Betul ke perempuan diciptakan kuat berleter dari lelaki? Ini penjelasan dari pakar

wanitacakapbanyak
Betul ke perempuan diciptakan kuat berleter dari lelaki? Ini penjelasan dari pakar

“Biasalah perempuan, banyak cakap… kuat berleter!” Kenyataan macam ni dah kerap sangat kita dengar, sehinggakan ia jadi satu bukti yang terpakai bagi mentafsirkan tabiat wanita. Stereotaip perangai wanita yang banyak mulut ni digandakan dengan lebih banyak fakta sains popular dan disebarkan lagi oleh media – sedangkan kajian sains dah lama berjaya buktikan bahawa kenyataan ni salah belaka.

Dari mana datangnya kepercayaan bahawa wanita ni diciptakan mesti kuat berleter, membebel dan banyak mulut? Apa je kajian sains yang mulakan kepercayaan tu, dan apa bukti terbaharu yang berjaya tolak semula dapatan lapuk tu? Jom baca fakta ringkas ni…

lelaki perempuan bercakap
Via The Psychologist

Banyak je stereotaip gender dalam komunikasi, fakta wanita banyak mulut rupanya bermula dari tiga orang ni

Dakwaan wanita ni kuat berleter memang dah lama popular. Berpuluh-puluh tahun, ramai orang terus-menerus percaya dengan kenyataan ni. Ditambah lagi, kecenderungan wanita membebel ni diperkuatkan dengan pengalaman orang yang selalu terima bebelan dari wanita. Salah satu fakta yang selalu dikongsikan adalah “wanita boleh bercakap 20,000 patah perkataan setiap hari. Lelaki cuma 7,000 sahaja”.

Baru-baru ni, sorang doktor dikecam selepas dakwa wanita ni memang dari lahir… sifatnya kena kuat bercakap. Tindakan doktor tersebut melabelkan wanita memang diciptakan untuk bercakap ni tak dapat diterima oleh sebahagian warganet, dan menyangkal fakta kajian yang disebutkan oleh doktor tersebut.

Namun kes ni cumalah salah satu daripada kesan sebaran fakta sains tu. Fakta sains ni turut menyumbang kepada pembentukan beberapa stereotaip gender yang lain. Misalnya dari segi komunikasi;

  • Wanita dikatakan banyak cakap berbanding lelaki
  • Perbualan lebih penting kepada wanita berbanding lelaki.
  • Lelaki jugak dikatakan selalu bercakap tentang benda-benda lain, manakala wanita dikatakan lebih suka bercakap tentang orang, hubungan dan perasaan.

Stereotaip sebegini memperkuatkan persepsi bahawa wanita dan lelaki ni langsung tak sama. Fakta-fakta sains macam ni kadangkala digunakan untuk merendahkan dan memperlekeh satu-satu gender. Hal macam ni memang tak sihat dan boleh menimbulkan sengketa serta salah faham antara dua jantina – khususnya suami isteri.

gaduh
Via Media Maklumat

Jadi dari mana sebenarnya fakta ni datang? Menurut Psychology Today, idea-idea ni muncul dah lama… namun bila dah dibukukan dan dibincangkan, ia mulai diterima umum atas dasar percaya pada sains. Contohnya, buku Men Are From Mars, Women Are From Venus oleh John Gray dan You Just Don’t Understand oleh Deborah Tannen.

Penulis buku terlaris Men Are from Mars, Women Are From Venus ni berlatar pendidikan dalam sains kepintaran kreatif. Banyak sumber kata dia dapat ijazah tersebut di institusi yang tak diiktiraf. Walau bagaimanapun, salah satu idea dalam buku tersebut mengukuhkan penerimaan bahawa wanita ni memang banyak cakap.

Stop Talking Blah Blah Blah GIF by Aurora Consulting - EIDL Consulting - Find & Share on GIPHY

Begitu jugak dengan Tannen. Antara John Gray dan Tannen, lebih banyak komuniti saintis mudah percaya Deborah Tannen. Ni kerana Tannen ni pakar linguistik, dan memang dah bertahun-tahun dalam pengajian bahasa. Jadi bila dia pun sebut benda yang sama, idea tersebut seolah disahkan benar oleh sorang tokoh yang disegani dan berkredibiliti.

Sorang lagi adalah Louann Brizendine, dalam bukunya The Female Brain yang diterbitkan pada 2006. Fakta angka wanita perlu berbicara 20,000 patah perkataan setiap hari dan lelaki, 7,000 patah perkataan tu datang dari buku ini.

wanitabanyakcakap
Via Pinterest

Fakta sains baharu buktikan orang banyak cakap kerana status dan situasi perbualan

Banyak dapatan mengkaji dan menilai semula hasil buku-buku ni. Contohnya, Mark Liberman yang merupakan profesor bahasa di University Pennsylvania teliti semula dakwaan buku Brizendine. Dia mendapati fakta angka tu pun dipetik dari sebuah buku bantu diri (self-help), tanpa sebarang rujukan berkaitan dengan angka tersebut. Brizendine tarik balik semula faktanya dalam buku tersebut, dan kata ia akan dipadam dari edisi cetakan seterusnya. Nampaknya, ia tak terpadam pun dari ingatan khalayak ramai.

Sebuah sorotan kajian menghimpunkan 56 kajian penyelidikan mendapati hanya 2 kajian je yang menunjukkan wanita bercakap banyak berbanding lelaki. 34 lagi mendapati sebaliknya, iaitu lelaki lebih banyak bercakap dari wanita. 16 kajian lain mendapati purata bicara lelaki dan wanita sama je manakala 4 lagi kajian tak menunjukkan apa-apa corak jelas.

brizendinevliberman
Dakwaan Brizendine dan jawapan Liberman… -Via Slideplayer

Sorotan ni membuktikan bahawa kadar orang bercakap tu sangat berkait rapat dengan status orang yang berbicara dan situasi perbualan tu berlangsung. Dalam situasi formal atau awam, orang yang lebih banyak bercakap tu selalunya orang yang lebih tinggi statusnya.

Malahan, ada lagi kajian lain mendapati bahawa sifat lelaki dan wanita tak jauh beza pun. Dalam satu kajian 2007 oleh Bobbi Carothers dan Harry Reis, diorang mendapati sifat psikologi lelaki dan wanita tak dapat dibezakan mahupun dikategorikan ikut jantinanya. Maksudnya, tak pelik pun kalau lelaki lebih banyak cakap dari wanita atau lebih peka dari wanita. Tak pelik jugak kalau wanita tu mahir dalam kepimpinan dan matematik.

womenleadership
Via People Matters Globally

Dapatlah kita simpulkan bahawa isu gender ni banyak bertitik tolak dari stereotaip dan kenyataan atau dakwaan yang tak tepat. Sepatutnya dah tak timbul isu wanita kuat berleter, ataupun isu lelaki yang agresif dan kurang sensitif.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top