Facebook dan Google gaduh dengan Australia, Malaysia juga boleh berunding

F1

Kita dah biasa dengar ‘pergaduhan’ antara sesebuah negara dengan syarikat gergasi teknologi media yang lain. Amerika Syarikat pernah gaduh dengan Tik Tok, manakala India pulak sanggup block syarikat sosial media China kerana gaduh dengan China dulu. Facebook pulak dah banyak kali diheret ke Mahkamah Agung di Amerika Syarikat terutamanya berkaitan data peribadi dan hak privasi pengguna.

728 X 90

Kali ni, Australia pulak gaduh dengan Facebook… dan Google sekali. Namun begitu, punca ‘pergaduhan’ ni tak sama dengan kes sebelum ni. Ramai berspekulasi kejayaan Australia menekan Facebook dan Google ni akan merintis lebih banyak undang-undang khas untuk mempertahankan periuk nasi organisasi media yang beroperasi di negara-negara lain sepertimana yang berlaku di Australia.

Facebook Buli
Muka depan susulan Facebook block Australia… Via AP News

Australia berjaya desak Facebook dan Google bayar syarikat media di sana lepas berdekad lamanya gunakan kandungan media secara percuma

Biasanya apabila korang masuk Facebook, korang boleh ikuti banyak berita yang dilaporkan oleh pelbagai media secara percuma. Ada jugak organisasi media yang berbayar atau menggunakan sistem langganan untuk menampung kos operasi syarikat mereka, tapi tetap menggunakan Facebook untuk berkongsi kandungan dengan para pembaca lain. Para pembaca pun turut berkongsi pautan tu sesama sendiri, merancakkan lagi lanskap komuniti dalam Facebook.

Walau bagaimanapun, Facebook jugak sebenarnya beruntung kerana orang masih lagi gunakan Facebook demi mendapatkan berita terkini. Google pun turut terlibat dalam operasi penyebaran kandungan ni, sedangkan kalau nak diikutkan… Facebook dan Google sebenarnya takde apa sangat pun. Orang nak Google, tetap nakkan informasi daripada kandungan yang disiarkan je. Samalah macam Facebook; sekarang ni dah banyak media sosial yang boleh ganti Facebook jikalau betul nak setakat berhubung dengan keluarga serta rakan taulan.

Facebook Request Friend Kawan
Via Fun 107

Hal ini disedari oleh banyak negara, termasuklah Australia. Selama 2 dekad, banyak organisasi media mendakwa Facebook dan Google ni cuma gunakan kandungan mereka untuk kepentingan dan kelangsungan syarikat mereka walhal syarikat dan organisasi media ni dah nak mati. Model bisnes penerbitan surat khabar dan majalah fizikal pun kian berubah, sehinggakan ramai terpaksa beralih ke alam digital akibat monopoli syarikat teknologi besar ni.

Dengan peralihan ni, syarikat teknologi turut ‘menumpang’ kandungan orang lain demi kelangsungan mereka secara percuma. Hal ni membuatkan ramai yang tak puas hati, dan dibawakan ke perhatian kerajaan mereka. Syarikat teknologi yang monopoli Internet, seperti Facebook dan Google; mereka suka hati je push mana-mana kandungan yang gunakan platformnya sebagai cara tarik perhatian lebih ramai secara percuma. Akhirnya, pembuat kandungan ni tak dapat apa-apa bayaran sedangkan mereka bekerja keras dan memerah tenaga kreatif sendiri.

Syarikat Teknologi Internet Untung Data Fb Google Facebook
Bagaimana syarikat Internet kaut untung? Klu: Perhatian adalah komoditi zaman kini.. -Via The Conversation

Oleh tu, Australia rangka undang-undang baharu untuk memaksa syarikat teknologi ni untuk bayar kepada syarikat penerbitan media, khususnya untuk sebarang promosi yang gunakan kandungan dari syarikat-syarikat penerbitan media lain sebagai cara pemasaran perkhidmatan syarikat teknologi ni. Tindakan ni disokong ramai, namun ia tak menggembirakan Facebook dan Google.

Facebook block Australia, sementara Google lebih awal setuju lepas rundingan bersama Australia

Australia memang dah awal-awal nak pujuk Facebook dan Google ni untuk bayar syarikat penerbitan media, selaras dengan prinsip nak kawal pasaran antara syarikat teknologi dan syarikat penerbitan media. Australian Competition and Consumer Commission (ACCC) kata usaha ni untuk menjamin keadilan jugak kepada syarikat poenerbitan media yang terpaksa jadi terlalu bergantung kepada Facebook dan Google. Selama ni, dah macam berat sebelah apabila Facebook dan Google sendiri jana duit daripada kandungan siaran syarikat penerbitan media.

Abc News Australia Facebook Block
ABC News antara yang dihalang oleh Facebook.. -via Voice of America

Usaha nak paksa Facebook dan Google bayar para penerbit kandungan media sebenarnya dah lama; beberapa negara berjaya desak Facebook bayar. Di Amerika Syarikat, Facebook laporkan pihaknya setuju nak bayar beberapa penerbit terkemuka seperti The Washington Post, The Wall Street Journal dan USA Today. Kami rasa agak adil jugaklah sebab kadangkala Facebook sendiri bertindak sebagai ‘editor’ timeline penggunanya dengan algoritma mereka.

Susulan tindakan Australia yang nak desak Facebook dan Google bayar syarikat penerbitan media ni, Google mulanya tak puas hati dan ancam nak halang akses perkhidmatan mereka di Australia. Walaupun begitu, Google tak jadi nak buat dan akur lepas rundingan kerajaan Australia berkaitan komisyen kepada syarikat penerbitan media. Facebook pulak taknak akur lagi dan tiba-tiba block Australia termasuklah beberapa halaman penting kerajaan.

Jabatan Bomba Block Fb Akaun
Jabatan Bomba pun kena block.. -Via 9News

Tindakan ni dikecam ramai sebab ‘pergaduhan’ ni sepatutnya hanya antara syarikat penerbitan media dengan kerajaan. Bukannya halaman penting kerajaan seperti jabatan bomba, laman informasi COVID-19 Australia dan jabatan polis sendiri. Tekanan Facebook ni hanya beransur-ansur diangkat, dan kemudiannya dikembalikan halaman-halaman jabatan penting kerajaan lepas rundingan kerajaan Australia tamat.

Dari satu segi, tindakan berani sebenarnya mengubah hubungan antara pengguna, syarikat penerbitan media dan syarikat platform yang suka membuli monopoli pasaran media. Mengikut fahaman kami, Facebook dan Google lebih suka berunding dengan syarikat-syarikat penerbitan besar bila sentuh pasal kewangan. Sebab tulah, pada 2014 dulu Brazil dah cuba lakukan benda yang sama; Google balas balik dengan halang akses saluran berita dalam enjin terindeks Google News Brazil.

 117159728 Facebooknewssitesaustralia
Via BBC

Jelaslah syarikat teknologi besar macam ni takkan nak kalah dengan organisasi media yang lebih kecil, walaupun wujud undang-undang yang membolehkan ‘semut-semut kecil’ mintak bayaran daripada ‘gajah-gajah’ Internet. Salah satu yang syarikat media sosial berhidupkan sumber kandungan kreatif daripada ‘semut-semut kecil’ ni adalah Tik Tok. Kelangsungan hidup aplikasi media sosial tu amat bergantung kepada kandungan pencipta kandungan secara percuma.

Yang pasti, tindakan Australia ni jugak membuatkan kami terfikir dengan keadaannya di Malaysia. Setakat ni, tak banyak tekanan yang dapat kita kumpulkan untuk mengikut jejak langkah Australia. Memandangkan perkara ni baru je berlaku, dan dimaktubkan dalam undang-undang mereka setelah lulus beberapa hari lalu; agak menarik kita ikuti perkembangan dan melihat kesannya kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *