Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
GlobalIsu SemasaIsu Tular

Krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19, ramai yang dah keluar protes di seluruh dunia

By Subeditor
May 11, 2020 4 Min Read
Comments Off on Krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19, ramai yang dah keluar protes di seluruh dunia

Masalah ekonomi yang berlaku akibat pandemik Covid-19 ni tak boleh dipandang ringan. Sekiranya ia tak diatasi dengan betul, tak mustahil akan ada rakyat yang kebulur dan terdesak. Apabila benda ni terjadi; amat sukar untuk rakyat menerima arahan daripada kerajaan. Mereka berkemungkinan besar akan melakukan protes atau tindakan di luar kawalan kerana kesempitan hidup.

Sebab itulah kami selalu tegaskan – bantuan sosial dan perbelanjaan yang lebih besar harus segera diluluskan di Parlimen. Ia akan membantu rakyat lebih “bertenang” dan rasa selamat – menjelang krisis ekonomi yang akan memberi kesan yang besar kepada periuk nasi rakyat.

Rakyat di seluruh dunia dah mula protes akibat tekanan ekonomi, siap ada yang terbunuh

Ketegangan akibat krisis ekonomi Covid-19 ni dah mula berlaku di seluruh dunia, kita tak boleh tunggu keadaan jadi lebih teruk baru nak bertindak. Sejak kebelakangan ni, dunia dah menyaksikan semakin banyak protes tercetus akibat keadaan ekonomi yang teruk kerana orang perlu duduk di rumah bagi mengekang penularan Covid-19.

Kebanyakan protes ni menggesa beberapa sektor ekonomi dibuka semula supaya rakyat dapat teruskan operasi perniagaan, sementara beberapa protes lain pulak berlandaskan hak untuk kebebasan.

Kj
Via ABC News

Di antara khabar yang mendukacitakan, dua anggota polis dan seorang wartawan di antara enam terbunuh dalam protes di barat Afghanistan, minggu lepas. Protes tu diadakan untuk menuntut kerajaan salurkan sokongan serta bantuan kewangan susulan langkah kerajaan lakukan sekatan pergerakan dan ekonomi untuk memerangi Covid-19.

Menurut pegawai Kementerian Dalam Negeri, penunjuk perasaan berarak dan berkumpul di luar pejabat gabenor di Feroz Koh, ibu kota wilayah barat Ghor. Kebanyakan penduduknya bergantung kepada pekerjaan harian, sebab tu langkah mengehadkan pergerakan akan jejaskan sumber pendapatan diorang, kerana premis yang tak penting diarahkan tutup.

Selain tu, minggu lepas Polis Metropolitan London ada tahan beberapa individu dan keluarkan saman terhadap peserta protes yang libatkan kira-kira 40 ke 50 orang. Protes tu yang diadakan berhampiran Jambatan Westminster menyaksikan sepanduk yang menyatakan mesej seperti “kami tidak akan ditipu, dijejaki dan diperangkap”.

Beberapa peserta protes merupakan golongan yang percaya teori konspirasi berhubung 5G, yang dipercayai antara faktor wabak Covid-19, walaupun telah disangkal oleh pakar. Benda ni boleh terjadi dalam keadaan rakyat yang “terdesak” atau maklumat yang diberikan kepada rakyat tak jelas. Mujurlah di Malaysia, majoriti rakyat mengerti kepentingan untuk duduk di rumah untuk merendahkan lekuk jangkitan.

Penurunan harga minyak dan kadar pebelanjaan rakyat beri kesan kepada ekonomi

Di antara faktor yang jejaskan ekonomi adalah kejatuhan harga minyak akibat kekurangan permintaan yang mendadak sejak awal tahun kerana China menutup ekonominya selain pertikaian berterusan perang harga minyak di antara Arab Saudi dan Rusia yang akhirnya merencatkan permintaan global.

Bulan lepas, harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) cecah paras negatif, kapal-kapal tangki minyak tersadai tanpa haluan apabila tempat simpanan minyak dilaporkan penuh. Korea Selatan yang merupakan hab simpanan komersial keempat terbesar di Asia, dah takde ruang untuk simpanan baru.

Malaysia yang merupakan negara pengeluar minyak, turut tetapkan harga minyak ikut penanda aras global iaitu minyak mentah Brent yang turun ke paras US$15 setong sejak dua minggu lepas – terendah sejak 2002. Menurut Kementerian Kewangan, Malaysia bergantung kepada minyak yang menyumbang 20.7 peratus kepada jumlah pendapatannya pada tahun ni.

Via Giphy

Selain tu, Muhyiddin Yassin ada kata negara kerugian sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan dengan jumlah kerugian dah melebihi RM60 bilion. Cukai tak dapat dikutip, perniagaan pulak berdepan dengan risiko gulung tikar dan rakyat ramai yang kehilangan kerja.

Oleh sebab Malaysia gunakan model cukai jualan dan perkhidmatan, kekurangan perbelanjaan pengguna akan kurangan jumlah kutipan cukai. Kalau ikut kajian Jabatan Perangkaan, aktiviti perbelanjaan dah susut sepanjang tempoh PKP; kelompok T20 merosot sebanyak 59 peratus, golongan berpendapatan pertengahan M40 sebanyak 48 peratus manakala kelompok B40 sebanyak 41 peratus.

Menurut seorang penganalisis, tempoh PKP melebihi 40 hari tu dah sebabkan kutipan cukai secara menyeluruh merosot hampir 75 peratus, terutamanya apabila sektor perkhidmatan seperti hotel dan pelancongan tak catatkan sebarang pendapatan. Benda ni hanya burukkan lagi keadaan kerana sebelum bermulanya PKP, industri tu berdepan penyusutan ketara akibat kemerosotan jumlah pelancong China susulan penularan COVID-19.

Data Tourism Malaysia tunjukkan tempoh separuh pertama 2019 menyaksikan sektor pelancongan menyumbang sebanyak RM42 bilion kepada pendapatan negara.

Kerajaan tak boleh beri janji manis, perlu beritahu rakyat hakikat sebenar; ekonomi ambil masa untuk pulih

Menurut pakar ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, kita tak boleh letak harapan yang tinggi untuk ekonomi negara kembali sembuh seperti sediakala. Dia jelaskan, business as usual adalah sesuatu yang tak mungkin berlaku dalam tempoh dua tahun ini.

https://www.facebook.com/irfront/videos/2470499409717846/?__xts__[0]=68.ARDtXbehT1T39mqpjif-RxpqJPuvuFNDvOtI8d4PG8B6vBhpTV7ZIOhq_RbXZnTxsEw9dxbrUCyY8sK8roJhLM5QzQGwwp-fLGJRYEfa91I1tXP6fVBfNS-t6-N3i-xPVZ5diMevhNFd2KsKUaf1umqHf545Q7Rf1Mr7CTpZH5lSMeGnpbKFJYoEw0lm0Fj-1niwvdz_tzki8_ToLhUIGQ_dxOJPK_y9opox9JVxAB7b-g2mJdP33SPrOPaplCYa4AWJF4CA98tnUhsAfa9OYhUxpQ1BtIFrKPQKx9xKuIuDXMqtcczfK9-CoNiHzZr7k58GY562on4yJnqk2ciKCf-t82AK_qowjg95AEKDpbegRtM&__tn__=-R

“Jangan cuba menenangkan hati kononnya ekonomi akan pulih penghujung tahun ini, tahun depan atau tahun seterusnya,” – Dr Jomo, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Dr Jomo Kwame beritahu, majoriti aktiviti ekonomi negara terutamanya sektor makanan dan tenaga akan terjejas teruk dan bakal alami pengurangan tenaga kerja. Tempoh pandemik ni dah mengajar dunia ekonomi dengan normal baru untuk beroperasi gunakan tenaga kerja paling minimum. Satu benda yang kami perasan – untuk perniagaan besar, diorang lagi suka kalau dapat kurangkan pekerja – seandainya ia tak berikan kesan pada prestasi pengeluaran diorang. Kurangkan kos, dan tingkatkan keuntungan.

Kerajaan sudah tak boleh menunggu lagi, diorang harus segera umumkan bantuan untuk “pelegaan” rakyat

Satu benda yang kita perlu sedar; kebenaran yang pahit adalah jauh lebih baik daripada pembohongan yang manis. Kerajaan patut beritahu rakyat situasi sebenar yang berlaku kat negara kita; ekonomi tak akan sembuh dalam masa yang singkat. Cuma, kerajaan boleh beritahu rakyat yang diorang akan umumkan bentuk bantuan baru yang akan beri “pelegaan” kepada rakyat Malaysia. Dengan cara itu, rakyat tentunya akan lebih tenang.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Ramai mengadu ditolak permohonan BPN, padahal layak. Ini nasihat kepada kerajaan

F1
Next

DUN Melaka kecoh, kehadiran “babi” telah menyebabkan DUN terpaksa ditangguh

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme