Bagi yang tak tahu lagi, Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Barisan Nasional (BN). Parti Warisan mempertaruhkan Datuk Karim Bujang sebagai calon, dan akan ditentang oleh calon BN, Datuk Mohamad Alamin.
PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya isytiharkan kemenangan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman terbatal kerana pelanggaran peraturan pilihan raya. Oleh sebab tu, SPR menetapkan hari mengundi pada 18 Januari dan undi awal pada 14 Januari.
Penganalisis politik meramalkan Warisan ada peluang yang cerah untuk menang PRK Kimanis
PRK Kimanis berkemungkinan akan memihak kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) berikutan pengaruh Muafakat Nasional kurang dapat tempat di Sabah. Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed malah kata; Pas juga takde sebarang kekuatan di negeri tu.
Sentimen di Sabah berbeza berbanding di Semenanjung. PRK Kimanis hanya antara Warisan dan UMNO selain dibantu rakan lain seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) yang berpengalaman dalam pilihan raya sebelum ni.
“PRK ini akan menyaksikan sejauh mana Warisan di bawah presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dapat memperluaskan pengaruh dengan mengambil kira sama ada dasar-dasar kerajaan negeri memberi manfaat kepada rakyat Sabah. Bagi saya, mungkin PRK ini tidak sengit. BN pula diwakili calon yang tidak banyak pengalaman. Kemungkinan menang, Warisan 60 peratus manakala BN 40 peratus,” – Ahmad Marthada, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian
Ada video yang perlihatkan calon Warisan dimarahi, ini penjelasan sebenar
Insiden ‘nakal’ kat PRK ni berlaku semalam. Calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang terlihat dimarahi oleh seorang penduduk sehingga rakaman videonya jadi tular kat media sosial.
Video tu diambil oleh orang awam dengan jelas kelihatan Karim sedang berbual dengan lelaki berkenaan sebelum diherdik. Kalau ikut cerita Karim, dia sedang berkempen dan melawat salah seorang kenalannya yang sedang sakit di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandar Membakut.
Dengan niat untuk ziarah, diorang berjalan menuju ke rumah member Karim ni, sebelum diorang sampai, anaknya yang bernama Pinsul meluru dengan suara yang tinggi dan dia agak terkejut dengan reaksi sebegitu.
“Rupanya dalam kumpulan kami itu, ada dua orang individu yang mengikut Pinsul menyuruh beliau bekerja dan beliau tidak memberi apa gaji,” – Karim, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani
Jelas Karim lagi, baginya video tu bukanlah perjelaskan reaksi sebenar memandangkan lelaki bernama ‘Pinsul’ terbabit hanya marah kepada beberapa individu dalam rombongan mereka atas alasan tidak membayar gaji yang tidak diketahuinya sendiri.
Tambahnya, selepas pihaknya membuat siasatan di lokasi tersebut, rupa-rupanya lelaki berkenaan kecewa kerana tidak diberikan jawatan sebagai ketua kampung.
“Sebenarnya beliau tidak berniat untuk memarahi saya, tuan-tuan boleh lihat bahawa saya hanya mendegar dan menjawab apa yang disebutkan beliau itu. Saya tak ada niat untuk berkelahi atau bertengkar dengan orang-orang seperti itu dan cumanya apabila diviralkan sebegitu saya tersentaplah,” – Karim, seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani
Isu Shafie Apdal memberikan wang kepada rakyat, itu cuma sedekah je
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pulak terpalit dengan isu bagi ‘sedekah’. Dia nafikan gambar yang tular tu. Sebaliknya, kata Ketua Menteri tu, gambar yang tular itu diambil ketika dia menghadiri program bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Sandakan baru-baru ni dan takde kaitan dengan pilihan raya kecil tu.
Selepas program di Sandakan selesai, dia ke masjid untuk solat dan dia sempat bersedekah kepada penduduk di situ kerana dia tahu mereka susah. Katanya, ia sama sekali tiada kaitan dengan PRK Kimanis.
“Bukan tujuan kita beri sedekah mahu raih undi. Takkanlah orang Sandakan mahu mengundi di Kimanis. Itu taktik kotor dilakukan oleh pembangkang,” – Shafie, seperti yang dilaporkan Bernama
Katanya, banyak taktik kotor yang dimainkan pembangkang semasa berkempen di PRK tu.
Antaranya diorang katakan dia gagal bangunkan Sabah semasa menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika Barisan Nasional (BN) memerintah. Diorang perlu tahu peruntukan yang diberikan adalah RM5 bilion dan ia bukan untuk Sabah sahaja. Dia kena jaga seluruh Malaysia.
Perangai di Malaysia lama masih dibawa di zaman Malaysia ‘baru’…
Kita dulu menyampah dengan bagaimana BN menggunakan kedudukannya sebagai kerajaan untuk mengumumkan pelbagai bentuk bantuan untuk meraih undi. Kami pernah kritik benda ni apabila PH lakukan benda yang sama di Tanjung Piai, akhirnya mereka dimalukan. Kali ni di Kimanis, diorang masih lagi buat benda yang sama.
Baru-baru ni nelayan dekat Kiminasi dapat peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk baikpulih jeti dan bangsal.