Demokrasi dan pandemik, rakyat berhimpun telah mengundang pelbagai respons

f1

Persoalan masa hadapan demokrasi dan Covid-19 kerap dibincangkan sejak pandemik bermula, memandangkan pandemik ini telah memberi kesan secara langsung terhadap apa yang berlaku di Malaysia. Kita dapat melihat ada beberapa insiden yang menyaksikan demokrasi di Malaysia sedikit tercalar; terutamanya ketika Malaysia mengumumkan darurat.

728 X 90

Pandemik boleh digunakan sebagai alasan untuk melumpuhkan proses semak imbang – menangguhkan Parlimen dan menghalang perhimpunan aman. Parlimen dan perhimpunan aman adalah dua elemen yang penting untuk memastikan proses semak dan imbang terus berlaku di negara kita. Malangnya, sejak akhir-akhir ini, ia semakin terhakis. Ia mungkin boleh menjawab persoalan mengapa kerajaan kita gagal dalam membendung Covid-19.

Kita dapat melihat ada aksi protes fizikal daripada rakyat, tanda demokrasi semakin pulih

Walaupun keadaan seperti ini telah berlaku, ia masih lagi tidak menghalang beberapa insiden demonstrasi aman berlaku. Biasalah, apabila rakyat sudah tertekan, sudah akan ramai yang turun untuk memberitahu kerajaan yang mereka sebenarnya sudah tak tahan. Insiden pertama menyaksikan ratusan pegawai perubatan mengadakan mogok, menuntut untuk diserap sebagai pegawai tetap dan layanan yang lebih baik.

4 copy
Via Utusan

Mereka berpakaian hitam dan memegang pelekat dengan slogan termasuklah ‘equal pay, equal rights, equal opportunity’ dan ‘we are your future specialist’, (gaji, hak dan peluang sama rata dan kami pakar masa depan anda); diorang mengadakan demonstrasi di kemudahan perubatan di seluruh negara.

Pegawai-pegawai perubatan yang berdemo ini merupakan doktor kontrak dan mereka mengatakan tugasan diberikan kepada mereka adalah lebih berat berbanding kakitangan tetap.

Demo ini dilaksanakan walaupun Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua doktor kontrak di Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tak menyertai demonstrasi doktor kontrak ini. Rayuan tu dibuat melalui hantaran Facebooknya malam tadi dengan ingatkan kepada semua doktor kontrak agar tak tinggalkan tanggungjawab terhadap pesakit.

“Saya menyeru rakan kerja, para doktor, petugas kesihatan untuk mengingati ikrar yang telah kita lakukan ketika kita memulakan tugas kita, “primum non nocere” iaitu tidak menyakiti atau menzalimi pesakit-pesakit kita. Walaupun kami memahami bahawa anda ingin terus berkhidmat dengan KKM secara tetap, kini kerajaan telah mengumumkan perlanjutan kontrak selama dua tahun,” – DG Hisham, seperti yang dilaporkan Ummah Today

Pada Sabtu lepas pulak, ribuan penunjuk perasaan berpakaian hitam berarak ke Dataran Merdeka bagi mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan. Perhimpunan aman yang berlangsung itu menyaksikan ramai peserta bawak kain rentang dan plakad tertera “kerajaan gagal” selain “keluar dan #lawan”. Beberapa peserta – majoritinya anak muda turut memegang simbol objek berkain kafan, merujuk kepada kematian akibat wabak Covid-19.

Antara pemimpin yang hadir ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Tian Chua sebagai tanda solidariti bersama peserta demonstrasi. Pihak polis turut dilihat buat kawalan keselamatan di sekitar kawasan tu selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka. Bantahan anjuran Sekretariat Solidariti Rakyat trending ketika hari kejadian.

kapal china ceroboh
Via CNN Indonesia

Gesaan agar Muhyiddin letak jawatan semakin lantang dilakukan setelah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahir rasa “amat dukacita” atas pembatalan Ordinan Darurat tanpa perkenan Baginda.

Sejak pandemik berlangsung, sudah ada banyak demonstrasi berlaku di luar negara

Demonstrasi ketika pandemik ini bukanlah benda baharu, baru-baru ini ribuan penunjuk perasaan di Paris dan beberapa bandar lain ada membantah pas kesihatan Covid-19 sebagai syarat wajib memasuki tempat awam. Ia adalah minggu ketiga berturut-turut orang ramai berkumpul di jalanan menentang langkah Covid-19 oleh Presiden, Emmanuel Macron.

Jumlah penunjuk perasaan meningkat sejak ia bermula, dan mengulangi gerakan ‘ves kuning’ bermula akhir 2018 terhadap cukai bahan bakar dan kos sara hidup. Pegawai Kementerian Dalam Negeri kata seramai 204,090 orang lakukan demonstrasi di seluruh Perancis, termasuk 14,250 di Paris iaitu melebihi 40,000 orang berbanding minggu lalu.

“Kita menghasilkan masyarakat terasing dan saya rasa sukar untuk mempercayai tindakan ini berlaku di negara dengan hak asasi manusia. Jadi saya turun ke jalanan dan saya tidak pernah menyertai demonstrasi sepanjang hidup saya. Saya rasa kebebasan kita berada dalam bahaya,” – Anne, salah seorang yang hadir, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Kira-kira 3,000 pegawai polis dikerahkan di ibu kota, dengan petugas antirusuhan berusaha mengawasi penunjuk perasaan bagi mengelak kejadian pergaduhan berulang seperti di Champs-Elysees. Penunjuk perasaan di bandar-bandar lain seperti Marseille, Lyon, Montpelier, Nantes dan Toulouse juga keluar sambil menjerit ‘Kebebasan’ dan ‘Tidak untuk pas kesihatan’.

Demokrasi diperlukan jika kerajaan mahu menang melawan COvid-19

Demokrasi harus berfungsi dalam apa jua keadaan; kerana melalui demokrasi banyak hal yang dapat dibincangkan. Demokrasi yang mati akan menimbulkan dasar-dasar yang separuh masak dan sering akan menyusahkan ramai pihak, termasuklah rakyat. Mungkin sudah masanya pendidikan demokrasi harus diterapkan dalam sistem pendidikan kita. Cabaran terbesar untuk hal ini terlaksana adalah pelaksanaan silibus yang adil dan guru yang menerangkan tanpa bias. Apa-apa pun, kami rasa ia adalah idea yang perlu dibincangkan dengan lebih kerap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *