika Syarikat sendiri yang tidak langsung menyumbang untuk mengurangkan kesan jangkitan COVID-19 ini. Hendak menyalahkan WHO, padahal mereka sendiri tidak mengikuti nasihat dan saranan organisasi seperti WHO dan Agensi Kesihatan mereka.