Apa sebenarnya yang berlaku disebalik idea kerajaan pintu belakang ni? Ini ceritanya

F1

Baru je kita masuk tahun baharu 2020, terjadi pulak krisis politik yang akhirnya menyaksikan percubaan menubuhkan kerajaan pintu belakang, lalu dipatahkan apabila YDP Agong memperkenankan permintaan Tun Mahathir untuk letak jawatan. Secara efektifnya, Kabinet para menteri yang disusun pada 2018 dulu terbubar. Rakyat hanya mampu terlopong, hairan apa sebenarnya dah jadi. Ni dia cerita belakang tabir yang ramai nak tau…

Pimpinan Pkr Pas Warisan Bersatu Umno
Dari kiri: Ahmad Zahid Hamidi (Umno), Abdul Hadi Awang (PAS), Muhyiddin Yassin (PPBM), Shafie Apdal (Warisan) dan Abang Johari Openg (GPS). Via FMT

Kebangkitan Azmin dari sisa tenaga UMNO, plot senyap bermula…

Azmin Ali jadi aktor politik yang utama dalam keseluruhan cerita ni. Macam mana-mana drama pun; pada awalnya, aktor utama kena langgar arus sikit lagi-lagi apabila cita-citanya tu adalah nak jadi Perdana Menteri. Kemenangan PH dulu mudahkan laluannya naik jadi PM, namun sosok Anwar Ibrahim yang kembali dari penjara ke pentas parti dan politik dah menganggu rancangannya.

Anwar Pkr Thumbs Up
Via The Star

Anwar Ibrahim ni adalah tokoh politik yang disegani ramai dan ramai jaringan pengikut khususnya dari rakyat dan akar umbi. Maka, Azmin Ali pun kenalah bersungguh-sungguh membentuk jaringan pengaruhnya sendiri, khususnya dengan puak-puak elit kaya yang digugat kedudukannya ketika pentadbiran PH termasuklah dari kalangan pembangkang sendiri.

Salah satu pertalian politik yang paling jelas adalah pada Jun 2018, keluarga Azmin Ali dan keluarga Hishamuddin disatukan dalam hubungan kekeluargaan menerusi perkhawinan. Kedua-dua keluarga besar ni bersama-sama bercuti ke Morocco, dan sejak dari tu, kedua-dua tokoh tu mencari peluang dan merancang strategi politik yang membolehkan Azmin jadi PM lepas diangkat oleh barisan UMNO.

Azmin Umno
Via FMT

UMNO-PAS akhirnya terjalin menjadi satu blok pembangkang. Azmin turut mengheret beberapa lagi ahli PKR lain untuk bersamanya termasuklah Khairuddin Hassan yang sebenarnya ‘talam dua muka’, sekaligus memecahkan PKR menjadi dua kem iaitu kem Anwar dan kem Azmin. Gabungan tenaga politik ni membisikkan kem Mahathir bahawa Anwar nak rampas kuasa.

Akhirnya rancangan bermula untuk bentuk majoriti mudah, cubaan melagakan Mahathir dan Anwar…

Kalau dalam perang, ni bolehlah disebut sebagai “menyerang waktu musuh tidur”. Dah macam taktik Trojan ketika nak tawan kota Troy dalam sejarah Greek. Pada pagi Ahad (23 Februari), Azmin dikatakan dah sebarkan cerita pada pimpinan Bersatu bahawa wujudnya rancangan Anwar nak rampas kuasa (dengan majoriti mudah dalam tangan) dengan gunakan informasi rancangan perjumpaan Anwar dengan YDP Agong pada hari Isnin (26 Februari).

Agong Anwar
Via HMetro

Bersatu panik lalu terus melancarkan gerakan menghimpunkan Pakatan Nasional pada malam hari tersebut di Hotel Sheraton, dikaburi sebagai ‘makan malam perpaduan’. Ia dihadiri oleh pemimpin dari UMNO, PAS, kem PKR Azmin, PPBM (Bersatu), GPS dan Warisan. Kira-kira 130 wakil rakyat hadir, lalu diterjemahkan sebagai “bilangan kerusi” untuk bentuk majoriti mudah.

Dari situlah mulai menyebar desas-desus bahawa Pakatan Nasional dah dapat majoriti mudah tanpa PKR dan DAP, sekaligus memungkinkan ‘pensejajaran semula’ berlaku. Mahathir belum keluarkan apa-apa kenyataan rasmi pada detik ni. Sebahagian besar laporan media adalah dipetik oleh “sumber”, sebenarnya. Takde pun keluar dari mulut Mahathir sendiri. Perasan tak?

Mahathir Meme
Via FB

Namun tak dinafikan, rakyat lebih terkejut dengan drama politik Februari ni apabila media dimaklumkan oleh Azmin Ali bahawa Mahathir bersama ketua pemimpin Pakatan Nasional sedang bergerak ke Istana Negara untuk menghadap YDP Agong. Di sebalik tabir, Azmin baru mengetahui bahawa suatu mesyuarat tergempar Bersatu diadakan; pertikaman lidah diakhiri dengan beberapa pemimpin keluar dari mesyuarat tersebut dengan marahnya.

Dalam kem Anwar, DAP dan Amanah pula; berbaur perasaan para pemimpin tersebut dengan tindakan Azmin serta Pakatan Nasional. Marah-marah pada Azmin, lebih marah lagi mereka pada Mahathir kerana menyangka bahawa ni adalah satu lagi strategi politik Mahathir untuk menafikan janjinya dulu. Dari sisi pihak Mahathir pula, apa yang disampaikan oleh Azmin tu seolah menampakkan Anwar yang nak tikam belakang walhal dulu Anwar sokong dirinya secara terbuka.

S1
Via Meme9

Majlis makan-makan tu akhirnya tak disudahi dengan apa-apa berita. Mahathir tak gerakkan tangan dan mulut, begitu jugak dengan Anwar. Masing-masing sedang memerhati gerak geri pihak lawan, di samping mencari kebenaran yang tersembunyi. Media hanya menanti berita dari mulut kedua-dua pemimpin utama ni. Haji Hadi jadi orang pertama yang keluar dari majlis tersebut, dan disusuli pula wakil dari Sabah dan Sarawak.

Hotel Sheraton Pakatan Nasional Azmin
Via Malaysian Gazette

Makan malam politik di Sheraton dianggap gagal membangkitkan tindakan Mahathir, walaupun digesa oleh Mukhriz untuk berbuat sesuatu. Usaha menubuhkan kerajaan pintu belakang gagal pada malam tersebut.

Pengalaman dan kepercayaan tetap menang, spekulasi akhirnya tergantung sepi…

Pada pagi Isnin (24 Februari), Anwar bergegas mengatur pertemuan dengan Mahathir. Turut diikuti oleh Wan Azizah dan Lim Guan Eng; pertemuan tersebut meluruskan benang kepercayaan mereka terhadap ‘pengkhianatan’ yang dirasakan pada malam tadi. Ahli-ahli Bersatu pula tengah bingung dan keliru mengenai apa sebenarnya yang dah berlaku, berikutan keputusan Mahathir letak jawatan sebagai Presiden Bersatu serta Perdana Menteri Malaysia.

Spekulasi wujudnya ‘pensejajaran semula’ dibunuh terus. PKR, DAP dan Amanah bersama-sama menyatakan pendirian mereka untuk terus sokong Tun Mahathir, selepas mengetahui bahawa Mahathir menafikan peranannya dalam usaha rampasan kuasa ni. Dengan Bersatu pula keluar PH, sementara serpihan PKR yang diketuai Azmin Ali pula umpama layang-layang tak bertali buat masa ni.

Memandangkan kini Tun Mahathir diperkenankan dan diangkat semula sebagai PM interim, kuasa menyusun semula kabinet berada sepenuhnya di tangan tuanya. Adakah ni yang selalu diperkatakan dulu olehnya bahawa bakal ada rombakan kabinet?

Artikel ini diterjemahkan dan disunting semula dari “Malaysia’s Meltdown Moment- The Inside Storydari Sarawak Report.org

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *