Timbalan Menteri work from home di New Zealand dapat kecaman hebat rakyat

F1
Timbalan Menteri work from home di New Zealand dapat kecaman hebat rakyat

Menteri ni kalau takde kes, memang bukan menteri Malaysia… mesti ada je hal yang seolah nampak double-standard di mata rakyat. Ditambah lagi dengan kemelut politik dan ura-ura nakkan pilihan raya; rakyat dah muak dengan kalangan ahli politik ni. Asal ada je melibatkan ahli parlimen, pihak berkuasa terpaksa tutup mata je sedangkan rakyat gesa tindakan sewajarnya harus dilaksanakan jugak sesuai dengan kesalahan yang mereka buat. Contohnya, kes Annuar Musa yang hanya dipanggil je tapi tak didakwa walhal dikatakan langgar SOP secara terbuka.

728 X 90

Kali ni, ada sorang lagi yang mengundang kecaman dan makian berbakul-bakul dari rakyat. Malah, ni turut menjemput kita fikir masak-masak pasal status sebenar salah sorang ahli politik yang kami bakal sebut lepas ni. Ahli politik ni kami boleh katakan kurang popular jugak dan baru muncul apabila ada pihak mendedahkan dia dah lama takde di Malaysia. Macam mana timbalan menteri Malaysia… boleh takde di Malaysia ye?

Santhara
Kenal tak? Ni lah Timbalan Menteri Wilayah, Edward Santhara… Via The Coverage

Timbalan Menteri Malaysia hilang selama 3 bulan, rupanya ‘kerja online’ di New Zealand

Sarawak Report mendedahkan dalam sebuah artikel, sorang ahli Parlimen dan merangkap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ni berada di New Zealand atas urusan nak lawat keluarganya. Edward Santhara dikatakan meninggalkan tugasnya sebagai sorang ahli Parlimen, dan kakitangan kerajaan untuk bercuti kat New Zealand. Jika korang belum tau lagi, New Zealand antara negara yang paling awal berjaya kawal kadar jangkitan COVID-19 ni.

Menurut Sarawak Report lagi, Edward ni boleh dikatakan sebagai hero kepada kerajaan PN kini kerana dia merupakan antara sang katak politik yang beralih sokongan daripada PKR kepada PN. Sorang bekas ahli perniagaan, mestilah korang dah boleh bayangkan sejauh mana kayanya ahli Parlimen Segamat ni. Oleh sebab tu, adakah ni membolehkan dia dengan mudahnya boleh suka hati tinggalkan kerjanya sebagai wakil rakyat untuk hidup kat tempat lain sejak akhir tahun lalu?

Dr Santhara
Tangkap layar dari profil Edward Santhara.. Via Sarawak Report

Sumber kepada SR yang merupakan salah sorang penduduk Segamat mendakwa, wajah wakil rakyat mereka ni langsung tak kelihatan khususnya semasa banjir pada awal tahun ni. Ingat tak banjir besar awal tahun ni? Banyak negeri terjejas teruk, sehinggakan kapal berusia lebih 100 tahun boleh ditemukan di Pahang. Masa tu, wakil PAS kata banjir besar tu salah hujan.

“Kawasan konstituennya dilanda banjir pada Januari, tapi dia tak berada di sana untuk turun membantu rakyat – semua acara dihadiri oleh pembantu khasnya. Awal Januari sewaktu meraikan Hari Wilayah, Santhara turut dikurniakan gelaran Datuk Seri oleh Agong tapi dia tak ada di Malaysia untuk terima gelaran kurniaan tersebut kerana dia ada di New Zealand masa tu!”- Seperti yang dipetik Sarawak Report

SR menyisipkan jugak beberapa tangkap layar bantuan-bantuan yang dah diagihkan oleh para pegawai Edward Santhara, membuktikan bahawa walaupun profil Facebook rasminya sentiasa terisi dengan usaha prihatinnya kepada pengundinya; dia takde di Malaysia. Laporan SR ni turut mendapat perhatian Najib Razak, seterusnya dikutip oleh saluran-saluran berita lain seperti FMT. Malaysiakini laporkan dia sempat pulang ke Malaysia hanya sehari sebelum Hari Wilayah pada 1 Februari, tapi kembali ke New Zealand semula lepas tu.

Khabar ni menerima banyak reaksi negatif daripada rakyat. Dahlah wakil rakyat dilayan istimewa dan dilihat ‘kebal’ dari tindakan undang-undang; orang nak rentas daerah pun susah, nak rentas negeri pun kena banyak alasan, lepas tu ni pulak rentas negara… ke negara yang dah bebas COVID-19. Ramai warganet mempertikaikan tindakannya, namun yang menarik perhatian kami adalah khabar angin yang dakwa anak serta isteri Edward Santhara berstatus Permanent Resident di sana.

Edward Santhara kena buat satu lagi kenyataan menolak dakwaan ni sekiranya khabar angin ni hanyalah gosip politik semata-mata. Akan tetapi, bagaimana kalau khabar tersebut ternyata benar? Apa status kewarganegaraan Edward Santhara, dan apa sebenarnya dia buat kat Malaysia seandainya keluarganya sendiri tak tinggal di Malaysia? Mampukah dia menanggung tugas-tugasnya di sini? Persoalan ni kena dirungkai oleh tuan empunya badan…

Ugut nak saman media yang lapor, tapi keluarkan kenyataan mengesahkan dia memang ada New Zealand

Memandangkan ‘rahsia’nya dah bocor, dia yang sedap-sedap kat New Zealand balas dakwaan SR ni dengan ugutan nak saman media. Dalam kenyataan rasminya, sempat lagi dia tuliskan ‘media tak bertanggungjawab’ dakwa dia kat New Zealand… dengan selanjutnya menjelaskan kenapa dia kat New Zealand. OIeh disebabkan kenyataan rasmi tersebut agak panjang berjela, kami cuba ringkaskan penjelasan Edward Santhara.

Dia kata dia dah mohon cuti selama 55 hari pada 3 Disember 2020. Taulah PM kita; amatlah ‘penyayang’ terhadap menteri-menterinya, jadi kena luluskanlah cuti tersebut pada 18 Disember tahun lalu. Dia dah mohon kebenaran untuk ke luar negara (MyTravelPass) secara dalam talian, kemudiannya diluluskan pada 2 November. Lepas hadir mesyuarat pada 23 Disember, dia ke luar negara dan jalani kuarantin daripada 24 Disember hingga 9 Januari.

Tujuan dia nak ke New Zealand adalah untuk lawat anak-anaknya. Dia nak guna cuti rehat akhir tahun tu untuk lawat anak-anaknya sebab dah hampir setahun tak jumpa. Isterinya pulak alami masalah kesihatan, jadi ni sekali nak jumpa semua ahli keluarganya kat sana. Kalau nak kata dia suka-suka je… acara holy communion anaknya tu pun tak dapat dia hadiri disebabkan tugas Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen.

Dia mempertahankan dirinya daripada dakwaan ramai, yang sangka dia tak hadir sesi sidang Parlimen. Rekod hadirnya sempurna ye, 100%. Sepanjang dia masuk jadi Timbalan Menteri pada Mac 2020, dia kata lagi dia tak pernah ambil cuti rehat, tak pernah cuti hujung minggu, tak cuti waktu cuti peristiwa, cuti perayaan atau tak pernah pun ambil cuti sakit.

Cuti Rehat New Zealand
Salinan surat permohonan cuti rehat… Via Facebook

Selain tu, dia kata dia memang sentiasa ambil tahu mengenai perkembangan semasa. Pencapaian dia pun berada pada tahap yang baik, dimana Kad Laporan Prestasi Parlimen Segamat, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Tahun 2020 menunjukkan prestasinya lebih 99%. Atas arahannya jugak, banyak program kebajikan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Membalas tuduhan ke atasnya daripada beberapa ahli Parlimen, dia tak keluar masuk Malaysia. Dia keluar Malaysia pun sebelum PKP dikuatkuasakan semula. Lagipun, memandangkan dia jalankan tanggungjawabnya dengan baik, dia jugak rasa dia layak ambil cuti rehat dan turut memohon cuti tanpa gaji bagi menampung cuti selama 55 hari tu.

Edward Santhara mungkin salahguna kedudukan untuk mohon rentas negara, ramai persoal macam mana dia boleh masuk NZ

Salah satu soalan panas berkaitan pergerakan Edward Santhara adalah macam mana dia boleh masuk New Zealand ketika waktu pandemik ni. Macam kita jugaklah, New Zealand amat tegas memberi kebenaran kepada kelompok tertentu je untuk masuk ke dalam negaranya. Mengikut sorang warganet, dia difahamkan bahawa NZ hanya terima kemasukan residen tetap atau mereka yang ada kewarganegaraan NZ untuk masuk.

Malahan, yang menjadi permasalahan ni bukanlah disebabkan isu cuti. Ye lah, sebagaimana yang diterangkan, cuti tanpa gaji bermakna dia tak dapat gajilah untuk beberapa bulan dia mintak tu. Tetapi yang turut menjadi persoalan ni adalah prasyarat yang membolehkan kelulusan nak keluar negara tu menerusi MyTravelPass. Macam mana pulak boleh lulus dengan begitu mudah, sedangkan prasyarat yang tertera dalam laman web rasmi Jabatan Imigresen ‘bercanggah’ dengan alasan rasmi Edward Santhara.

Mytravelpass Kategori
Lulus prasyarat tak ni..?

Antara prasyarat yang digariskan ada 2, iaitu sama ada nak keluar negara untuk lawatan rasmi ataupun untuk tujuan perniagaan, rawatan/perubatan dan kecemasan. Dengan tulisan tebal, siap semua dalam berhuruf besar: bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan. Edward Santhara nak keluar Malaysia atas alasan nak cuti rehat dan jumpa keluarga kan? Yang tu nak masuk kat dalam prasyarat mana pulak ye..? Harapnya Edward Santhara boleh keluarkan lagi surat penjelasan yang boleh menjawab persoalan ni.

Kedudukan Edward Santhara, dari segi perjawatannya dalam kerajaan dan dari segi politiknya, memungkinkan dia menggunakan keistimewaan yang tak didapati oleh sebahagian besar rakyat. Ni akan menghakis lebih banyak kredibiliti kerajaan, disebabkan Perdana Menteri yang dilihat gagal mengawal pergerakan anggota penjawat awam yang tinggi statusnya berbanding para penjawat awam yang lain.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top