Rakyat Sabah Sarawak tak dapat subsidi minyak? Ini sebenarnya yang berlaku

My2

Apabila kita bercerita berkenaan harga minyak ni, ia melibatkan emosi kebanyakan orang. Isu harga minyak ni memang dari dulu sehinggalah hari ni menjadi topik perbincangan yang hangat dalam kalangan rakyat. Kalau harga minyak tak diuruskan dengan betul, memang kerajaan semasa akan kena maki kaw-kaw oleh netizen. Nampaknya kerajaan hari ni dah keluarkan satu skim baru untuk harga minyak ni.

Jangan buat macam ni ye. Via OneGif

Secara asasnya kami nampak diorang nak bantu orang-orang yang memerlukan (bottom 40%) yang nama mereka tersenarai dalam Bantuan Sara Hidup (BSH). Hahh, dia macam ni…

Kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal untuk kira-kira 2.9 juta penerima…

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata PSP akan dilaksanakan pada awal tahun depan dan membabitkan kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal kepada kira-kira 2.9 juta penerima.

Psp1
Via SelangorKini

Harga petrol RON95 akan diapungkan bermula awal tahun hadapan berikutan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP). Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kata; harga RON95 akan dikekalkan pada kadar RM2.08 sehingga 31 Disember depan.

“Bermula tahun 2020 harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat (gradual) sehingga setara dengan harga pasaran,” – Saifuddin Nasution Ismail, katanya pada sidang media khas pengumuman Program Subsidi Petrol, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Menurutnya, penduduk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal menikmati harga RM2.08 kerana dikecualikan PSP. Kerajaan ambil kira keperluan penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel. Sebab tu rakyat di sana dikecualikan daripada PSP dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95.

Orang kat Pantai Timur bila dengar berita ni. Via Giphy

Bagi menjawab kebimbangan rakyat terhadap peningkatan harga barangan selepas perlaksanaan pengapungan harga petrol RON95, Saifuddin kata; KPDNHEP akan meneruskan tugas kementerian itu melakukan pemantauan.

“KPDNHEP mempunyai 3,000 kakitangan dan 2,300 pegawai pemantau harga di seluruh negara. Kami akan terus meneruskan kerja hakiki kementerian. Sekiranya terdapat kenaikan harga tidak munasabah orang awam boleh melaporkan aduan melalui 1800-886-800, aplikasi telefon pintar EzADU atau WhatsApp di talian 019-2794317,” – Saifuddin Nasution Ismail, katanya pada sidang media khas pengumuman Program Subsidi Petrol, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Penganalisis lihat masyarakat di Malaysia Timur lebih beruntung, dan harap PSP boleh diperbaiki jika ada kelemahan

Penduduk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah dianggap lebih beruntung apabila pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) oleh Kerajaan kelak.

Psp3
Via Sinar Harian

Penganalisis ekonomi, Prof Madya Dr Barjoyai Bardai kata; walaupun golongan berpendapatan rendah di negeri-negeri di Malaysia Timur itu dikecualikan dalam pelaksanaan PSP, diorang tetap akan menikmati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa RM2.08 seliter.

Ia susulan kerajaan mengambil kira keperluan yang kebanyakan daripada mereka menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel.

“Sebenarnya di Sabah dan Sarawak, mereka menerima faedah yang lebih baik. Mereka lebih beruntung kerana semua dapat menikmati manfaatnya, tidak kira kaya atau miskin. Di situ, harga RON95 dan diesel tidak akan berubah apabila PSP dilaksanakan. Mereka masih akan terus menerima subsidi secara umum seperti sekarang,” – Prof Madya Dr Barjoyai Bardai, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Hy
Prof Madya Dr Barjoyai Bardai. Via Sinar Harian

Untuk di Semenanjung Malaysia, hanya golongan yang layak mendapat Bantuan Sara Hidup (BSH) sahaja yang akan menerima bantuan PSP.

Kaedah yang digunakan menerusi pelaksanaan PSP ini menepati sasarannya tapi ia akan berikan kesan negatif kepada sesetengah golongan di Semenanjung Malaysia, khususnya golongan yang tidak layak untuk mendapat manfaat daripada program tu.

Pelaksanaannya agak mudah kerana ia akan menghapuskan subsidi dan mengapungkan harga petrol RON95 secara beransur-ansur sehingga setara dengan harga pasaran. Tapi bagi pengguna petrol RON95 yang sebelum ini boleh membeli petrol tersebut pada harga subsidi dan secara tiba-tiba mereka perlu bayar harga pasaran, diorang akan terkejut dan boleh menyebabkan mereka berasa tergugat.

Via Giphy

Katanya lagi, dia melihat PSP sebagai projek percubaan dan ia perlu diperbaiki dengan menambahkan golongan yang akan diberikan subsidi petrol bersasar.

Tak salah mencuba, kita akan lihat dahulu bagaimana hasilnya

Antara kumpulan yang beruntung dalam sistem baharu ni adalah mereka yang tinggal di Sabah, Sarawak dan Labuan kerana diorang akan dapat harga minyak yang tetap, sebab tu diorang tak terlibat dengan pemberian subsidi ni. Kami rasa idea kerajaan kali ni simple je, diorang nak bagi subsidi minyak kepada kumpulan yang betul-betul memerlukan.

Macam yang dikatakan oleh Prof Madya Dr Barjoyai Bardai, benda ni macam fasa percubaan. Kami harap kerajaan boleh lihat dan analisis hasil daripada pelaksanaan PSP ni. Kalau ada kekurangan, diorang kena cepat-cepat baiki…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *