Mengapa ‘lockdown’ di Malaysia ni sebenarnya tak sama dengan China dan Itali…

F1

Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan perintah kawalan selama dua minggu di seluruh negara mulai 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020. Dia jelaskan, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Oleh itu, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Kes meningkat di Malaysia, kini sudah ada 553 kes. Sebab itu langkah ni diambil…

Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020. Dalam artikel ni, kami bawakan beberapa poin penting yang disampaikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes pada 15 Mac, disusuli 125 kes semalam, ia menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ni sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tu, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, dan 42 orang dah pulih.

1603 Covid 19 Graphics Bernama New
Maklumat COVID-19 di Malaysia. Via BERNAMA

Keutamaan kerajaan adalah mencegah penularan baru wabak ni yang dibimbangi akan jangkiti lebih ramai rakyat. Oleh sebab tu, Kerajaan putuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Perintah kawalan ni dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Selain daripada larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya yang kami kata tadi, ada beberapa lagi larangan. Antaranya, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

Sorry tak boleh terbang ye. Via Giphy

Bagi yang baru pulang dari luar negara, diorang dikehendaki jalani pemeriksaan kesihatan dan lakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari. Kemudian, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara turut dilakukan.

Selain tu, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti dilakukan.

Wh 32947880 020316
Via Straits Times

Semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara, ditutup.

Akhir sekali, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Kerajaan juga katanya beri jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi.

Cuma ‘lockdown’ ni berbeza dengan apa yang berlaku di luar negara

Langkah kawalan pergerakan ni bukanlah perintah berkurung tapi satu bentuk menjarakkan hubungan sosial yang bertujuan bertujuan menurunkan jumlah kes dengan ‘merendahkan lengkung (jangkitan) wabak’.

E5a7ca3d1b9367d321544f663b586abb Xl
Dr Dzul. Via Malaysian Business

“Ini bukan perintah berkurung. Apabila perintah berkurung kamu tidak boleh keluar rumah, kamu tidak boleh keluar untuk membeli makanan,” – Dr Dzulkefly, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Dr Dzulkefly kata macam tu kepada Malaysiakini sebagai maklum balas segera terhadap pengumuman kerajaan. Di turut menambah – ungkapan yang paling baik adalah elak aktiviti sosial. Benar ia gangguan tapi matlamat akhirnya untuk merendahkan lengkung epidemik.

Ia bukan ‘total lockdown’ – korang masih boleh balik kampung, membeli makanan, dan korang tak akan ‘ditembak’ kalau berada di luar rumah. Korang boleh je keluar secara bersendirian – sebab yang tak boleh dilakukan pada masa ini adalah berkumpul beramai-ramai. Bak kata editor kami;

Jangan panik. Sebab itulah penting untuk kita tidak melakukan pembelian panik; membeli terlalu banyak bekalan makanan. Melihat gambar-gambar yang dikongsikan di media sosial semalam, bukan main banyak barangan dapur yang habis. Kita macam nak bertukar ke filem Zombieland dah. Korang kena ingat, dalam filem – selalunya orang terlebih panik akan jadi mangsa.

Kita hidup sebagai masyarakat, orang lain pun perlu bekalan makanan harian. Kalau kita sapu semuanya, macam mana orang lain nak beli? Sepanjang Perintah Kawalan Terhad ini – kedai runcit dan pasar raya akan dibuka. Anda boleh beli bekalan makanan setiap hari. Sebab itulah penting untuk kita mula kurangkan rasa pentingkan diri sendiri dan mula fikir pasal orang lain.

Newborn 2020 03 16t175852.370 16 08 765469
Orang lain nak beli apa? Via Pa & Ma

Bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan akan diberikan kepada pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, susulan penularan wabak COVID-19. Perdana Menteri kata mereka yang layak menerima bantuan itu adalah pekerja yang diberi notis tanpa gaji mulai 1 Mac 2020.

Bantuan tu untuk pencarum Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dengan gaji tak melebihi RM4,000 sebulan. Langkah ni membabitkan peruntukan RM120 juta dan seramai 33,000 pekerja disasarkan menerima faedah tu. Kami pun masih menunggu maklumat lanjut berkenaan bantuan ni, nanti kalau ada maklumat yang lebih terperinci, kami akan kongsikan dengan korang.

Kita kena hadap benda ni sama-sama, sebab benda ni perlukan semangat berpasukan

Kami tengok ramai yang lebih gemar hadap benda ni ‘sorang-sorang’, sebab itulah sampai 100KG beras nak dikebas. Macamlah dia tak dapat bekalan makanan setahun. Kita hidup sebagai bermasyarakat kot, takkanlah sampai level tak dapat makanan. Tambahan lagi, mustahil kerajaan tak fikir benda ni – kalau diorang nak kurung kita, mesti diorang akan pastikan kita dapat makanan.

Oleh sebab itu kita kena ada rasa empati, dan beli berang pada tahap yang perlu sahaja. Percayalah, untuk menghadapi apa-apa krisis – semangat berpasukan dalam kalangan masyarakat amatlah diperlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *